Tuesday, October 18, 2011

Bersangka Buruk Atau Memang Betul Betul Buruk

Orang cakap tak baik bersangka buruk (Su'uzon).

Ada hadis yang menyebut:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Surah Al-Hujuraat ayat 12.

Tapi kadang-kadang, bukan mudah untuk bersangka baik (Husnuzon). Agree tak? Aku tak tahu la orang lain, tapi apa yang aku sedang rasa ni mungkin sama dengan apa yang korang rasa.

Satu masa dulu, aku pnah kwn dgn sorang manusia ni. Aku memang respect dia sebab...aku pon tak tau kenapa aku respect dia. Tapi bila aku pandang je muka dia, aku rasa macam perkataan RESPECT tu timbul dalam kepala. Mungkin salah satu sebabnya, dia easygoing person yang aku boleh bercerita apa-apa tanpa rasa segan silu. Biasalah kan orang perempuan ni biasanya lebih selesa bercerita dengan orang perempuan juga.

Tapi, suddenly...aku perasan dia macam da tak mo kawan dengan aku. I guess its just because about a guy.  This guy is my friend. Very close friend. Kes berebut? Eh! Takdelah. I'm not that type of person sbb kalau aku macam tu, aku takkan kenalkan dia dengan that guy. Baik aku kenal that guy sorang je. Btol tak?

But suddenly, looks like she try to avoid herself from me. Actually I don't mind pon dia da tak mo be friend. I agreed that kawan itu datang dan pergi. But, I wanna know kenapa. Adakah dia minat dengan lelaki tu sampai dia rasa dia perlu menjauhkan diri dari aku yang merupakan close friend guy tu. Atau aku yang bersangka buruk?

So, I always remind myself, not to think negative on this matter. Aku senyap jela. Mungkin dia takde masa untuk bertegur sapa dengan aku. Then, one of my friend told me, she's not longer be in my FB friend list. Why my friend yang perasan? Sebab aku memang takde masa nak amik tau sape yang remove aku dari FB dia. Hahaha (*_^) Sedangkan sape yang dah aku accept jadi kwn pon aku lupa, inikan pulak orang yang tetiba nak remove aku. I told everyone 'bout this earlier in my previous entry. Ada kerja yang lebih penting untuk aku buat, dari check orang yang ada atau takde dalam FB aku.

So, dari situ aku rasa sangkaan buruk aku itu sebenarnya tidaklah buruk. Ia sebenarnya merupakan sangkaan yang benar. Tapi, sekali lagi aku remind myself..."Ashu, jangan bersangka buruk dengan orang. Tak baik." So, i erased negative thinking tu cepat-cepat. I told myself maybe dia nak privatekan FB dia kepada kwn-kwn yang betul2 rapat dengan dia atau family dia.

Sampai 1 hari, aku datang di satu tempat, di mana sipolan ni tadi juga berada di tempat yang sama. I saw her too but tak bley nak bertegur sapa sebab on that time aku sedang dalam satu perbincangan dengan orang atasan. Suddenly, that guy yang close friend dgn aku tadi, anta SMS. Katanya, this lady ada SMS dia & told him that she saw me just now. Dia tanya pada my close friend aku tu, "I saw her. Dia ada apa datang sini?"

Hmmm...dari situ aku wonder. Kenapa dia sendiri tak SMS aku tanya why I came to that place? Kenapa mesti dia SMS orang lain dan bertanya pasal aku? Sedangkan dia bukannye takde nombor aku. Dia tahu nombor aku lebih awal dari dia tau no lelaki tu. So, dari situ perasaan aku makin kuat mengatakan dia sedang melancarkan perang dingin dengan aku. Dan aku bukanlah berburuk sangka. Sebenarnya itu adalah sangkaan yang benar.

So....kesimpulannya, apa yang kadang-kadang kita rasa kita dah bersangka buruk, sebenarnya ia adalah satu sangkaan yang benar & kita sendiri boleh merasakannya awal. Dan kepada sahabat itu, maaflah kalau aku bersangka buruk. Tapi kalau sangkaan aku tu benar, aku just nak nyatakan bahawa aku tidak memulakan pergaduhan & aku tak mahu akhirinya dengan pergaduhan. Kalau betul u like that guy, just say it. U don't have to avoid me. So, aku tak perlu nak bersangka apa-apa dengan kamu. Life is not so difficult like what we think of kan? (^_^)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...