Monday, January 21, 2013

Fashion oh Fashion (*_*)

Yesterday, we spent most of our 'dating' time searching for 'kasut hantaran'. But, came back with nothing's in hand. Sigh. I hate this.

Ada yang dah berkenan di mata, harga pon 'comey-comey belaka', tapi saiz pulak takde.
Bile saiz ada, design pulak 'out' di mata.
Bila saiz ada, design dah sweet, harga pulak mengalahkan nak beli sebijik handphone. Tak berbaloi sungguh.

I admit that I am not good into fashion. Like my those friends yang suka sangat tukar-tukar fashion. Fashion kasut, fashion tudung, fashion baju. But, that's a girl's norm. Normal bagi seorang perempuan bila sukakan fashion. So?Does it mean that aku ni tak normal? Hahah! Entahla. Sometimes, rasa macam pelik jugak. Kenapa aku tak try any latest fashion sekarang macam...

Dolce Shoes

Dolce Soles Patent Sling Back Heels

Peplum Dresses



Variety Hijabs




Dan macam-macam lagi lah. Aku takdelah kata yang aku tak minat langsung semua tu. Memang minat tengok orang pakai. Ada jugak rasa nak pakai. Tapi bila dah ada depan mata, tinggal nak beli je...suddenly, alasan 'tak tau nak gayakan', 'tak kena dengan muka', 'tak kena dengan appearance' mulalah keluar. Sampai tunang aku pernah cakap..

"Saya pun tak tau jenis fashion yang macam mana awak suka."

Haha! Ok, adakah itu bunyi dia fed up? Heyy...you pon apa kurangnya ha? Ni tengok gambar ni.


Amik masa berjam-jam hanya nakpilih sepasang boot bola. Spike cepat haus la, design tak menarik la, keras la, tak comfortable la...Hehe!

And lastly dia pon admit dengan mengatakan bahawa...

" Aah... kita serupa la. Susah sangat nak pilih bila ada depan mata"

Hehe..that is why Tuhan temukan kita dengan perangai dan citarasa yang sama. Abis tu? Saling tak membantu la ni? (^_^) Tak jugak....at last we decide masa cuti panjang ni, kami nak mencari di SOGO pule. Mungkin di sana lebih banyak pilihan, design, saiz dan harga yang berpatutan. Al maklumlah. Nama pon SOGO. 1 Malaysia tau tempat tu SALE sepanjang tahun. Rasanya tak pernah sehari pon tak sale. (^_^)

Masa nak ajak tu...takut-takut la jugak sebab pengalaman dgn 'yang lepas'...pernah mintak. Tapi memanjang kena marah. Huhu...tapi orang kata, belum cuba belum tau kan....

Aku: Apa kata cuti minggu ni kita cari kat SOGO. Kat sana dengar citer ada sale. Pilihan pon banyak. Err...boleh?

Tunang: (diam dan tenung mata aku)

Aku: (telan air liur. Ok,I admit. Lelaki memang susah nak di ajak shopping.....sigh)

Tunang: Hmm, bagus  jugak idea awak tu. Ok, minggu ni sebelum balik kampung kita singgah SOGO yek?


YEAAAAAAAAAAAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!!!!

Sunday, January 20, 2013

Kenapa Kita Harus Busybody?

Terpanggil untuk membebel tentang topik ini.

Ok, 1st & foremost...aku nak cerita pasal topik ni sebab, perkara ni berlaku pada diri aku sendiri. Kenapa kita harus busybody? At 1st, aku pon confused dengan soalan tu. Am I busybody? Takdelah 24/7 kan...sikit-sikit tu adelah (taknakmengakulatewww)

Kaum mana yang selalu busybody? Oh, aku tau dah jawapan korang....mesti korang nak cakap "Orang perempuanlah. Siapa lagi...." SALAH! Itu skema jawapan lama. Jawapan paling tepat & paling up-to-date ialah...kedua-duanya. Lelaki & Perempuan. Tak percaya? Ok, aku bagi korang baca 2 situasi. 

PEREMPUAN

Tunang dia : Kenapa awak kerut-kerut dahi?

Wanita itu : Saya tengah fikir pasal masalah cinta kawan saya.

Tunang dia: Kenapa dengan percintaan kawan awak?

Wanita itu : Kesian kawan saya ni,wak. BF dia kena rampas pompuan lain. Eeee! Sakit hati saya tau tak! Rasa nak ajak je member saya tu ganyang-ganyang si perampas tu!

