Sunday, March 13, 2011

Owh...Sangat Rindukan Zaman Ini!

Owh,setiap kali kalau aku buka folder gambar-gambar lama, aku pasti merindui zaman-zaman dulu. kenangan pahit manis dengan kawan-kawan satu skola, satu U...memang susah sgt nak lupa. yela, mana ada orang yang hidupnya, lahir-lahir je terus dewasa, trus dah keje kan. mesti melalui zaman-zaman yg orang kata selalu mencatatkan kenangan pahit & manis. bersyukur kerana ditempatkan di kalangan keluarga, kawan2, cikgu2 & pensyarah2 yang sangat menceriakan kehidupan. ok, masa untuk mengimbas kembali kenangan lepas! hoyeeahhh! \(^_^)/

"Zaman Mengenal Dunia"
bermula dengan zaman hingusan dulu...zaman di mana hingus maseh di lapkan oleh mama. haha!


ketika ini kata mama aku baru berumur setahun. and i love wearing this gown vewy much! serta mengikat tocang seperti itu.huhu!


opps, sorry gambar ni sensored sket. cume memakai pampers shj.hihi....mase ni pon baru berumur setahun lebih. dan spt yg aku katakan, aku sgt suke berambut tocang begitu.... (^_*) tapi jgn tanya knp aku sgt berisi di waktu kecil tapi skrg entah ke mana isi tu pergi =p


hip hip hoooreeyyyy!!! hoho! sangat seronok rupenya bersekolah tabika ni. ceria aje sepanjang mase. lihat saje kanak2 berbaju cream (anak panah) yg sgt gembire iteww...huhu! jangan tanya kenapa saye tak memakai uniform. ada dua sebab:

Pertama: saye cuba untuk menjadi seorang otai pada mase tersebut. ;>

Kedua: baju sebenarnye dah kecik sangat mase tu sampai tak muat. (aktif sangat tumbesaran ketika itu.hehe...) kata mama, rugi kalau buat baru sebab ketika tu aku dah nak start masuk darjah satu. nak pakai baju putih kain biru gelap pulak nanti. heeee....


kata mama lagi, aku adalah anaknya yang sgt malas ke sekolah. sampai pernah sekali kena kejar keliling rumah sebab tak mahu ke sekolah. dan walaupon degil sebegitu rupa akhirnya berjaya juge menggenggam segulung ijazah pertama di peringkat tabika. huhu! gambar ni hampir musnah sebenarnya, akibat aku yang tak reti nak menghargai gambar-gambar lama. namun sempat di selamatkan, setelah aku menyedari bahawa gambar ini meninggalkan 1001 kenangan yang tak mungkin berulang kembali.


wohh! inilah classmate aku semasa darjah 4. comel-comel je sumer kan? haha! owh, ketika ini saye adalah seorang pelajar yang berdedikasi sehingga diberi kepercayaan menjadi seorang pengganas...eh, silap! pengawas...huhu! which one is me? third, from left. masih lagi seorang yg kurus cekeding & tinggi. byk memikirkan mslh negara ni.haha!

"Zaman Memberontak" keh...keh....



zaman gile-gile remaja? well, ini zaman ketika di bangku sekolah menengah...hmm, malangnya aku tak simpan byk sgt gambar-gambar mase duduk di hostel dulu. ini pon sempat scan mana yang ada je. tapi janji ade kan? mase ni sangat mude, sweet 17 orang kata...fikiran pon ala-ala tak berapa nak matang lagi. asek pikir nak memberontak aje. so aku fahamla kenapa remaja skrg sibuk nak melawan je sebab aku dulu pon pernah melalui zaman yang sama. masa tu, rasa macam kita jer betul padahal apa yang kita cuba lakukan tu, sangat terpesong dari hakikat kebenaran...

"zaman Universiti a.k.a cobe menjadi dewasa"
zaman ini yang paling meninggalkan byk sgt kenangan manis yang masih segar diingatan. berpeluang memiliki coursemate yg gile-gile masuk air. sape tak kenal SZR 2004 kan, kalau bergurau...bergegar 1 kelas. dan kami close to each other. dapat lecturer pon sume yang sporting-sporting belaka. di antara lect. favourite kami ialah Mej (B) Bibi Zarjaan Akhbar Khan & Mej (B) Zalina Sungip, owh tidak lupa pd Mem Haslinda, our English For Communication lecturer. they all ni memang sgt2 la sporting habis dicampur dgn perangai coursemate aku yg separuh giler dan 3 suku, memang kelas tak pnah sunyi. dan kalau organize majlis ape-ape, memang akan meninggalkan satu kenangan manis la. xpernah ada yang aku lupe.


mem zalina...with love

mem linda...also with love

GALTMAC 08-Grooming A Leader Through Military Approach...this is one of our final project yg juga merupakan salah satu kejayaan terbesar kami satu course sebelum grad. walaupun tired but we felt great & happy!






got some +ve feedback from SIFU,mem Bibi Zarjaan...penaung utk majlis tersebut

persembahan kumpulan is one way utk kumpul carry forward marks...dan besenye masing2 bertungkus lumus buat yg terbaik, terkelakar, terlampau, tersengal dan segala 'ter' yg dirasakan mampu!





dan inilah antara gelagat2 yg berjaya dirakam di sepanjang 5 tahun kami satu course...












"Dormmates...Gossipmate...Cryingmates...'Fly'ingmates" ahaks!

satu lagi group yang sgt tak boleh dilupakan...my ex dormmates. da nak dekat2 grad, kami ditempatkan di satu bilik yang memuatkan hampir 20 org student. (disebabkan masa tu U kitorg sdg menerima kebanjiran pelajar baru yang melimpah ruah...huhu!)

Merekalah teman makan,bergossip, stay up utk study, stay up tgk movie sampai kepada teman utk fly beramai2 ke Genting selepas exam abis. haha! (selepas 2,3 tahun abes blaja baru berani citer...) Tapi they all memang besh sgt. orang kata sekepala la jugak. kalau nak buat baik,sume skali buat baik. kalo nak buat jahat, walaupun tak semua yang berani follow, namun bilangan yang menyertainya masih lagi majoriti. haha! 







wohh! tetiba terselit pule gambar ini. hehe...mase ni nak pi grading nak pakai Black Belt. tapi jangan tanya aku ape aku akan buat kalau jumpe org jahat pasni...jwpnnye adalah, angkat kaki...cabut larii!! haha!

dan semua kenangan ini masih lagi terpahat kukuh di ingatan. walaupun di antara kami semua, teman dari tabika sampai ke U dah ramai yang membina rumahtangga masing-masing tapi aku sure kenangan manis itu semua takkan luput diingatan sehingga ke akhir hayat kami.
 
wish ALL THE BEST utk semua teman-teman yang pernah berjuang bersama-sama saye dari kecik, tak tau ape2...sampai dah besar dan reti mengenal hakikat dunia. 
 
MISS U ALL SOOOO MUCH! \(^_^)/





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...