Sunday, January 13, 2013

DIY: Tutorial Korsaj (^_^)

Salam readers!

Hari ni nak share tips sikit apa hobi yang aku sibuk buat sejak kebelakangan ni.

Entry ini boleh juga dikategorikan sebagai entry....
1. 'Macam mana nak buat majlis tunang/nikah/perkahwinan lebih bermakna' atau...
2. 'Macam mana nak save budget untuk majlis tunang/nikah/perkahwinan.

Haha! Ikut suka korang la nak pilih mana satu. Bagi aku, kedua-duanya pon boleh. Maybe ada sesetengah orang yang macam aku, nakkan majlis yang cuma sekali seumur hidup tu menjadi sangat berharga dan sangat  diingati. Tapi dalam masa yang sama, masih tidak membazir dan tidak 'out of budget'. Yelah, kita ni pon bukannya anak orang kaya atau public figure yang boleh dapat mana2 sponsor besar untuk majlis kita kan? Hew hew hew...orang ada duit, ada nama, ada kedudukan, semuanya boleh jadi. Yang tak happening pon boleh jadi happening. Tak giteww? (^_^)

Tapi bagi aku, jgn jadikan kesederhanaan diri itu sebagai sebab untuk majlis korang 'looks dull'.  Kita gunakan bakat dan ke'kreatif'an yg Tuhan bagi ni sebagai salah satu penyebab majlis korang looks great! Tak mewah takpe, janji semuanya nampak sweet dan berjalan lancar. Insyaallah....Lagipun, bila kita buat sendiri, ianya lebih bermakna, tak giteww? (^_^)

Ok, ape tips nya? Semua ni 'tercipta' hasil dari permintaan my mom. Mama suruh aku surveykan apa-apa korsaj yang cantik dan cute untuk dipakai oleh Persatuan Kendarat nya masa majlis aku nanti. Katanya lagi, korsaj tu kira macam salah satu cara penghargaan dan satu simbol kepada persatuannya yang bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas majlis tu berlangsung nanti.

So, aku fikir-fikir balik, apa kata kalau aku buat sendiri korsaj tu memandangkan ianya sesuatu yang mudah dan tidaklah terlalu rumit.

So ape lagi? Aku pon capai 'Magic Box' aku....


Tak dilupa 'Kotak Reriben' aku yang cute iteww....


So, senang aje, potong riben itu kepada beberapa set yang kamu mahukan.
Setiap 1 set perlukan 2 helai riben yang telah siap dipotong.
Panjangnya? Ok, bergantung pada kehendak korang sendiri.
Kalau nak riben yang besar, potonglah panjang sikit.
Kalau nak yang cute, 18cm tu dah kira oklah.


Then, ambil sehelai dari riben tu. Temukan hujung dengan hujung riben tersebut. 
Kemudian,jahit riben tu dengan benang yang sama kaler. Dia akan jadi macam satu gelung.
Pastu ikat tengah-tengah gelung tersebut supaya dia jadi macam gambar di bawah ni. 
Lakukan perkara yang sama pada riben kedua tadi.


Kemudian, korang perlukan glue gun untuk mencantumkan 2 helai riben tadi.
Letakkan sedikit gam di tengah-tengahnya kemudian cantumkan. 


Lepas tu, korang perlukan sedikit material hiasan 
untuk diletakkan di atas kedua riben yang telah dicantumkan tadi. 
Juga gunakan glue gun. Boleh jugak kalau nak guna Gam UHU. 
Tapi risiko untuk dia tertanggal dengan mudah adalah sangat tinggi. (^_^)

Mana nak carik? Uishhh! Banyak tempat....
kat Daiso ada, kat Living Cabin ada, kat Hinode Shop ada.
Kalau paling malas pon, korang boleh carik kat kedai yang jual peralatan jahitan
Confirm ada punyelah. 
Coraknya terpulang pada korang. 
Kalau boleh yang bersesuaian dengan riben dan kalernya lah.
So, aku pilih corak yang ni. Harga?
Sepeket benda ni harga RM1.50 je. Ada 5 biji dalam 1 peket.
Kalau korang boleh dapat yang lagi murah, lagi lah bagus.
(rekomen lah cket kat cik Ashu...hehe!)


Dan after siap di bahagian depan, jangan dilupa pulak di bahagian belakang.
Korang perlu lekatkan pin macam ni.
Mana nak dapat? Kat kedai alat jahitan bersepah.
Macam-macam saiz ada. Huhu...
Yang ini pon lekatkan guna glue gun.


Dan akhirnya....siaplah korsaj DIY kamu. 
So, pasni bolehlah bagi kat makcik-makcik persatuan kendarat Mama saya! Huhu...
Eh, lupa. Kalau mana yang terbiasa nak letak duit RM1 kat korsaj tu,
Boleh jugak korang letak. Design la bentuk kipas ke, kapal terbang ke.
Pastu jahitkan sikit di belakang riben tu.
Kalau boleh, duit tu janganla dibubuh glue gun jugak. 
Nanti koyak la dia. Da tak boleh pakai duit tu. Huhu...


So, selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...