Tunang dia : Eh? Yang awak nak susah hati sangat kenapa? BF kawan awak tu, BF awak jugak ke?

Wanita itu : Ish! Ape awak merepek ni. Habis tu awak jadi tunang saya tu buat apa?

Tunang dia : Dah tu...yang awak pulak risau bagai nak rak, kenapa...biarkan ajelah diorang selesaikan hal masing-masing. 

Wanita itu : Ishhh! Teruknya dapat kawan macam awak ni? Langsung takde nilai sivik & kesedaran diri nak bantu kawan tu tau.

Tunang dia : Yang awak busybody hal orang tu, elok sangat ke siviknya, sayang?

Wanita itu: (terkebil-kebil)

Tunang dia:  Baik, sekarang awak beritahu saya, kalau awak masuk campur hal percintaan 3 segi mereka tu, adakah masalah mereka akan selesai? Adakah salah seorang di antara ke 3-3 nya akan lenyap atau mengundur diri?

Wanita itu : Takdela...tapi sekurang-kurangnya niat saya cuma nak bagi semangat kat kawan saya. Saya nak dia tau, dia masih ada supporter yang menyokong dia dari belakang.

Tunang dia : Tapi sayang....cara awak tu salah. Awak nak ajak dia pegi 'ganyang-ganyang' lagi buat apa? Masalah akan selesai ke dengan 'berganyang' macam tu? Malah...kalau awak nak tau, awak yang nampak BUSYBODY & lebih-lebih mengalahkan tuan punya badan yang jadi mangsa. 

Wanita itu: (muncung sedepa)

Tunang dia: Lagipun mereka baru tahap couple, mungkin itu bukan jodoh mereka. Kalau dah kahwin tu lain cerita la. Tapi, even dah kahwin sekali pun, masalah mereka awak tak payah sibuk nak pikir. Apa guna kerajaan Malaysia sediakan Jabatan Agama Islam? Pusat Kaunseling? Itulah gunanya sayang...kalau awak nak tolong pun, cukup sekadar bagi nasihat yang positif. Bukan lebih menjadi batu api yang hangus dan berkerak.

Wanita itu : (Telan air liur) Habis tu? Sekarang, apa saya nak buat?

Tunang dia : Tak payah buat apa-apa. Jaga saja tunang awak ni. Jangan sampai si perampas tu rampas tunang awak pulak. Awak nak?

Wanita itu : WUUUUUUU....TAANNAAKKK! (tekup muka)

Tunang dia : Haa...tau pun takut....(angkat kening, muka selamba)


LELAKI

Lelaki 1 : Bro, kau macam mana dengan awek kau? Ok ke?

Lelaki 2 : Ok je bro. Awat?

Lelaki 1 : (gaya berbisik) Bro, aku nak nasihatkan kau. Berhati-hati sikit.

Lelaki 2 : Woo woo! Apehal ni bro? Kenapa kena hati-hati pulak?

Lelaki 1: Aku bukan apa, bro. Semalam aku ada nampak awek kau keluar date ngan sorang lelaki. Hensem bai...muka jambu giler. Siap pi shopping kat kedai sukan lagi. Pastu siap gelak-gelak sakan lagi. Aku tengok, hangin je bro. Sampai hati minah tu buat pedajai kat member aku macam tu.

Lelaki 2: Ha? Bila kau nampak? Pukul berapa? Kat mana?

Lelaki 1: Semalam bro. Kat SOGO. Lebih kurang jam 5 petang. Tu for sure dating sampai ke malam tu.

Lelaki 2: Kau sure ke bro, ape kau cerita ni...dah siasat?

Lelaki 1: Kau nak aku siasat ape lagi bro..? Dah nyata-nyata depan mata aku minah tu pedajai kawan baik aku. Ikut hati aku, nak je aku tumbuk budak muka jambu tu kat situ jugak.

Lelaki 2: Kau kenal awek aku ke?

Lelaki 1: Takkan tak kenal, bro...kau kan selalu bawak aku jumpa dia.

Lelaki 2: Kau kenal family dia?

Lelaki 1: Nak buat apa aku kenal family dia? Bukan aku yang nak kawin dengan minah tu. Kau jelah yang pi kenal.

Lelaki 2: Memanglah. Sebab kau tak kenal tu la, kau tak tau. Yang keluar dengan awek aku semalam tu ialah adik lelaki dia. Muka jambu sebab baru umur 17 tahun. Dia teman adik dia pergi beli kasut bola. Awek aku dah cerita kat aku semalam.

