Wednesday, February 29, 2012

Terima Kasih! Susahnye?!

Antara tempat-tempat / situasi-situasi yang kita kadang-kadang / selalu / sengaja tak nak buat / terlupa untuk ucap........
"TERIMA KASIH"

# Depan kakak/ abang/ pakcik/ makcik cleaner.

Bepeluh-peluh diorang sapu, mop, lap tingkap, buang habuk kat office korang. Pastu bila dah siap kerja dia, korang hanya lihat saja mereka berlalu pergi. Memanglah mereka dibayar gaji untuk buat semua kerja tu. Tapi tak luak pon kalau korang layangkan kata-kata TERIMA KASIH dan sedikit senyuman manis. Kuranglah sikit penat mereka membersihkan office korang tu. Ini tak, korang mengarah buat itu & ini lagi adelah. Tak patut...tak patut...

# Dengan toll gate girl/boy.

Tak kisah la mereka nak buat muka ape pon mase mereka hulur tiket atau nak amik duit dari korang. Sekali pun mereka tak pandang mata korang. Ape salahnya korang ucap TERIMA KASIH untuk tugas mereka yang duduk di tengah-tengah jalan berjam-jam, dalam bilik kotak yang kecik dan sempit, setia menunggu pengguna jalan raya. Untung-untung bila kita cakap TERIMA KASIH, muka mereka yang masam (mungkin sebab stress bekerja) akan jadi manis secara tiba-tiba.

# Dengan Bangla petrol station.

Walau siapapun mereka, dari mana asal negara mereka, ape pun bangsa mereka, mereka tetap manusia. Makhluk tuhan yang dicipta lengkap ada perasaan. Penat mereka isikan minyak kereta korang. Kadang-kadang tolong wipe kan cermin kereta korang. Apa? Bukan mereka yang bayar minyak kereta tu? Memanglah...Tapi sekurang-kurangnya dengan ucapan TERIMA KASIH tu sekaligus dapatkan mempamerkan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia ni sangat berbudi bahasa dan baik budi pekerti.

# Dengan makcik cleaner toilet.

Sepanjang masa dia bekerja, muka mereka memang sentiasa ada dalam toilet. Kadang-kadang kalau yang extreme dengan kebersihan toilet yang mereka jaga tu, mereka sanggup tunggu kita keluar dari toilet, hanya semata-mata untuk bersihkan toilet yang kita dah gunakan. So, apelah salahnya sedang korang mencuci tangan dan ingin melangkah kaki keluar tu, korang ucap TERIMA KASIH kerana memberi korang peluang menggunakan toilet yang bersih. Kalau toilet tu tak bersih sekalipun, ucapkan jugak perkataan tu. Mungkin secara auto nya, mereka akan rasa terpukul dengan perkataan itu dan mula rasa malu kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

# Dengan operator telefon.

Selepas mintak mereka sambungkan kepada talian yang korang nak, ape salahnya korang cakap TERIMA KASIH sebelum talian itu disambungkan? Tapi biasanya tak sempat nak cakap terima kasih pon, diorang dah terus sambungkan, betul tak? Hehe....

Sebenarnya banyak lagi keadaan dan situasi yang korang selalu tak sedar/ buat-buat tak sedar untuk memberi ucapan TERIMA KASIH. Tapi yang paling ketara, bila kita bangun pagi, kita selalu terlupa untuk ucap TERIMA KASIH pada Tuhan yang masih memberi kita peluang untuk bernafas lagi pada pagi tersebut. Betul tak? =)


Monday, February 27, 2012

Treasure Box 2

Geledah punya geledah lagi dalam kotak tu, terjumpa lah beberapa 'harta karun' yang rupanya masih aku simpan untuk sekian lamanya. Sijil-sijil zaman tok kaduk. Owh, kiranya dulu, aku ni bukanlah student yang pasif sangat. Haha!

Kalau tgk sijil ko kurikulum tu...memang bersepah. Dulu sangat obses dengan badan beruniform ni. KRS join, Renjer Puteri join, Puteri Islam pon aku balun. Johan sana, emas sini, negeri, kebangsaan. Tapi sekarang bile dah keje pakai uniform, entah ke mana la perginya ke 'obses' an aku tu. Nak sarung uniform pon rasa berat. Hilang semuanya entah ke mana. Terookk btol! (*_*)








Antara salah satu benda yang aku respect dengan diri sendiri masa zaman sekolah dulu, ialah hobi membaca. Kalau nak buat karangan BM tu, benda pertama yang akan aku capai adalah Kamus Dewan Bahasa. Suka cari perkataan-perkataan yang pelik dan jarang digunakan, then apply dalam karangan. Kamus pon baca macam buku cerita. Tapi sekarang? Kamus ke mana, buku ke mana. Hari-hari dok 'pesbukk' ajer. Hoho!



