Friday, March 18, 2011

Positif & Negatifnya Kehadiran Cikgu Shida Di Persada Media Massa Malaysia (^_^)

korang kenal tak sape
cikgu shida?

aku tak pasti sama ada seluruh Malaysia telah mengenali dia ataupon belum. tapi yang pasti dia sedang hot meletup di media massa sekarang ni.

sebenarnya aku pun tak kenal sape cikgu shida ni sehinggalah pagi tadi sebelum pergi keje, aku sempat tgk HOT FM kat tv. dia nak berlawan miming dengan Wak AG. dalam hati terfikir, ape yang membuatkan HOT FM begitu tertarik untuk memanggil gadis biasa ini ke konti. mesti ada sesuatu yang HEBAT tentang dia.

Sesampainya aku di office, aku terus on lappy dan search dia dalam youtube. dan barulah aku tau dia glamor sebab dia meniru gaya apa sahaja penyanyi secara miming, siap dengan gaya badan sekali. kalau rancak lagu tu, maka rancaklah dia menari. dan yang paling penting mimik muka tu memang menunjukkan dia sangat fokus terhadap lagu tu. hehe...

Persoalan pertama yang timbul dalam kepala aku:

tidak segankah dia beraksi begitu dan di postkan terus ke youtube?
dan apakah motif sebenar dia buat video tu?

kalo kita fikir negatif...memang kita akan kata, cikgu shida ingin mencari publisiti murahan. cikgu shida sengaja ingin memalukan diri sendiri. cikgu shida ingin menjatuhkan imej wanita bertudung. cikgu shida ingin menarik perhatian ramai dengan cara mudah. cikgu shida itu dan cikgu shida ini.

namun,

kalo positifnya pemikiran kita...cikgu shida sedang mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupannya. cikgu shida sedang mencipta sesuatu yang lebih menghiburkan dalam dunia hiburan. cikgu shida seorang yang berani. cikgu shida seorang yang kreatif. cikgu shida sedang mengukir nama dalam persada seni tanah air. cikgu shida itu dan cikgu shida ini...

aku tak tahu apa yang korang semua fikirkan tentang dia. tapi bagi aku...

biarlah cikgu shida itu terus dengan hobinya. kerana
siapalah kita untuk menilai keburukan dan kelemahan orang lain?

bak kata ramai, satu jari kita tuding pada orang, empat lagi jari menghala ke arah kita.

ok la...kalau kita nak kata cikgu shida ni memalukan diri dia sendiri.

adakah kita pasti dalam kehidupan kita sekarang, kita tidak memalukan diri sendiri? bagaimana dengan yang tidak perasan bahawa dia telah memalukan diri sendiri walaupun tidak melalui media? mengumpat orang sana sini, membangga diri dengan kehebatan yang dia ada. itulah perbuatan yang memalukan diri secara tidak sedar.

kalau kita nak kata cikgu shida memalukan imej wanita bertudung.

adakah kita pasti bahawa....
kita yang bertudung sekarang ni, dah cukup memelihara diri dari perkara yang memalukan?
dan adakah anda yang tidak bertudung itu pasti bahawa anda sudah cukup menjaga maruah diri?

kalau kita nak kata cikgu shida mencari publisiti murahan, mencari glamor, sengaja ingin mendapat perhatian ramai.

tapi sekurang-kurangnya...dia telah berjaya dijemput sebagai tetamu di konti-konti radio dan rancangan-rancangan di kaca tv. kita ade ke? adakah usaha kita selama ini telah membuatkan kita dikenali ramai? adakah kita telah berjaya mencipta kelainan dalam kehidupan kita sendiri? dan yang paling penting...adakah kita seberani dia?

aku pasti dia sendiri tau akibat jika dia publish video tu ke youtube. pasti akan ramai yang mengutuk. dalam internet, mahupun di dunia luar. masalah sekarang, adakah kita berani buat mcm tu? kalau ada pon, boleh dikira dengan jari bilangannya.

dia bukannya letak video dia menggatal dengan lelaki, bukan video dia mendedahkan aurat, bukan video dia mengutuk orang, bukan video yang menjatuhkan maruah individu lain, bukan video yang menghina agama,bangsa dan negara. 

so, selagi dia tak melakukan perkara-perkara tu, pada pendapat aku biarkanlah dia. mungkin itu cara dia nak berhibur. dalam rancangan Ape Saje FBI pon, cikgu shida dah kata bahawa apa yang dia lakukan ni sekadar hobi dan tiada niat untuk mencari sebarang publisiti.

selagi dia tidak mengganggu periuk nasi anda...biarlah dia buat apa yang dia suka. selagi tidak ada akta atau peraturan yang mengatakan dia tidak boleh berbuat demikian...biarkanlah dia.

kalau nak bercakap pasal maruah...banyak lagi perkara yang lebih buruk yang menjatuhkan maruah diri sendiri.

bukan nak kata aku menyokong cikgu shida. tapi aku sekadar nak ajak korang berfikiran positif. sebab pemikiran yang negatif akan lebih mengundang dosa, fitnah dan kejahatan. menjadikan hati lebih hitam dan memenuhkan buku catatan dosa yang ditulis oleh Malaikat Raqib di bahu kiri korang tu. biarlah Atid yang memenuhkan buku kebaikan di bahu kanan kerana dividennya adalah pahala yang menyenangkan kita di akhirat kelak.

anda boleh memilih apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri sendiri. biarkan orang lain dengan amalan & perbuatannya. (^_^)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...