tak faham langsung dengan sikap manusia zaman sekarang ni...susah sangat nak senyum. ala, macam dalam radio cakap...
BUKAN KENA BAYAR PON!!
itu kalau radio cakap la. tapi, kalau aku yang cakap
SENYUM TU MAHAL SANGAT KE? MESTI DALAM MULUT ADA BERLIAN TU. TAKLEH SENYUM SELALU NANTI BERLIAN KENA CURIK!
and i tell u what people...pahala yang paling mudah untuk diperolehi tanpa sebarang usaha keras adalah dengan mempamerkan sebuah SENYUMAN. dan muka anda yang hensem dan cantik tu akan bertambah tampan dan jelita kalau anda tersenyum. ala, umpama macam korang lukis muka korang la. cuba korang lukis muka tanpa mulut. cantik tak? macam ni...
pastu korang edit lagi. kasi tambah mulut sket...tapi mulut yang tak senyum. macam ni...
ha, buruk tak? orang kata...takde serinya. so apela salahnya korang senyum sikit. kalau taknak kasi nampak gigi pon, senyum sekadar mengukir sedikit perubahan yang manis pada muka tu pun jadilah kan. Tuhan pun ada cakap, even kebaikan sebesar zarah pun akan dibayar. so, senyuman itu pun adalah salah satu dari beratus-ratus, beribu-ribu,berjuta-juta (atau tak terkira nilainya) kebaikan di dunia ni. memang la kadang-kadang korang tak nampak pembalasan terhadap kebaikan korang tersenyum tu. tapi bagi aku, aku selalu menganggap bahawa tuhan membalas senyuman aku tu dengan nikmat aku bernafas di setiap saat. so dengan cara tu, aku sentiasa akan rasa bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan pada aku.
hehe...mesti korang dok pelik kenapa aku tiba-tiba nak bercerita pasal senyum kan? sebab, aku setiap hari menghadapi sekelompok manusia yang SUSAH sangat nak bagi senyum even aku sendiri datang bersalam dengan mereka sebagai tanda aku menegur mereka.
salaman aku sentiasa disambut dengan muka yang penuh.....*&%$#@. pergh! takleh nak describe la macamana. kalau muka kelompok manusia tu perlu ditambah dengan gula untuk menambahkan manisnya, aku rasa, 2 tan lori gula pon belum tentu cukup untuk 'mereka-mereka' ni. malah, kadang-kadang salam aku disambut tanpa dia memandang sekilas pun pada aku.
mungkin kerana mereka merasakan yang mereka lebih berpengalaman dalam hidup dan kerja so sebab tu mereka rasa aku ni seperti budak hingusan yang tidak perlu dorang lemparkan barang secebis senyuman. and once again i tell u what people, aku pernah bersalaman dengan PM yang semua orang tau, dia adalah 'nakhoda', pemimpin dan penggerak nadi kemajuan negara. dan lebih menggembirakan aku, malah aku ingat sampai sekarang even benda tu dah bertahun berlalu...
PM PUN MAMPU MENGHADIAHKAN AKU SENYUMAN YANG MANIS & IKHLAS!
dan beritahu aku, siapakah kelompok 'manusia yang susah nak senyum' itu jika nak dibandingkan dengan PM? dan kalau nak diberi perbandingan yang lebih 'langit dan bumi' orang kata...kita tengok saja perbandingan taraf kemuliaan mereka dengan Rasulullah. Nabi Muhammad itu adalah kekasih Allah dan beliau tak pernah lekang dengan senyuman. dan walaupun aku tak pernah bertemu Rasulullah, tapi selama aku hidup di dunia ni...aku tak pernah lagi dengar cerita Rasulullah itu berwajah masam. ketika beliau dicaci dan dihina orang jahiliah pun, Rasulullah tetap dengan senyumannya.
so, adakah terlampau hebat pengalaman, darjat dan pangkat yang mereka ada itu untuk dibandingkan dengan aku? aku rasa belum cukup layak lagi untuk mereka bersifat seBONGKAK itu.
actually, aku tak kisah sangat pun kalau 'kelompok manusia' tu taknak senyum dengan aku. sebab periuk nasi aku pun bukan bergantung kepada senyuman mereka. tapi aku sekadar mengingatkan yang diluar sana bahawa tak guna pun korang riak dan takbur dengan pangkat, darjat dan kekuasaan yang korang ada. sebab bila kita mati esok, kita tetap sama, memakai kain kapan yang putih. tiada yang akan memakai kain songket, bertatahkan berlian atau bersulamkan benang emas. tiada kain kapan yang berjenama, yang ada pangkat di bahu, yang ada insuran mahal-mahal yang ditampal di dada, tiada crown yang akan diletakkan di atas kepala. semuanya akan sama, ditutup dengan papan dan ditimbus dengan tanah milik Tuhan.
maka, senyumlah. sekalipun korang tak suka seseorang tu. tak luak pun. malah mungkin orang itu menyimpan dendam denganmu, tapi disebabkan senyuman korang itu, dendam itu akan terpudar dengan sendirinya. jangan perlekehkan kuasa sebuah senyuman. dan jangan perlekehkan manusia lain yang korang rasa martabatnya lebih rendah dari kamu kerana kamu belum tahu lagi apakah kehebatan yang dia miliki, yang mampu membuatkan kamu jatuh tersungkur di depannya suatu hari nanti. tiada yang mustahil di dunia ini (^_^)
2 comments:
mem..betol2...senyum tu sedekah..lau kita senyum kita nampak manis sgt even muka kita x seberape lawa kn..but syukur ngan anugerah allah,,ni lau muka yg lawa tp kedekut ngan senyuman...x guna gak,,hiihi
tau xpe...muka ketat jer, rezeki pon taknak masuk. huhu
Post a Comment