Monday, January 14, 2013

DIY: Tutorial Handmade Guest Book (^_^)

Salam readers!

Make it short, today aku dapat panggilan dari seorang kenalan lama. Dia pon sedang menghitung hari nak melangsungkan perkahwinan. Tapi sedikit lebih awal dari aku. It's on March. Wow! Tak sampai 2 bulan lagi. Huhu. I plak yang nerbessss....

Truttt! Truutt! Truttt! Truutt! (Ha, amik. Siap bunyi ringtone lagi. Haha!)

"Ashu, aku nak tanya sikit ni. Hari tu aku ternampak kau post gambar Guest Book dalam Instagram. Kau buat sendiri ek? Macam mana nak buat macam tu? Susah tak? How about the costing? Mahal tak?"

Maka aku pon menjawab.....

"Dak ehhh....tak mahai la. Dan jugak tak susah. Costing? Tak sampai pon RM20." 

"Uissh!! Really? Best la! Nak jugak! Nak jugak! Ajarlah aku buat macam tu."

"Haha! Sabar-sabar...gelojoh la ngko ni. Tunggu malam ni aku post tutorialnya dalam blog aku."

"Ha, ok-ok! Aku tunggu. Cepat tau!"

Sah gelojoh tau minah ni. Hehe. Ok, ni khas untuk kau Ellya. Dan jugak untuk readers yang teringin nak buat Guest Book sendiri. (^_^)

Ok, 1st thing 1st...material yang perlu korang ada.


Of course la kena ada gunting dan gam UHU kan....
jangan korang gigit plak kain felt tu nanti. Pastu tampal dengan air liur. Ok, sengal! Hehe....



This is my private gun. 
Jika memilikinya kamu tidak memerlukan lesen senjata api/khas. Hehe!
Ok, GLUE GUN sangat penting!



Buku kulit keras (Hard Cover)
Kalau boleh helaiannya carila yang kosong without line. For example Sketch Book.
Mana nak dapat? Kat kedai basikal banyak. (@_@)
Of course la kat kedai buku, cik kak oi.....
Tapi aku nak suggestkan kat korang ce korang pegi DAISO.
Alah, kedai jepun yang semua barangnye dijual dengan rege RM5 tu.
Kedai tu semua benda dia jual. Tinggal manusia je dia belum jual lagi. Huhu.
Lokasi DAISO yang aku tau :

Penang
Gurney Plaza & Queensbay Mall

KL & Selangor
Mines Shopping Fair, Pavilion, Mid Valley, The Curve, 
Jusco Maluri, Sg Wang Plaza, IOI Mall Puchong, Sunway Pyramid, One Utama,

Melaka
Dataran Pahlawan, Jusco Aeon.

Itu yang aku tau lah. Mungkin ada yang aku tak tau. 
So, korang kena pandai2 cari la ye. Hehe...

Buku ni aku dapat dengan harga RM 5 sahaja =)



Then, korang perlukan kain felt.
Kain fevret yang aku anggap sebagai kain yang sangat menarik dan flexible.
Kat Daiso pon ada bende ni. 
Segulung bersaiz 60cm x 70cm dengan harga RM5.
Besar tu! Ada pelbagai kaler. 
Kalau beli dekat kedai jahitan, Semeter je dah RM18! Mahalkan?
Tapi, kain felt ni banyak jenis. Tebal dan nipis.
Untuk buat Guest Book ni, korang just perlu cari kain felt yang nipis sahaja.
Supaya senang untuk membalut buku hard cover tersebut. 
Bila nak lipat pon senang. Takde lah tebal sangatkan.




Dan tak lupa material hiasan
Yang ni korang bebas memilih ape jua jenis material & bentuk.
Bunga comel kaler biru tu aku beli di kedai jahitan dengan harga RM1.50 sebanyak 5 pcs.
Yang tu memang mahal sikit. Ce search tempat yang lagi murah. Mesti ada.
Yang gambar kedua tu, riben comel aku beli di Daiso dengan harga RM 5. 
Dalam tu ada 20 pcs. Banyakkan? =)


Then untuk menambah ceriakan lagi Guest Book korang tu nanti,
korang perlukan gulungan riben yang comel dan colourful.
Semua ni bergantung kepada ke'kreatif'an korang.
Biasanya harga riben gulung ni kena tengok size & corak la. 
Yang aku beli untuk Guest Book ni between RM3-4. 