Dulu kecik-kecik, bab agama pon tak ketinggalan. So, sedikit sebanyak dapat bagi panduan untuk kehidupan di masa depan. Tapi walau apepun, masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Selagi hidup, selagi itulah ilmu itu perlu dicari.


Haa, yang ni paling tak boleh tahan kalau tengok.
(tak boleh tahan gelak, maksud saye. Huhu!)
Tae Kwan Do.
Tai geuk 1,2,3 sampai ke 8 semuaya blaja.
Pecah papan, pecah batu, sparring, bla3x....
Tapi sekarang, cuba kena attack sket,
perkara pertama yang mungkin aku akan buat adalah....
angkat kaki....cabut lariiiii! (^_*)



Dulu kalau kecik-kecik, orang tanya "ape hobi awak"?
Aku akan jawab,
"aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berkhemah dan sebagainya."
tapi lepas aku daki Gunung Tahan ni 8 tahun lepas....
Korang bagilah sejuta ringgit sekalipun
aku takkan naik lagi dah....
Letihhhh!! Hancur kaki....


Owh, yang ni best. Jadi 'Engineer Cilik'. Masa tu baru umur 12 tahun.
Kalau tak silap, team kami cipta
Menara Eiffel daripada straw. Ada sistem takal. Then, bila takal tu di isi air...
PAP! Tetiba mentol yang ada di puncak menara tu terpasang dengan sendirinya.
Hoho! Hebat-hebat....tepuk-tepuk!
Tapi masa tu lah rasa hebatnya.
Budak-budak sekarang ni lagi terer.
Main karbaid buat meriam lagi. 
Semua ciptaan diorang melibatkan nyawa. (*_*)


GERKORAMA-Gerak Ko kurikulum Berirama...
Kalau tak silap la.
Menari-nari sambil buat formation dan pegang pom-pom.
Aku pun tak tau kenapa aku boleh join group ni
sedangkan aku sangat kayu bab menari... (*_*)


Yang ni penamat dunia study aku (untuk sementara waktu ni la). Still simpan lagi surat ni wooo! Heheh!


Sijil-sijil macam ni memang kena simpan.
So besok-besok kalau kita ada anak, anak kita malas nak pegi Ko-kurikulum atau kurikulum,
kasi tunjuk sket sijil-sijil ni kat diorang sambil cakap,
"Korang tak teringin ke nak ikut jejak langkah mummy?"

Hoho! Berangan banyak la kau ni, Ashu............. \(^_^)/





Treasure Box 1

This card is given by my 'kakak angkat' masa aku Form 3.
Dia sangat baik & sangat caring.
Antara yang aku ingat,
masa aku nak amik PMR, for the whole exam week,
Dialah orang yang siapkan breakfast aku,
ingatkan aku segala formula exam sebelum aku masuk dewan.
Tak pernah kedekut ilmu, duit, harta benda...
Dan kad ni still tersimpan baik dalam 'treasure box' aku. (^_^)

Now, she's one of the officer di Maybank HQ KL...





Dan ini pula masa zaman U dulu...
Dari seorang sahabat yang kini telah hilang entah ke mana.
Dengar cerita dia dah kahwin.
Secara physically nya 'he's gone'...
but deep inside, the FRIENDSHIP is still there.
Why? Sebab aku masih simpan lagi kad ni dan...
aku bukan jenis kawan yang mudah lupa kawan (^_^)
By the way, ayat-ayat dalam kad ni sangat memberi inspirasi
masa zaman belajar dulu.
Supaya aku tak mudah jatuh & rebah
bila berdepan dengan cabaran & kegagalan.
Terima kasih. (^_^)



Lama dah simpan semua ni.
Dan sebenarnya ada banyak lagi.
Semuanya adalah sebagai kenangan.
Kerana suatu masa dulu ianya...
BUAT AKU TERSENYUM (^_^)

Saturday, February 25, 2012

Rindu sangattt!

Gambar-gambar yang sempat aku snap sehari dua sebelum posting ke Penang....
Will miss them muchhh!!


