Wednesday, March 23, 2011

siapakah gerangan NURUL AZLINA itu?

ape motif dia untuk menipu sebenarnya?

tepat jam 0119 pagi tadi, sedang aku lena diulit intan...ececeh,hehe! tetiba tidur aku diganggu dengan bunyi mesej. so, igtkan cik abg mesej nak cakap dia tak bley nak tidur seperti kebiasaannya lah...hehe.tapi malam tadi sangkaan meleset kerana mesej yang aku dapat tu adalah dari no yang aku tak kenal pun.

mesejnya berbunyi begini:

"Ashu, agak-agaknya...bila gaji nak naik ek?"

aku tak kesah sangat untuk menerima sebarang mesej bertanyakan tentang gaji ni sebab itu dah sememangnya tugas aku. selama ni pun aku tak pernah tak jawab kalau orang tanya.

tapi bila soalan itu muncul dikala kita sedang nyenyak dibuai mimpi...di kala jam telah menunjukkan bahawa anda sudah sepatutnya tidur, agak hangin jugakla aku kan. punyalah panjangnya hari siang, tak mau pulak tanya. dan seolah-olah hari esok itu dah takde lagi. so, akibatnya...mesej itu tidak dilayan sama sekali.layan mimpi lagi baik.

dan pagi ni,aku terniat untuk mengetahui siapa agaknya gerangan empunya nombor. nak kata salah nombor, tak mungkin la. sebab dia panggil nama gelaran aku dengan tepat.

so, aku pun mesej no tu balik, tanya siapa gerangan empunya nombor ni. dan dia menjawab....

"kau tak kenal aku ke? aku la...NURUL AZLINA dari 12 B**"

so, aku pun explore la hard disk otak pemikiran aku mencari & mengingat kembali siapakah NURUL AZLINA itu. adakah dia pernah menjadi kawan atau rakan seperjuangan. dan outputnya adalah, aku gagal mengingat kembali siapakah NURUL AZLINA.

then aku tanye dia lagi, dia dari intake mana? jawapannya adalah:

"Intake 72. kau tak ingat ke? ko memang..."

hmm...aku ke yang memang lost memory atau...tak mungkin! aku jarang lupa siapa kawan-kawan aku. lagi-lagi yang berbaju loreng ni. so, dengan rasa tak puas hati, aku pun bertanyalah dengan salah sorang budak dari intake 72.kenalkah dia dengan nama NURUL AZLINA itu. kalau betul dia dari intake 72,pasti member aku ni kenal dia kan...

malangnya, jawapan member aku tu adalah....

"mana ada intake aku nama Nurul Azlina?"

perghh...jawapan itu membuatkan aku rasa ada yang cuba untuk menipu aku. nasib baik aku jenis orang yang akan mencari kalau aku nak tau. so, xdela kena tipu hidup-hidup kan...

so, aku hantar mesej sekali lagi pada manusia yang mengaku nama NURUL AZLINA itu...

"sorry, aku betul2 tak kenal siapa kau. dan bdk2 intake 72 pon tak kenal siapa NURUL AZLINA. but, it's ok. tak penting pun.k, c ya!"

walaupun mesej dari NURUL AZLINA itu tidaklah mengganggu sangat perjalanan hidup aku namun sampai sekarang aku tertanya-tanya apa motif dia berbuat sedemikian agaknya? perlukah dia menipu identiti diri hanya semata-mata untuk bertanyakan tentang kenaikan gaji? kenapa tak nak terus terang je siapa dia sebenarnya? bukannay soalan dia tu satu soalan yang memalukan pun...

pelik-pelik orang sekarang ni ye....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...