Sunday, August 4, 2013

Kenapa Kita Perlu Tinggalkan Dia (*_*)

Ini entry untuk membantu adik-adik/ kawan-kawan (perempuan) yang sedang dalam dilema untuk memilih pasangan hidup. Entry ini jugak BUKAN untuk kanak-kanak/adik-adik yang masih hingusan dan bersekolah. Yang mana masih belajar tu sila belajar sampai khatam dulu, baru fikir nak cari pasangan hidup. Bukan apa, time belajar ni lebih baik pikir nak pilih subjek apa nak study, buku apa nak beli daripada pikir lelaki mana nak dijadikan suami. Sebab masa depan kamu belum betul-betul nampak jelas lagi. Kejar ilmu dulu dik, baru kejar lelaki. Esok, bila dah ada ilmu, lelaki yang akan cari kamu. Akak serius nih. --> ("_")

Ok, back to the topic...lelaki mana yang harus kamu kejar, lelaki mana yang mesti kamu tinggal dan lupakan.

Panas Baran/ Membebel
Pantang silap sikit, hangin dia naik satu badan. 1 kita cakap, 10 dia bidas. Normally perempuan memang kuat membebel. Tapi, bayangkan kalau kamu dah la kaki membebel, ditambah pulak dapat pasangan yang 2 kali ganda kuat membebel, membidas, menengking, menempik, mencarut...jawabnya bakal huru haralah rumah tangga kamu kelak. Ada orang cakap, kita kena cari pasangan yang kontra dengan kita. Kalau kita ni kuat membebel, kita kena cari orang yang tenang dan boleh dengar je bebelan kita dengan senyuman. Hehe...susahkan nak cari orang mcm tu? (^_*)

Kaki Pukul
Tangan, kaki semua pernah naik ke badan kita. Slack sikit pasti penampar naik ke pipi. Kalau ada pasangan macam ni, tolonglah tinggalkan. Sebab orang-orang macam ni memang boleh berubah. Tapi mengambil masa yang lama. Atau mungkin bila tangan atau kaki dia kudung. So diorang tak boleh nak lempang atau terajang kamu lagi.

Solat Perkara Terakhir.
Kalau keluar dating sama-sama, kita ajak dia solat, dia bagi 1001 helah. Seluar kecik kotor la, tak sihat la, perut sakit takleh sujud la, masjid/surau jauhla. Atau katanya, waktu solat masih panjang, nanti-nanti boleh solat. Sudahnya, sampailah waktu solat dah habis, dia masih tidak menghala ke arah surau atau masjid. Bila kita ingatkan dia kata boleh qada'. This type of guy, tolonglah elakkan. Sebab kalau masa bujang pun dia dah abaikan yang wajib, for sure bila dah kahwin tanggungjawab dia terhadap kamu dan keluarga pon akan terabai. 

Tunjuk Pandai
Aku pernah jumpa dengan seorang sipolan ni sewaktu bujang dulu. Katanya, dia terer bahasa Arab. Dia belajar bab agama jauh sikit dari aku. Dia belajar di kalangan graduan-graduan islam dengan minah dan mamat arab.Tulisan jawi dia pun sangat cantik. So, aku percaya dan kagumlah dengan ilmu yang dia miliki. But, until one day, aku dapat tau dia terlepas solat Jumaat sebab masuk meeting. So, lepas dia abis meeting, aku pun tanyalah, dia dah solat zohor ke belum? Dan dia menjawab, "Kalau tak bersolat Jumaat, mana boleh buat solat Zohor?". Aku terkedu. Garu kepala banyak kali. Sejak dari tu, aku rasa macam ada yang tak kena dengan dia ni. Mazhab mana yang dia belajar kalau solat Jumaat tak pergi, so solat Zohor tak payah buat? Aku memang tak terer bab agama ni. Tapi yang basic tu rasanya insyaallah tak lupa lagi. 

Suka Bergaduh Dengan Keluarga.
Dalam family dia tak pernahnya aman. Selalu bergaduh adik-beradik. Lawan cakap mak dan ayah. Iri hati sesama sendiri tak pernah habis. Sentiasa rasa nak balas dendam dengan adik-beradik sendiri. Sedangkan itu saudara sedarah sedaging. Setiap hari kamu kena dengar masalah pergaduhan dia dengan keluarga. Ada sahaja rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Berkira. Tiada tolak ansur. Kalau jumpa pasangan macam ni, tinggalkanlah dia. Sebab kalau dengan darah daging dia pun dia tak boleh nak terima, tak boleh nak bergaul baik, apetah lagi dengan mak bapak, adik beradik dan keluarga kita nanti. 