My Lovely Grandma- Nenek....ashu rinduuuu kat nenek!

Baby Zara Acu....






Khikienot Acu....rindu keletah budak nakal ni.




Owh, u both make me feels like....i wanna cry!!!





And lastly, paling rindu....Beloved Mama & Ayah...
tapi dengan ayah tak sempat bergambar sebab ayah memang kureng sket kalo bab nak bergambar ni...hehe!
Tapi Ashu tetap rinduuuuuuu..... =(


'Acu jangan nangish-nangish kat Penang ok. Nanti adik dtg jumpe Acu celalooo...'

Rindu semua family aku kat sana.... (*_*)


Friday, February 24, 2012

Ajjerr Gillerrnye Yeop! (*_*)

Hari ni kerja takdela banyak sangat. Plus, minggu 1st kat tempat kerja baru kan. So, hand over dgn pemegang jawatan yang lama pon belum lagi. Tapi entah kenapa la aku letih sangat hari ni.

Balik je dari kerja, aku park kereta, terus masuk bilik, solat asar & menghempaskan badan ke tilam super single tu. Agak-agak dalam sejam lebih tertido, aku dikejutkan dengan bunyi SMS. (Ringtone SMS lagu Evanescene. Mane tak terkejutnye..Hehe!)

"Jangan ganggu tunang sy...Zaini. Sy ni tunang ye. Sy tau awk cume suke kat ye sbb awk nak naik motor baru ye ajeww kannn?!"

[Ye]--> aku rasa mungkin dia maksudkan DIA.

Mata aku yang kecik, terus jadi besor! Aje gilerrrnye yeopp aku nak kaco tunang orang. Pastu siap cakap lagi aku kebuloq nak naik motor bf dia yang entah-entah Mat Rempit tu. Aku pon balas balik.

"Awak ni salah orang ni..awak tau ke sy ni siapa. Ape nama sy..."

aku tanye dia bebaik...yelah, mungkin dia salah orang.

"Aderr sy keyysahh awk ni sapew? Yang penting jgn kaco tunang sy ag!"

Oiii! Main kasar minah ni...aku yang baru terpisat-pisat bangun tidur, pastu ditambah lagi dengan badan yang letih, terus jadi berang baca SMS budak hingusan ni.

"Pok...yang hang nak sound-sound aku ni knp? Hang knai aku pon dak. Pastu hang nk tuduh aku kaco tunang hang yg entah2 mat rempit mane tah. Pok, aku ada sebijik keta la. Tak kebuloqq pon aku nak membonceng motor bf mat rempit hang tu...ceh! Orang mcm ni pon ada ka?"

Geram aku. Walaupun aku tau dia budak hingusan yang perlu diberi didikan lebih mendalam lagi, tapi disebabkan dia sound aku time aku tengah penat, mood tgh takde...so, aku sound dia balik. Pastu dia reply.

"Ish! Buang masa jew aq layan ko ni. Uat habis kredit akuww jah!"

Bebulu btol aku baca sms hingusan minah ni. Aku reply balik.

"Hang kalo da tau kredit hang tu cukup2 makan ja...hang pi siasat dulu btoi ka dak nombor ni, tuan punya nombor ni sape. Jangan hang main tarbi ja. Pantang aku orang tuduh2 benda yg aku tak tau ni. Kalau aku nak cari bf pon, aku sedaya upayanya takkan cari MAT REMPIT lah...ape sgtla motor cabuk boipren hang tu yang aku nak gilakan..."

Dia terus tak reply. Ni mesti budak-budak bawah umur aku ni. Sebab kalau yang sebaya aku, atau yang lagi tua, bahasa & perkataan SMS dia takdelah yo-yo-ooo sgt mcm tu. Memang sajer lah budak ni...lagi nak spoil kan mood aku petang ni....

Terus capai tuala, pi mandi & solat maghrib lagi baik.

Monday, February 20, 2012

Day 1 (^_^)

Current Location: Bayan Lepas. Pulau Pinang.

Day 1 inhere...segala-galanya nampak dan rasa yang 'baru'. Rasa macam baru lepas grad, baru mula kerja, baru berjauhan dengan keluarga. Hakikatnya, dah hampir 4 tahun grad, 4 tahun bekerja dan 14 tahun hidup berjauhan dengan mama ayah. Bezanya cuma kali ini, jarak berjauhan tu lebih dari 300km. Mengambil masa perjalanan hampir 4-5 jam. Kalau dulu, masuk asrama penuh, still lagi dalam negeri yang sama. Pastu masuk U, pindah KL. Yang hanya 2 jam dari rumah. Bila dah start keje, pon dapat stay KL. Then, sekarang tiba-tiba kena posting sampai negeri anak mami ni, haa...baru cheq ghasa ghindoo gila kat mak bapak, nenek & adik beradik noooo....hehe! Ececeh, dah kluaq bahasa Penang da...