Lelaki 1: Errr...errr...uish betui ka itu macam? Huuuu....sorry bro. Mana aku tau...

Lelaki 2 : Haaa....sebab tu la lenkali jangan busybody hal orang. Kalau nak busybody sekali pun,kau kasi cari dulu info yang tepat bro...tu nasib baik aku da tau. Kalau aku tak tau? Tak pasal-pasal aku putus dengan awek aku. Kejam kau bro, kejam....

Lelaki 1: (merah muka)

Haaaa! Nampak? Nampak? Tu drama panjang yang aku cube pendekkan.Point yang aku nak sampaikan disini adalah:

1. NO USE korang jadi busybody tak bertempat. Sebab permulaan busybody akan membawa kepada pengakhiran menjadi seorang batu api hangus. Now, U get two job yang sia2...Tak ke serabut otak macam tu? (^_^)

2. Isu hal rumatangga orang, perhubungan cinta orang, kita tak payah la nak ambil tau sangat. Bear in mind, jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Sekalipun korang masuk campur, kalau takdir dah mengatakan itu bukan jodoh mereka, maka mereka tetap tidak akan bersama. Silap-silap, meeka salahkan kita yang cuba masuk campur. See? Satu lagi job yang menyakitkan kepala. (^_^)

3. Adalah lebih baik kita jaga rumah tangga kita sendiri, perhubungan cinta kita sendiri. Sebab kita tak tau sejauh mana panjangnya jodoh kita dengan pasangan. Jangan esok kita sibuk dok jaga rumah tangga orang, percintaan orang....alih-alih, rumah tangga sendiri, percintaan sendiri tunggang terbalik.

Ok, jom take note bersama! Happy Sunday!





Monday, January 14, 2013

DIY: Tutorial Handmade Guest Book (^_^)

Salam readers!

Make it short, today aku dapat panggilan dari seorang kenalan lama. Dia pon sedang menghitung hari nak melangsungkan perkahwinan. Tapi sedikit lebih awal dari aku. It's on March. Wow! Tak sampai 2 bulan lagi. Huhu. I plak yang nerbessss....

Truttt! Truutt! Truttt! Truutt! (Ha, amik. Siap bunyi ringtone lagi. Haha!)

"Ashu, aku nak tanya sikit ni. Hari tu aku ternampak kau post gambar Guest Book dalam Instagram. Kau buat sendiri ek? Macam mana nak buat macam tu? Susah tak? How about the costing? Mahal tak?"

Maka aku pon menjawab.....

"Dak ehhh....tak mahai la. Dan jugak tak susah. Costing? Tak sampai pon RM20." 

"Uissh!! Really? Best la! Nak jugak! Nak jugak! Ajarlah aku buat macam tu."

"Haha! Sabar-sabar...gelojoh la ngko ni. Tunggu malam ni aku post tutorialnya dalam blog aku."

"Ha, ok-ok! Aku tunggu. Cepat tau!"

Sah gelojoh tau minah ni. Hehe. Ok, ni khas untuk kau Ellya. Dan jugak untuk readers yang teringin nak buat Guest Book sendiri. (^_^)

Ok, 1st thing 1st...material yang perlu korang ada.


Of course la kena ada gunting dan gam UHU kan....
jangan korang gigit plak kain felt tu nanti. Pastu tampal dengan air liur. Ok, sengal! Hehe....



This is my private gun. 
Jika memilikinya kamu tidak memerlukan lesen senjata api/khas. Hehe!
Ok, GLUE GUN sangat penting!



Buku kulit keras (Hard Cover)
Kalau boleh helaiannya carila yang kosong without line. For example Sketch Book.
Mana nak dapat? Kat kedai basikal banyak. (@_@)
Of course la kat kedai buku, cik kak oi.....
Tapi aku nak suggestkan kat korang ce korang pegi DAISO.
Alah, kedai jepun yang semua barangnye dijual dengan rege RM5 tu.
Kedai tu semua benda dia jual. Tinggal manusia je dia belum jual lagi. Huhu.
Lokasi DAISO yang aku tau :

Penang
Gurney Plaza & Queensbay Mall

KL & Selangor
Mines Shopping Fair, Pavilion, Mid Valley, The Curve, 
Jusco Maluri, Sg Wang Plaza, IOI Mall Puchong, Sunway Pyramid, One Utama,

Melaka
Dataran Pahlawan, Jusco Aeon.