Keluarga Up to Date Terlebih.
Bukan nak mengukur dari segi fizikal dan luaran. Tapi kalau perkara yang kita nampak dan kita tau benda tu salah tapi masih diamalkan, so itu dah kira mengabaikan apa yang Allah larang. Contoh. Masih ada ahli keluarganya yang pergi clubbing. Masih ada ahli keluarganya yang minum air setan. Masih ada ahli keluarganya yang murtad. Masih ada ahli keluarganya yang berambut atau berkuku merah, biru, kuning, perang. Masih ada ahli keluarganya yang mengabaikan solat 5 waktu. Pengaruh keluarga itu sangatlah kuat. Sebaiknya ketika masih berkesempatan memilih ni, pilihla yang terbaik untuk masa depan. Tapi terpulanglah pada korang. Kalau korang tengok bahawa pasangan korang tu masih boleh mengikuti ajaran agama, masih mampu untuk membentuk keluarganya ke jalan yang benar seterusnya membentuk keluarga bersama kamu kelak, maka bertahanlah dan anggaplah itu cabaran. Mungkin itu salah satu ujian yang Allah nak bagi pada kita. Dan besar pahalanya sekiranya kamu dapat mengubah keadaan yang buruk itu kepada keadaan yang lebih baik. 

Berlebih-lebih Dengan Kawan Perempuan.
Memang kita tak boleh melarang pasangan kita untuk berkawan dengan mana-mana wanita. Itu hak kebebasan dia. Tapi kalau kamu mahu dia menjadi suami kamu kelak, tapi kamu lihat hubungan dia dengan kawan perempuan lain sangat rapat melebihi atau menyaingi kamu, maka ada sesuatu yang perlu kamu musykilkan. Kalau dah bermesej-mesej private bagai sampai tak kasi kamu baca, kalau pasangan kamu sanggup menipu iaitu sengaja save no telefon perempuan lain dengan nama lelaki, bermesej di facebook dengan ayat-ayat manja, so tak perlulah nak tunggu lelaki yang macam itu. If he really wants you to be his one and only queen of his heart, mereka tidak akan terfikir untuk menduakan kamu. Trust me. Aku ada banyak pengalaman pasal ni. Mula-mula kawan, lama-lama tertawan. Tapi aku tak regret pon sebab Allah itu lebih Maha Mengetahui. Lagipun aku tau, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. So, aku redha dan Allah berikan kemanisan dari rasa redha itu.. Alhamdulilah... (^_^)

Kedekut.
Kalau duit pon nak kedekut dengan kita, tak payahla nak serius sangat dengan lelaki macam ni. Merana lah kamu. Tak payah berangan nak mintak gelang emas, mintak sesuap nasi pon esok dia boleh berkira-kira dengan jari berapa banyak duit dia akan habis hanya kerana nak bagi kamu dan anak-anak makan.

Penakut.
Lelaki terkenal dengan sifat beraninya. Tapi kalau tengok cerita hantu pon, atau lipas lalu depan kaki dia yang menjerit ketakutan dulu...fikir-fikirkanlah. Esok nak pergi toilet dalam rumah pon dia ajak teman! Hehe....

Lancang Mulut.
Kalau masa bercinta ni asal bergaduh sikit dia asyik mintak putus, anggaplah kalau dia dah kahwin dengan kamu esok, dengan mudahnya dia akan melafazkan cerai. Sebab lafaz cerai itu di tangan lelaki bukan perempuan.

Cepat Bosan.
Sebelum dengan kamu, dia ada 15-20 orang bekas teman wanita. Semua hubungan dalam tempoh masa yang singkat. Pulak tu kamu tahu bahawa majoriti bekas teman wanitanya sering ditinggalkan tanpa alasan, maka elakkanlah untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Kuat Cemburu.
Kalau kita bercakap dengan pak guard tempat kerja pon muka dia dah muncung sedepa, parahlah besok kalau dia jadi suami kamu deq non oi....

Suka Mengubah Diri Kamu.
Ada sahaja yang tak kena dengan penampilan kamu. Lipstik merah sikit tak boleh, tudung stricking sikit malu katanya, kasut takde heels dikatanya kita budak kampung. Pendek kata kamu tidak boleh menjadi diri kamu sendiri. So, tinggalkan. 

Cakap Tak Serupa Bikin.
Semalam dia cakap,"Apalah budak perempuan tu pakai skirt pendek, terbelah-belah. Nampak segala lurah. Macam tu ke nak dibuat bini?". Keesokannya awek berskirt pendek lalu depan mata, mata dia terkeluar macam spring. Tak kelip-kelip! Siap telan air liur. Tak payah pikir banyak. Cari lain.

Atau.

Hari ni cakap hujung minggu ni nak masuk meminang, tapi sampai ke tahun depan kita masih pegang title single, macam-macam alasan dia bagi. Mak bapak pergi oversea, duit tak cukup, nenek sakit, kucing sakit, itu bermakna dia tak berminat. So, say goodbye to him. He don't deserve you at all.

Actually banyak lagi yang aku nak reveal. Semuanya based on pengalaman sendiri, kawan-kawan dan persekitaran. Tapi amiklah yang ini dulu. Semoga kalian akan menemukan orang yang tepat dan menerima kamu seadanya. Wish you luck! (^_^) 





2 comments:

Unknown said...

Stuju ashu......

Unknown said...

hehe tq pn...sekadar mengingatkan kawan2 & adik2... (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...