Thursday, September 26, 2013

Kawan Main Bola & Bersukan (^_^)

Betul la orang cakap bahawa anak itu adalah pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Bila ada anak, telatah anak tu akan buat si suami dan si isteri hilang rasa penat bekerja seharian dan hilang rasa bosan tinggal berdua. Alhamdulilah. I'm going to give my hubby a child. Semoga Allah selamatkan baby kami dan semoga dia membesar sebagai seorang anak yang berguna.

On the way untuk menunggu baby kami keluar, we spend our time together melayan telatah dan kerenah anak member kami yang duduk satu blok dengan kami. Alfie Ashraf nama si kecik tu. Umur belum cukup setahun pun lagi. 9 bulan I guess. Baru pandai merangkak. Cute dan tengah lasak. Al maklumlah kan. Anak askar. Mak askau darat, bapak askau laut. (^_^)

Sometimes bila Bonda si kecik ni terpaksa duty kat tempat kerja sampai tengah malam, atau dia ada hal kat luar, dia akan mintak tolong kami tengok-tengokkan si Alfie sementara dia habis duty atau settlekan hal tersebut. Husband aku? Kemain suka lagi dia. Bukti? Tengok gambar kat bawah ni.




Husband aku tersangatlah suka dengan budak-budak. Apetah lagi yang tengah lasak. Kata dia, dia lagi prefer budak yang lasak dari budak yang dok diam, asyik nak berkepit aje kerjanya. So, aku dah dapat bayangkan macamana dia akan train anak dia sendiri nanti. Huhu!

So, apa aktiviti biasa yang mereka berdua akan lakukan bila si kecik ni mai rumah kami? 1st skali, mereka akan main BOLA SEPAK. Memandangkan kami belum pernah ada anak, belum pun start lagi membeli barang permainan untuk anak, maka teddy bear-teddy bear aku (masa zaman bujang dulu), yang ada bentuk berunsur bulat, telah di'korban'kan sebagai bola sepak mereka. (bercerita dengan nada yang sedih). Yelah, aku nak cakap ape kan...boleh tengok ajelah dengan hati yang sebak. Huuuuu...... (nanges esak-esak)



Lepas main bola sepak, mereka main bowling pulak. Dengan menggunakan 'bola' yang sama. Haishhhh.....!



Meniarap, berguling, merangkak mereka dok rebutkan 'bola' itu....hadoiii....!


So, sepanjang malam itu, terhiburlah husband aku dengan telatah si Alfie. Dan aku, walaupun sedih sebab teddy bear zaman bujangku telah di'korban'kan, tetapi aku tetap rasa gembira kerana husband aku telah tidak mengendahkan televisyen pada malam tersebut. Makanya....boleh lah aku tengok DRAMA dengan tenang sampai abess! Hahahahahaha! (Gelak jahat) 

Kalau tidak...asyik-asyik Astro Arena. Asyik-asyik.....Astro Arena. Kalau tak berita sukan, dia tengok game bola. Game minggu lepas pun dia tengok lagi. Aiyooo....bosan  makcik (*_*)



Setelah penat bermain, maka si kecik tu pon akan kalah dengan mata. Kadang-kadang, sambil duduk pun dia boleh terlelap. Sampai ternganga-nganga mulut dia. Ha, cumelll sangat kan? Heeee.... (^_^)


"Tima aceh uncle. Cebab cudi main dengan afie. 
Afie tade kawan kat cini. Nanti kite main agi yek! 
Tunggu afie datang, tawu!"










1 comment:

Agen Bola said...

lucu sekali adek ni .. memang kalo masih kecil, anak -anak terlihat sungguh innocent nya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...