Itu yang aku tau lah. Mungkin ada yang aku tak tau. 
So, korang kena pandai2 cari la ye. Hehe...

Buku ni aku dapat dengan harga RM 5 sahaja =)



Then, korang perlukan kain felt.
Kain fevret yang aku anggap sebagai kain yang sangat menarik dan flexible.
Kat Daiso pon ada bende ni. 
Segulung bersaiz 60cm x 70cm dengan harga RM5.
Besar tu! Ada pelbagai kaler. 
Kalau beli dekat kedai jahitan, Semeter je dah RM18! Mahalkan?
Tapi, kain felt ni banyak jenis. Tebal dan nipis.
Untuk buat Guest Book ni, korang just perlu cari kain felt yang nipis sahaja.
Supaya senang untuk membalut buku hard cover tersebut. 
Bila nak lipat pon senang. Takde lah tebal sangatkan.




Dan tak lupa material hiasan
Yang ni korang bebas memilih ape jua jenis material & bentuk.
Bunga comel kaler biru tu aku beli di kedai jahitan dengan harga RM1.50 sebanyak 5 pcs.
Yang tu memang mahal sikit. Ce search tempat yang lagi murah. Mesti ada.
Yang gambar kedua tu, riben comel aku beli di Daiso dengan harga RM 5. 
Dalam tu ada 20 pcs. Banyakkan? =)


Then untuk menambah ceriakan lagi Guest Book korang tu nanti,
korang perlukan gulungan riben yang comel dan colourful.
Semua ni bergantung kepada ke'kreatif'an korang.
Biasanya harga riben gulung ni kena tengok size & corak la. 
Yang aku beli untuk Guest Book ni between RM3-4. 



Alphabet. Ini lagi jimat kos.
Buka Microsoft Word dalam komputer,
search wording yang comel2, kemudian print.
Nanti guntinglah kain felt tu mengikut bentuk alphabet tersebut.

Ok, now cara nak buat. Senang aje.

1. Balut buku tersebut dengan kain felt sama seperti membalut buku dengan pembalut kertas.

2. Gamkan bahagian-bahagian yang tertentu menggunakan Glue Gun tadi. Jangan guna Gam UHU sebab tak berapa nak kuat. Nanti kain felt tu mudah tertanggal dari kulit buku tu.

3. Untuk mencantikkan lagi bahagian dalam cover buku tersebut, korang boleh tampal kain felt kaler lain dan hias dengan riben macam gambar di bawah ni. So, nampak lebih kemas! =) Untuk tampal riben tu, korang boleh guna Gam UHU. Sebab kalau guna Glue Gun, nanti dia tak smooth pulak.


4. Lepas tu, hiaslah bahagian depan buku tersebut mengikut ke'kreatif'an yang korang ada. Gunakan sehabis baik alphabet dan material hiasan yang korang dah beli tadi. Untuk material hiasan, boleh gunakan Gam UHU. Tujuan? Supaya lebih kemas. =)

5. Itu je lah. Tak susah kan? =)

So, inilah hasil yang aku perolehi hasil dari 'kerastangan' aku sendiri. Hehe....


Costing?
  • Kain Felt = RM 5
  • Buku Hard Cover = RM 5
  • Riben (gulung) =RM 3
  • Bunga hiasan (kecil, 5 pcs) = RM 1.50
  • Riben hiasan (readymade) = RM 5
TOTAL = RM 19.50! Jimat kan? 
Dan guest korang pon akan cakap, 'kreatifnye perantinnn....!' (^_^)


Selamat mencuba!



Sunday, January 13, 2013

DIY: Tutorial Korsaj (^_^)

Salam readers!

Hari ni nak share tips sikit apa hobi yang aku sibuk buat sejak kebelakangan ni.

Entry ini boleh juga dikategorikan sebagai entry....
1. 'Macam mana nak buat majlis tunang/nikah/perkahwinan lebih bermakna' atau...
2. 'Macam mana nak save budget untuk majlis tunang/nikah/perkahwinan.