Alphabet. Ini lagi jimat kos.
Buka Microsoft Word dalam komputer,
search wording yang comel2, kemudian print.
Nanti guntinglah kain felt tu mengikut bentuk alphabet tersebut.

Ok, now cara nak buat. Senang aje.

1. Balut buku tersebut dengan kain felt sama seperti membalut buku dengan pembalut kertas.

2. Gamkan bahagian-bahagian yang tertentu menggunakan Glue Gun tadi. Jangan guna Gam UHU sebab tak berapa nak kuat. Nanti kain felt tu mudah tertanggal dari kulit buku tu.

3. Untuk mencantikkan lagi bahagian dalam cover buku tersebut, korang boleh tampal kain felt kaler lain dan hias dengan riben macam gambar di bawah ni. So, nampak lebih kemas! =) Untuk tampal riben tu, korang boleh guna Gam UHU. Sebab kalau guna Glue Gun, nanti dia tak smooth pulak.


4. Lepas tu, hiaslah bahagian depan buku tersebut mengikut ke'kreatif'an yang korang ada. Gunakan sehabis baik alphabet dan material hiasan yang korang dah beli tadi. Untuk material hiasan, boleh gunakan Gam UHU. Tujuan? Supaya lebih kemas. =)

5. Itu je lah. Tak susah kan? =)

So, inilah hasil yang aku perolehi hasil dari 'kerastangan' aku sendiri. Hehe....


Costing?
  • Kain Felt = RM 5
  • Buku Hard Cover = RM 5
  • Riben (gulung) =RM 3
  • Bunga hiasan (kecil, 5 pcs) = RM 1.50
  • Riben hiasan (readymade) = RM 5
TOTAL = RM 19.50! Jimat kan? 
Dan guest korang pon akan cakap, 'kreatifnye perantinnn....!' (^_^)


Selamat mencuba!



6 comments:

Nurul Hidayu said...

salam kak sye nk tye ckt em lau bhgn dlm 2 cm ne lak nk wt

Miss Ashu (^_^) said...

Bahagian dalam tu, maksudnye yang mana dik? Bhgn dlm cover book tu ke atau helaian dalamnye? But nevermind. Akak explain kedua2nya.

~ Cover Dalam GuestBook

Kain felt utk cover buku tu, adik balut macam balut buku biasa. Lipat saja kemudian gamkan guna Glue Gun. Then, tutup sepenuhnya bahagian cover dalam tu dengan kain felt lagi. Pilihlah colour yg bersesuaian. Guna Gam Uhu je pon xpe. Kalau Glue Gun nanti, dia akan jadi berketul. Tak smooth jadinye cover dalam tu. Kemudian, di spjg border dia, hiaskan sket dengan riben bercorak macam dlm gambar yg akak sertakan kat entry di atas.

~ Helaian Dalam

Terpulang pada kreativiti adik Nurul. Nak biarkan kertas tu kosong saja utk guest jote down their wishes, atau adik boleh beli cop2 comel kat kedai gift dan hiaskan kat setiap helaian tu.

Simple. Yang penting, ikut kreativiti dan kesukaan adik. Selamat mencuba!

SweetPretty Elly said...

wahhhh....thanks for this entry...sy mmg tgh cari tutorial utk buat guestbook...hikhikhikhik...
follow me back..sweetprettyelly.blogspot.com

nurstar ashu said...

Ur welcome & selamat mencuba! =)

Done! (^_^)

albidadaristory said...

Hai, sis.. Sy pun nk buat guest book.. Kbtuln jmpe tutorial ni.. Sgt mbantu.. Thanks a lot.. Tpi sy nk tnya buku yg sis buat ni helaian dy Yg jnis garis2 ke or kertas kosong je?

nurstar ashu said...

ooo sy guna buku yg helaian kosong or biasa kita panggil sketch book. (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...