Sunday, March 6, 2011

Yang Seronok VS Yang Sedih....

minggu yang sangat penat tapi menyeronokkan... (^_^)

setelah sekian lama aku tak berkawad, maka minggu ini aku menghabiskan masa selama seminggu untuk menyertai perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang ke 78 di Dataran Merdeka sebagai sabaltan kontinjen wanita TD. actually, walapun penat dan setiap hari sewaktu latihan aku terpaksa terpacak di Dataran Merdeka seawal jam 430 pagi, tapi ada sekelumit rasa bangga jugakla sebab dapat menyumbang tenaga dalam acara yang julung-julung kali dilakukan oleh TDM di Dataran Merdeka.






tapi...

disebalik keseronokan tu...terselit sedikit kesedihan & kekesalan di atas kesalahan sendiri. tanpa disengajakan, kereta kesayangan aku telah tercedera hasil dari kecuaian aku sendiri! dan inilah hasil dari kecuaian tersebut....







inila padahnya kalau jarak dengan kereta depan tak jaga. buat kata mama aku pun betl, aku terlampau berani bila drive. padahal, seingat kau, seawal aku pandai memandu dulu, ayah ada pesan pada aku berkali-kali...

JAGA JARAK KITA DENGAN KERETA DEPAN

Dan bila orang kata kita lupa pesan orang tua, so itulah jawapan terbaik yang kita patut dapat. aku telah menyondol kereta depan dengan terbaik skali. nasib baik cover lampu je yang pecah.kalau skali dengan mentol2 pon 'jalan' jawabnye tak bergerak malam la kereta aku tu.

ape-apehal pon itulah lesson learn yang aku kena amik peringatan. menyesal kemudian memang tidak berguna.bear in mind, everything happens for a reason. dan reason di sini adalah, jangan terlalu rapat dengan kereta depan sebab kita tak mungkin dapat mengagak apa yang bakal berlaku nanti. itu nasib baik sikit, tak melibatkan enjin. kalau tak...lagi kopak la poket aku...huhu!

so korang semua pon take note la di atas kesalahan & kecuaian yang aku buat ni. hari ini mungkin nasib aku kena, entah esok lusa, tak tau sape pulak yang bakal kena. tak mendoakan tapi sekadar mengingatkan. semoga korang semua diberkati dan selamat dalam ape jua aktiviti kehidupan yang korang lakukan. amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...