Kenapa saya suka bagi kaunseling? Adakah saya bagus? Adakah hidup saya sempurna?
Kalau anda kata saya bagus. SALAH. Saya memang tak sebagus yang anda rasa. Kenapa? Yelah, saya tahulah diri saya...lebih dari apa yang orang nampak tentang diri saya. (ok faham tak ayat tu? Hehe...)
Kalau anda kata hidup saya sempurna. Pon SALAH. Sebab, anak raja pun tak rasa diri dia sempurna, inikan pulak kita golongan rakyat jelata. Nabi Muhammad pun tak kata baginda adalah manusia yang sempurna. So, siapalah kita nak kata diri sendiri atau diri orang lain lebih sempurna.
Tujuan aku suka berkaunseling adalah sebab aku suka healkan 'luka' orang. Sebab aku pon pernah mengalami situasi 'luka dan dilukai'. Eceh! Macam tajuk lagu pulak. Mihmihmih....Lagipun, bila kita berkongsi tips, ia akan memberi manfaat kepada orang lain dan mungkin juga panduan untuk kita di masa depan. Yelah, siapa tahu sekarang kita senyum, orang lain menangis.. Entah esok lusa, kita pulak rasa saat menangis tu. So, bila kita ingatkan tips-tips ni, kita boleh 'heal'kan luka sendiri.
Ok back to tajuk asal yang aku nak kongsi. Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat.
Once, masa belum kahwin dulu, aku pernah rasa macam ni....
"Heshhh! Kenapa jodoh aku lambat sangat eh? Umur da masuk 26 da ni! Kawan-kawan semua dah beranak pinak dah. Apa nak jadi dengan aku ni?"
Masa tu aku rasa macam down sangat. Kenapalah nasib aku tidak sebaik orang lain. Yang berkahwin awal, punyai anak awal. At last, aku sedar bahawa sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah S.W.T. Siapa kita untuk question tentang perkara-perkara yang melibatkan jodoh, rezeki, ajal dan maut diri sendiri atau orang lain?
Dan kebiasaannya orang-orang kat luar sana selalu tanya soalan macam ni...
~Kalau belum jumpa jodoh~
"Kau ni memilih sangat ke? Kenapa tak jumpa-jumpa lagi calon suami/isteri? Kau nak tunggu jadi 'season' ke baru nak kawen?"
~Kalau dah berkahwin~
"Kau ni tak beranak-anak, kahwinnya dah lama. Kau merancang ke apa ni?"
Atau....
~Kalau belum jumpa jodoh~
"Bila nak kahwin? Anak aku dah nak masuk setahun ni. Kau tu masih membujang lagi."
~Kalau dah berkahwin~
"Baru sorang jer anak kau? Bila nak tambah lagi? Anak aku nak masuk tiga dah ni."
Atau....
~Kalau belum jumpa jodoh~
"Kau kahwin lambat-lambat ni, nanti da berumur susah nak beranak tau!"
~Kalau dah berkahwin~
"Umur dah 35, anak kau baru seorang? Kalau kau tak percaya cakap aku...kau tengokla lagi 2,3 tahun, confirm kau susah nak beranak lagi. Baik ko beranak banyak-banyak sekarang"
Kadang-kadang kita rasa macam nak cakap....
"Woi korang! Kalaulah aku tau apa yang Tuhan dah takdirkan untuk aku, aku pun takkan biarkan diri aku single/takde anak sampai ke hari ni."
Atau nak saja kita cakap....
"Adakah korang boleh ramal masa depan aku, setepat perancangan Tuhan aturkan perjalanan hidup aku?"
Atau kalau boleh kita nak kata....
"Adakah korang yakin bahawa aku akan susah untuk dapat anak sekiranya aku kawen lambat? Jodoh pertemuan, ajal maut, Rezeki dan rahmat itu kan kat tangan Tuhan. Siapa korang untuk menghakimi nasib aku?"
Atau paling tidak pun dapat lepaskan geram macam ni....
"Sejauh mana korang sure, dapat anak awal/ramai akan menjamin masa depan yang cerah? Korang tahu ke anak itu akan sihat sepanjang masa? Atau korang pasti ke anak korang tu akan jadi orang yang berguna bila besar nanti?
Yelah, kita ni bukanlah nak mendoakan ye tak? Bukan jugak untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tapi cuba kita fikirkan perasaan orang yang kita perli dan soal bertubi-tubi itu.
