Monday, March 14, 2011

Pro & Kontra Guna i Pad



Kelebihan iPad

1. Korang boleh mengawal penuh dengan touch screen
Touch screen iPad berkualiti tinggi dan sukar untuk calar. korang tak perlu menekan kuat atau berkali-kali untuk menjalankan sesuatu aplikasi, cukup dengan satu sentuhan lembut respons akan melakukan kerjanya. Menaip dengan menggunakan touch screen tiada bezanya dengan menaip di keyboard yang sebenar. cuma yelah, korang takkan dgr la bunyi 'ketak ketuk' bila korang tekan button alphabet tu mcm kite menaip di atas keyboard real. (^_^)


Tapi sebagai perlindungan awal, untuk mengelakkan skrin iPad daripada tercalar, korang bolehlah memasang pelindung skrin semurah RM20 sehingga RM150.


2. Paparan grafik yang mengagumkan

Kalau korang menonton video atau bermain permainan video, paparan grafik yang disediakan iPad cukup bat korang rasa teruja. Netbook pun belum tentu dapat menyaingi iPad!

 
3. Sokongan aplikasi daripada pembangun yang pelbagai
Pelbagai aplikasi percuma dan berbayar boleh dimuat turun menerusi AppStore. Contohnya, aplikasi berbentuk kewangan, perubatan, berita, permainan video, utiliti, muzik, produktiviti dan sebagainya. Hingga hari ini, terdapat lebih 65,000 aplikasi khusus untuk iPad.


korang boleh menentukan aplikasi yang diingini berdasarkan minat dan kecenderungan korang sendiri. Andai kata korang seorang pelajar dalam bidang perubatan, so bolehla dapatkan Oxford Handbook of Clinical Specialties untuk rujukan perubatan. Selain itu, AudioNote membolehkan korang tidak ketinggalan ketika mencatat minit mesyuarat kerana suara setiap orang akan dirakam sampai habis. GarageBand pulak memudahkan ahli muzik menghasilkan lagu walaupun tanpa instrumen yang lengkap. Menarikkan?

4. Jangka hayat bateri yang panjang

Sekiranya iPad dicas penuh, bateri boleh bertahan sehingga 10 jam untuk penggunaan kerap dan sebulan dalam keadaan bersiap sedia (stand by). korang tidak perlu khuatir lagi sekiranya tertinggal charger kerana baterinya memang long lasting.

 5. Boleh dimodifikasi dengan mudah dan percuma
iPad yang sudah di’jailbreak’ memang memudahkan pengguna. Semua aplikasi berbayar boleh didapati secara percuma. Kalau mahu berjimat, jailbreak sahaja iPad yang dibeli. Sungguh, fungsi iPad yang belum jailbreak sangat terhad dan membosankan.


 Kekurangan iPad

1. Tiada fungsi kepelbagaian tugas (multitasking)
Contohnya, menaip artikel blog yang memerlukan semakan pautan yang dirujuk. korang perlu menutup dahulu Pages sebelum dapat melayari Safari. Memang leceh! Mujur dengar lagu sambil melayari internet boleh dibuat serentak. Huh!

2. Masukkan data, lagu, foto dan lain-lain lagi ke dalam iPad dengan iTunes

Sekiranya korang mengharapkan penggunaan iPad umpama mengendalikan sebuah komputer riba, lebih baik lupakan sahaja. Perkongsian dokumen, lagu dan foto mesti dimasukkan menerusi iTunes. Maknanya, iPad tidak boleh menerima dan mengeluarkan apa-apa fail tanpa iTunes. Satu kerja pula mengusung komputer riba semata-mata untuk memasukkan lagu ke dalam iPad. Alahai…Walaupun aplikasi AirSharing boleh digunakan untuk memudahkan perkongsian fail namun masih memerlukan wireless sebagai penghubung.

3. Tiada port untuk USB
Sama seperti di atas. Fail daripada cakera keras luaran atau pemacu pen perlu menerusi komputer dan iTunes.

4. Tiada sokongan Flash
Laman sesawang yang menggunakan Flash tidak dapat dilayari dengan baik.

5. Tiada kamera
iPad tiada kamera. Membosankan. Selepas mendapat kritikan daripada pengguna, kemunculan iPad 2 baru-baru ini membawa khabar gembira dengan penambahan fungsi kamera depan dan belakang.

6. Kualiti Wi-Fi kurang memberangsangkan
Jika jauh daripada punca wireless, kualiti penerimaan jatuh atau terus hilang daripada radar wireless iPad. Jika mahu mendapat kualiti penerimaan yang baik, jarak yang dijadangkan dalam lingkungan 10 hingga 15 meter sahaja.

7. Aksesori tambahan yang mahal
Apa-apa sahaja tentang aksesori Apple memang mahal. Bekas iPad yang dibeli (beserta papan kekunci) mencecah RM250. Belum lagi wayar tambahan, slot untuk kad memori dan lain-lain lagi.


Lain-lain
1. iPad tiada penerima GPS yang sebenar, peta yang disediakan memerlukan capaian internet untuk akses.

2. Tiada kaki untuk mendirikan iPad

3. Mudah meluncur dan pecah


4. Tiada bateri tambahan


5. Menggunakan SIM mikro, khusus model iPad 3G sahaja.


6. Tiada slot untuk kad memori.


 

SO WHICH ONE DO YOU PREFER? IT'S UP TO YOU BECAUSE...YOUR MONEY! AHAHA! (^_^)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...