Sunday, March 13, 2011

Jepun Musnah Dilanda Tsunami...Malaysia Heboh Dengan Konsert & Hiburan Sana Sini

sekali pandang sedih...
dua kali pandang menyayat hati...
tiga kali pandang rasa sangat simpati...
empat kali pandang insaf dtg dengan sendiri...

itu yang boleh aku tujukan buat warga Jepun
yang sedang dilanda musibah gempa bumi dan tsunami.
betapa Tuhan nak bagi manusia sedar bahawa hari Qiamat itu tidak akan menanti

namun, rakyat Malaysia ketika ini...
kalau sekali pandang nampak sgt happy...
dua kali pandang heboh dengan konsert sana sini...
tiga kali pandang tak habis-habis dengan pertelagahan politik
& merebut kuasa tertinggi...
empat kali pandang rasa mcm nak jerit pada rakyat Malaysia
sedarlah diri, berwaspadalah mulai hari ini

kerana...
sungguh pun Malaysia berada di luar lingkaran gunung berapi...
Malaysia dikatakan terselamat dari gempa bumi & tsunami
Malaysia dijanjikan kehidupan aman sehingga akhir nanti
tapi itu semua ramalan manusia yang masih belum pasti

kerana...
jika sekali Tuhan kata 'Jadi'
maka, kalian takkan sempat memohon taubat dan menginsafi diri
kalian takkan sempat berlari ke masjid,
bersujud dan mohon Tuhan selamatkan kamu dari mati
kalian takkan ada masa menyelamatkan semua penyanyi
yang kalian kagumi selama ini
masing-masing akan sibuk menyelamatkan nasib diri sendiri

binalah tembok setinggi mana pun
rekalah robot sehebat mana pun
sedangkan air boleh melimpahi Jepun
Malaysia entah bila pula akan tiba masanya
segeralah pohon ampun
sebelum kita mati dan di Padang Masyar kita kembali akan dihimpun



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...