Mereka yang berkahwin awal, punyai zuriat awal/ramai, bolehlah sesuka hati cakap macam tu sebab mereka rasa mereka lebih sempurna sebab dijodohkan awal, diberi rezeki zuriat awal dengan pasangan masing-masing. Tapi kita kena ingat:
1. Tuhan TIDAK janjikan pada manusia, sekiranya jodoh dia cepat, dia juga akan cepat dapat zuriat.
2. Tuhan pun TIDAK janjikan sekiranya dia kahwin awal, dia dapat zuriat awal, tapi jodoh dia akan berkekalan sehingga akhir hayat.
3. Tuhan TIDAK pernah menjanjikan seseorang itu kahwin lewat, maka segala-gala rezeki untuk dia akan jadi lewat dan tertangguh atau mungkin tak kesampaian langsung.
Hormatilah orang yang sedang bersabar dengan ujian Tuhan. Jangan kita tanya dia dengan bermacam-macam soalan yang lebih membuatkan dia stress seterusnya dia akan hilang pertimbangan waras akal dan buat benda yang bukan-bukan. Atau paling tidak, buat dia tidak percaya dengan takdir Tuhan. Nanti kita akan sama-sama share dosa tu.
Bercakap atau perli orang itu memang mudah. Kerana kita nampak nasib kita jauh lebih baik dari nasib dia. Itu yang kita nampak. Adakah kita tau apa yang dah Tuhan aturkan untuk dia di masa depan? Entah-entah, dia dapat pasangan yang jauh lebih baik dari kita. Anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak-anak dia lebih cemerlang dari anak-anak kita. Rezeki dia jauh lebih murah dari rezeki kita. Walaupun dia kahwin lambat.
So, mulai hari ini jom kita sama-sama prevent mulut kita dari bertanyakan soalan-soalan macam tu pada orang lain. Especially pada orang yang masih bujang atau yang masih belum dikurniakan anak. Hormati perasaan mereka. Bagi aku, orang-orang dari golongan macam ni, aku anggap sebagai golongan-golongan yang SANGAT TABAH dalam menerima Qada' dan Qadar Tuhan. Dikala orang lain bergelak ketawa bersama suami dan anak-anak, mereka masih kuat untuk melawan rasa sunyi tanpa suami dan anak-anak.
Siapa di dunia ini mahukan rasa sunyi? Semua orang tak mahu. Tapi kalau dah Tuhan aturkan untuk dia macam tu, siapa kita untuk menghakimi takdir tersebut? Dan kita jangan lupa, entah-entah di masa depan, mereka jauh lebih bahagia dari kita.
Peace yaww!
Nenek adalah antara orang yang paling happy bila aku dah kahwin. Kami sayang nenek!!!
15 comments:
ashuuohhhhashuu...hihi
iye ibu naufalll...hehehe...
Betul tu..kdg2 sakit jiwa d bt nye dgn soklan2 perli diorang..
Bersabar itu akan mendatangkan pahala. Insyaallah =)
Thanks sis... Terubat duka lara ini... ^_^
thnk.. terubat hati bca entri nie. :)
Ur welcome dear :) Everything happens for a reason kan?:)
Ur welcome :) Always be +ve ok :)
That's true..sy kawin lewat..genap usia 30 thn..Allahuakbar..pas kawin rezeki smbg blaja Dpli..jd Cgu..dlm masa yg sama dpt anak..skrg dah sepasang..syukur wpun segala2nya lewat tp masih berpeluang nikmati kehidupan yg sempurna..stlh berhdpn dgn pelbgai dugaan..
Umur dah 30an..tp sy masih single..harap semua doakan utk saya dikurniakan jodoh ye.aaminn
its ok sis. Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan tuhan. Mcm saya cakap dalm entry di atas, org jodoh lambat, rezeki anak lambat, belum tentu Tuhan takdirkan dia malang seumur hidup. Ada hikmah di sebalik semua tu. Cuma kita je tak nampak lagi :) Enjoy your single life sepuasnya yek. Insyaallah ada jodoh tak kemana. :)
Betul sya setuju dgn awk.sya kwin umur 56 dgn gadis 16thn.mula2 niat tlg tapi jadi bini d galak oleh kkrganya.pertologan yg sukar yg perlu sabar berani dn korban wang.
dulu kena kutuk trlalu memilih..tpi bila dpt yg ini kwan kata jgn kahwin...pulak!!! Siapa yg memilih
allah izinkn sya tlg gadis ini.sbb sya selamatkn dia dgn brani..tabah..korban wang...alhamdulillah..sbb dulu dulu pun bnyk tlg org spai x mampu nk kahwin akhirnya allah balas dgn yg muda
Amin..doakan sy mdh dan cpt jmp jodoh jgk ye.
Post a Comment