Wednesday, January 9, 2013

GEMUK atau KURUS....siapa yang lebih SIHAT?

Blog yang dah lama tak 'ditepek' entry baru.

Hari ni aku terpanggil nak post satu entry baru bertajuk....

'GEMUK ATAU KURUS....Anda Belum Tentu SIHAT!'

Ok, tajuk je dah nampak macam nak marah. Tapi macam biasalah. Siapa tak kenal aku. Kalau marah, bukan reti nak maki hamun. Mulut tu terkunci rapat. Itu masalah utama menjadi manusia seperti Ashu. (Sigh) So, pada blog ni jelah tempat aku nak melepaskan marah.

Semuanya berikutan insiden semalam. Insiden semasa aku turun untuk berbasikal di petang hari. Itu adalah rutin biasa sejak my fiance bermurah hati 'meminjamkan' aku basikal Mountain Bike nya. Basikal yang aku anggap sebagai 'pesaing' utama aku dalam 'merebut perhatian' my fiance. LOL. Btw, he's a cyclist. Extreme cyclist. Basikal tu pon sponsor club dia yang bagi. Tapi disebabkan dia sedang 'berehat' seketika dari dunia sukan berbasikal, jadi basikal itu dipinjamkan sekejap pada aku.

Setelah berbasikal hampir 6 lap, aku telah terserempak dengan seorang hamba Allah ni yang badan dia 5x ganda lebih besar dari badan aku yang sekeping ni. I bet he can't see his own feet as normal people do. Huhu. Ok, sorry. Ayat tu memang agak kasar. Tapi ayat yang dia lemparkan pada aku, jauh lebih kasar. I will not mention his name as I know that this entry is not to ashamed any people, I just want to remind other people tentang beberapa perkara yang kamu tak sepatutnya buat pada diri sendiri atau pada orang lain.

"Nak buat apa kau sibuk main basikal lagi? Kau tu kan dah kurus?"

Ayat itu terkeluar beberapa kali dari mulutnya semasa dia memerhatikan aku yang sedang leka mengayuh. Disebabkan tengah penat dan syok melayan MP3, aku tidak menghiraukan kata-kata tersebut. Bagi aku, suka hati kau la nak cakap apa. Yang penting, badan aku sihat dan basikal ni tidak hanya terbiar pancit dalam bilik aku.

Pagi ni semasa aku turun breakfast, dia sekali lagi terserempak dengan aku. Inilah yang susahnya kalau duduk sebumbung dalam kuarters kerajaan macam ni. Mana-mana pergi, mesti terjumpa.

"Basikal semalam tu, kau yang punya ke?" dia bertanya.

"Basikal tunang saya. Saya pinjam sekejap je. Kenapa?" jawab aku.

"Owh, yeke...bukan apa. Kau tu kan dah kurus. Dah macam JERANGKUNG aku tengok. Nak buat apa berbasikal lagi? Kau patut duduk kat bilik, minum susu Weight Gain atau makan supplement je."

Ok, kalau korang jadi aku, ape korang akan rasa bila ayat macam tu keluar di depan rakan-rakan sekerja yang lain? Mudahnya dia menjatuhkan air muka orang lain hanya kerana PENDAPAT BODOH dia tu. Soalan dia, aku takde rasa nak jawab. Aku cuma tersenyum dan berlalu pergi. Dalam hati Tuhan saja yang tau betapa aku nak koyak-koyakkan mulut dia yang longkang tu. Tapi, sebab fikir dia jauh lebih tua dari aku, so aku masih dapat mengawal marah.

The point now is...did he knows that KURUS itu belum tentu menjanjikan badan yang SIHAT?

Ok, setelah aku google...I found this fact.

“Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk,” kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan ‘peta gemuk’ bagi mencari di mana lemak tersimpan. 

Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.


Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — ‘thin outside, fat inside’. “Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya,” katanya.
Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.
Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak ‘muncul’ pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik. 

“Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung,” kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak ‘tersimpan’ yang memeranjatkan.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.
So, kesimpulan yang aku boleh buat adalah jika kamu KURUS, BELUM TENTU lagi kamu SIHAT. Fakta pon ada cakap, kurus tak semestinya takde lemak. Jadi, apetah lagi yang GEMUK?

Biarlah aku kurus macam JERANGKUNG sekali pun, asalkan aku cergas, sihat dan mampu melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh...
Daripada....
Kita dah tau kita ni GEMUK tapi langsung TAK SEDAR DIRI! Makan tak pernah sukat, bersenam tak pernah buat, mengutuk orang sampai tak ingat.

Heeeyyyyy manusiaaa! Berubahlah! (sambil buat suara jin gua)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...