Haha! Ikut suka korang la nak pilih mana satu. Bagi aku, kedua-duanya pon boleh. Maybe ada sesetengah orang yang macam aku, nakkan majlis yang cuma sekali seumur hidup tu menjadi sangat berharga dan sangat  diingati. Tapi dalam masa yang sama, masih tidak membazir dan tidak 'out of budget'. Yelah, kita ni pon bukannya anak orang kaya atau public figure yang boleh dapat mana2 sponsor besar untuk majlis kita kan? Hew hew hew...orang ada duit, ada nama, ada kedudukan, semuanya boleh jadi. Yang tak happening pon boleh jadi happening. Tak giteww? (^_^)

Tapi bagi aku, jgn jadikan kesederhanaan diri itu sebagai sebab untuk majlis korang 'looks dull'.  Kita gunakan bakat dan ke'kreatif'an yg Tuhan bagi ni sebagai salah satu penyebab majlis korang looks great! Tak mewah takpe, janji semuanya nampak sweet dan berjalan lancar. Insyaallah....Lagipun, bila kita buat sendiri, ianya lebih bermakna, tak giteww? (^_^)

Ok, ape tips nya? Semua ni 'tercipta' hasil dari permintaan my mom. Mama suruh aku surveykan apa-apa korsaj yang cantik dan cute untuk dipakai oleh Persatuan Kendarat nya masa majlis aku nanti. Katanya lagi, korsaj tu kira macam salah satu cara penghargaan dan satu simbol kepada persatuannya yang bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas majlis tu berlangsung nanti.

So, aku fikir-fikir balik, apa kata kalau aku buat sendiri korsaj tu memandangkan ianya sesuatu yang mudah dan tidaklah terlalu rumit.

So ape lagi? Aku pon capai 'Magic Box' aku....


Tak dilupa 'Kotak Reriben' aku yang cute iteww....


So, senang aje, potong riben itu kepada beberapa set yang kamu mahukan.
Setiap 1 set perlukan 2 helai riben yang telah siap dipotong.
Panjangnya? Ok, bergantung pada kehendak korang sendiri.
Kalau nak riben yang besar, potonglah panjang sikit.
Kalau nak yang cute, 18cm tu dah kira oklah.


Then, ambil sehelai dari riben tu. Temukan hujung dengan hujung riben tersebut. 
Kemudian,jahit riben tu dengan benang yang sama kaler. Dia akan jadi macam satu gelung.
Pastu ikat tengah-tengah gelung tersebut supaya dia jadi macam gambar di bawah ni. 
Lakukan perkara yang sama pada riben kedua tadi.


Kemudian, korang perlukan glue gun untuk mencantumkan 2 helai riben tadi.
Letakkan sedikit gam di tengah-tengahnya kemudian cantumkan. 


Lepas tu, korang perlukan sedikit material hiasan 
untuk diletakkan di atas kedua riben yang telah dicantumkan tadi. 
Juga gunakan glue gun. Boleh jugak kalau nak guna Gam UHU. 
Tapi risiko untuk dia tertanggal dengan mudah adalah sangat tinggi. (^_^)

Mana nak carik? Uishhh! Banyak tempat....
kat Daiso ada, kat Living Cabin ada, kat Hinode Shop ada.
Kalau paling malas pon, korang boleh carik kat kedai yang jual peralatan jahitan
Confirm ada punyelah. 
Coraknya terpulang pada korang. 
Kalau boleh yang bersesuaian dengan riben dan kalernya lah.
So, aku pilih corak yang ni. Harga?
Sepeket benda ni harga RM1.50 je. Ada 5 biji dalam 1 peket.
Kalau korang boleh dapat yang lagi murah, lagi lah bagus.
(rekomen lah cket kat cik Ashu...hehe!)


Dan after siap di bahagian depan, jangan dilupa pulak di bahagian belakang.
Korang perlu lekatkan pin macam ni.
Mana nak dapat? Kat kedai alat jahitan bersepah.
Macam-macam saiz ada. Huhu...
Yang ini pon lekatkan guna glue gun.


Dan akhirnya....siaplah korsaj DIY kamu. 
So, pasni bolehlah bagi kat makcik-makcik persatuan kendarat Mama saya! Huhu...
Eh, lupa. Kalau mana yang terbiasa nak letak duit RM1 kat korsaj tu,
Boleh jugak korang letak. Design la bentuk kipas ke, kapal terbang ke.
Pastu jahitkan sikit di belakang riben tu.
Kalau boleh, duit tu janganla dibubuh glue gun jugak. 
Nanti koyak la dia. Da tak boleh pakai duit tu. Huhu...


So, selamat mencuba!

Wednesday, January 9, 2013

GEMUK atau KURUS....siapa yang lebih SIHAT?

Blog yang dah lama tak 'ditepek' entry baru.

Hari ni aku terpanggil nak post satu entry baru bertajuk....

