Sunday, March 27, 2011

Langkawi Again...

Owh...dah hampir 2 minggu aku balik dari Langkawi. sekarang baru nak update journey ke sana. huhu...mungkin tak berapa nak excited sebab, ni kali kedua dah aku menjejakkan kaki ke sana. kali pertama aku pergi naik MAS. memang syiok...hehe. sebab dari atas aku boleh nampak 99 buah pulau yang dimiliki Langkawi. dan kedua-dua kalinya aku ke Langkawi bukanlah tujuan utamanya nak bercuti. actually aku ada seminar kat sana.

kali kedua ni aku pergi ke sana dengan cara yang jauh dan lambat sket. aku naik bas dari Melaka sampai ke Lumut. pergghh! sangat lama sebab aku sendiri tak tau bape buah tempat yang bas tu singgah. bayangkan la bergerak dari Melaka jam 830 mlm, dan aku sampai Lumut tepat jam 430 pagi! hampir 8 jam! naik kebas punggung cheq...huhu! dan naik keras jugak aku dalam bas sbb pakcik bas tu pasang aircond, seolah-olah dia baru kenal air cond semalam. (*_*)

sesampainye aku di Lumut, aku naik pulak kereta senior aku yang sama-sama nak ke seminar tu. dari Lumut tepat jam 0630 pagi. dan kami decide nak ke Langkawi dengan feri melalui Jeti Kuala Perlis. kunonnye lah kan...kalau naik dari K.Perlis, takdelah jauh dan lama sangat dalam feri nanti, sebab rasanya...Perlis lebih dekat dengan Langkawi kot. (yeke?!)

tepat jam 1115 pagi,kami sampai di Perlis. sekali lagi aku rasa macam nak krem pinggang. 5 jam dalam kereta. then kami naik feri jam 1 tghari. perasaan naik feri? owh, tidak berapa nak berperasaan sangat sebab aku pernah naik feri (yang besar,kaler kuning & boleh angkut kereta tu) masa aku kecit-kecit dulu kat Penang. aktiviti aku di atas feri cume menonton movie Nana Tanjung (takde citer lain ke?) dan akhirnya aku terlelap dengan sendirinya.

sesampai di Jeti Langkawi, jam dah tunjuk hampir pukul 2 ptg. dan aku terus ke hotel utk berehat. hotel pilihan boss kali ini adalah Aseanic Hotel di Pantai Cenang. disebabkan itu adalah kunjungan kali kedua ke Langkawi, maka hari pertama aku hanya menghabiskan masa di bilik melayan lappy. mungkin dah malas nak berjalan-jalan sangat. (owh, saya seorang manusia yang memang cepat bosan utk mengunjungi tempat yang sama beberapa kali). pada hari kedua barulah aku berjalan-jalan keluar membeli sikit buah tangan utk manusia-manusia yang spesel. huhu!

ok, cakap banyak pon tak guna, let's those picture explain everything. (^_^)





perjalanan menaiki kereta yang sangat jauh namun sangat indah pemandangannya...



sesi menaiki feri pule...ternyata aku tidak mabuk laut. bagus-bagus...daya tahan yang hebat. huhu!



Aseanic Hotel...walaupun orang kata ader pepijat, namun alhamdulilah bilik aku terselamat! aku tidur dengan nyenyaknye selama 2 malam...






tak banyak tempat yang aku pergi selain dari mengunjungi pantai dan menikmati cendol di tengah hari yang panas. namun, segala-galanya menenangkan...




salah satu benda yang sangat menarik perhatian aku di Langkawi. suasana ni macam di Jepun kan? macam bunga sakura. tapi sebenarnya ini adalah pokok bunga kertas yang dah besar. tapi sangat cantikkan? sebelum ni aku hanya berpeluang tgk pokok bunga kertas yang ditanam dalam pasu kat taman bunga nenek aku je. tapi tak pernah tengok sebesar dan secantik ni....marvelous!



owh, ini di antara coklat-coklat yang telah berjaya aku borong. sumernye nak bagi kat orang ni. untuk makan sendiri ada satu je pon. huhu!




oppsss tertinggal Kinder Bueno, Pashmina & minyak gamat lah! hehehe...



perkara yang tak berjaya dielakkan...pergi dengan satu beg, balik sampai 2 beg! huhu...terkengkeh-kengkeh aku menariknye. =p



Goodbye Langkawi...u such a wonderful island! dan sekarang mase untuk pulang ke KL...

ape-apehal pon, dapat aku simpulkan bahawa Langkawi adalah salah satu tempat peranginan yang sangat cantik, penuh lagenda dan banyak sangat tempat menarik. so, sebelum korang sebok nak pergi bercuti kat luar negara, silelah habis pusing negara sendiri dulu. kenallah negara sendiri lebih dari negara orang. (^_^)

so, for the next trip....Kuching, Sarawak! meet u there ya!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...