'GEMUK ATAU KURUS....Anda Belum Tentu SIHAT!'

Ok, tajuk je dah nampak macam nak marah. Tapi macam biasalah. Siapa tak kenal aku. Kalau marah, bukan reti nak maki hamun. Mulut tu terkunci rapat. Itu masalah utama menjadi manusia seperti Ashu. (Sigh) So, pada blog ni jelah tempat aku nak melepaskan marah.

Semuanya berikutan insiden semalam. Insiden semasa aku turun untuk berbasikal di petang hari. Itu adalah rutin biasa sejak my fiance bermurah hati 'meminjamkan' aku basikal Mountain Bike nya. Basikal yang aku anggap sebagai 'pesaing' utama aku dalam 'merebut perhatian' my fiance. LOL. Btw, he's a cyclist. Extreme cyclist. Basikal tu pon sponsor club dia yang bagi. Tapi disebabkan dia sedang 'berehat' seketika dari dunia sukan berbasikal, jadi basikal itu dipinjamkan sekejap pada aku.

Setelah berbasikal hampir 6 lap, aku telah terserempak dengan seorang hamba Allah ni yang badan dia 5x ganda lebih besar dari badan aku yang sekeping ni. I bet he can't see his own feet as normal people do. Huhu. Ok, sorry. Ayat tu memang agak kasar. Tapi ayat yang dia lemparkan pada aku, jauh lebih kasar. I will not mention his name as I know that this entry is not to ashamed any people, I just want to remind other people tentang beberapa perkara yang kamu tak sepatutnya buat pada diri sendiri atau pada orang lain.

"Nak buat apa kau sibuk main basikal lagi? Kau tu kan dah kurus?"

Ayat itu terkeluar beberapa kali dari mulutnya semasa dia memerhatikan aku yang sedang leka mengayuh. Disebabkan tengah penat dan syok melayan MP3, aku tidak menghiraukan kata-kata tersebut. Bagi aku, suka hati kau la nak cakap apa. Yang penting, badan aku sihat dan basikal ni tidak hanya terbiar pancit dalam bilik aku.

Pagi ni semasa aku turun breakfast, dia sekali lagi terserempak dengan aku. Inilah yang susahnya kalau duduk sebumbung dalam kuarters kerajaan macam ni. Mana-mana pergi, mesti terjumpa.

"Basikal semalam tu, kau yang punya ke?" dia bertanya.

"Basikal tunang saya. Saya pinjam sekejap je. Kenapa?" jawab aku.

"Owh, yeke...bukan apa. Kau tu kan dah kurus. Dah macam JERANGKUNG aku tengok. Nak buat apa berbasikal lagi? Kau patut duduk kat bilik, minum susu Weight Gain atau makan supplement je."

Ok, kalau korang jadi aku, ape korang akan rasa bila ayat macam tu keluar di depan rakan-rakan sekerja yang lain? Mudahnya dia menjatuhkan air muka orang lain hanya kerana PENDAPAT BODOH dia tu. Soalan dia, aku takde rasa nak jawab. Aku cuma tersenyum dan berlalu pergi. Dalam hati Tuhan saja yang tau betapa aku nak koyak-koyakkan mulut dia yang longkang tu. Tapi, sebab fikir dia jauh lebih tua dari aku, so aku masih dapat mengawal marah.

The point now is...did he knows that KURUS itu belum tentu menjanjikan badan yang SIHAT?

Ok, setelah aku google...I found this fact.

“Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk,” kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan ‘peta gemuk’ bagi mencari di mana lemak tersimpan. 

Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.


Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — ‘thin outside, fat inside’. “Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya,” katanya.
Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.
Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak ‘muncul’ pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik. 

“Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung,” kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak ‘tersimpan’ yang memeranjatkan.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.
So, kesimpulan yang aku boleh buat adalah jika kamu KURUS, BELUM TENTU lagi kamu SIHAT. Fakta pon ada cakap, kurus tak semestinya takde lemak. Jadi, apetah lagi yang GEMUK?

Biarlah aku kurus macam JERANGKUNG sekali pun, asalkan aku cergas, sihat dan mampu melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh...
Daripada....
Kita dah tau kita ni GEMUK tapi langsung TAK SEDAR DIRI! Makan tak pernah sukat, bersenam tak pernah buat, mengutuk orang sampai tak ingat.

Heeeyyyyy manusiaaa! Berubahlah! (sambil buat suara jin gua)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...