GPS...dengan bantuan GPS aku dapatla survey2 pulau ni serba sedikit. Thanks to my Beloved Brother yang sangat baik hati bagi pinjam GPS dia. Nanti dapat gaji Ashu beli sendiri punye eh? Hihi....Jalan-jalan kat sini memang banyak. Tapi hakikatnya, pi mai pi mai, tang tu jugak dia tembuihh! (^_^) Asalkan jangan naik jambatan & jangan menuju 'ke laut' je sudahla...Hoho!

First day ni, aku mengenali orang-orang kat sini. So far, mereka OK. Cuma aku yang sedikit kekok. Yelah, dulu kerja di organisasi yang kecik. Sekarang, organisasinye agak besar & Pegawai Kanan pon bersepah-sepah. Lagipun kita sampai-sampai tempat orang bukan kenal dengan sape-sape. Thanks God ada yang sudi membantu bawak aku orientasi tempat-tempat kerja kat sini. Aku pun kena lebihkan senyuman & merendah diri je bila berhadapan dengan diorang.

Meninggalkan sesuatu yang hampir menjadi amalan itu memang sedikit sukar. Tetapi kalau kita tak melalui sebarang perubahan dalam hidup pun, kita akan jadi manusia yang pasif. Takut dengan perubahan, takut dengan keadaan baru, takut dengan orang-orang baru. Pengalaman pun akan kurang. So, apa guna hidup kalau tiada anjakan paradigma? Tiada perubahan? Tiada penghijrahan? (Ok, aku sedang memotivasikan diri sendiri. Kalau suka, sila take note. Kalau tak suka sila ignore. (^_*)

Esok kita tengok apa yang akan jadi pada hari kedua.....

Wednesday, February 8, 2012

Bisik Untuk Diri Sendiri (^_^)

Ok, entry ini untuk bisik kat diri sendiri.

Akhirnya....surat posting pun sampai ke tangan. Tak bajet pon jauh macam tu. Tapi takpelah. As long as masih dalam semenanjung, kira masih dekatlah tu. Huhu! Ke mana destinasi kali ini? Haa...pi mai pi mai tang tu jgk. Hehe! Penang lah. Mane lagi.

Mula-mula rasa berat hati nak pergi. Nak tinggalkan mama ayah & nenek. Nak tinggalkan adik beradik. Nak tinggalkan anak-anak buah pengarang jantung tu. Selalu kalau weekend boleh jumpa diorang di kampung. Kalau diorang tak balik pon, aku still boleh ke rumah mereka. Rumah dorang pon kt area KL ni jugak. Mesti kalau aku dah jarang datang, diorang akan tanya,"Mama/Ummi, kenapa acu tak datang? Acu pergi mana?" Owhhhhhhh....sedihnyeee! Pastu bila aku balik sekali sekala, mesti dorang dah cepat membesar, telatah dah kurang dan yang paling menakutkan....diorang TAK KENAL sape Ashu! Ok, aku nak pengsan sekarang jugak....Pekkk! (*_*)

Kalau dah ke Penang tu, bukannya boleh balik setiap minggu. Cost, jarak, masa dan jadual kerja di tempat baru, belum tentu lagi macamana. Sigh....

Tapi, Ashu...don't let yourself down. C'mon. Cuba pikir positif.

Nama pun dunia bekerja. Selagi hidup, selagi itulah bekerja. Selagi itulah kena berhijrah. Belajar sesuatu yang baru di tempat orang. Until when nak duduk bawah ketiak keluarga je kan? Hehe...Ambil peluang ni untuk berdikari. Lagipon Penang is not the worst place ever. Masih banyak perkara menarik di sana. And guess what is the best thing to be there? Jeng jeng jeng!!! Aku boleh menulis novel dan blogging sambil menghadap laut! Owh, tenangnyaa!! Itulah yang daku impi-impikan selama ini! \(^0^)/ I'll find the best place di sana....hehe....

Lagipon, bukan bermakna aku ke sana, aku akan putus hubungan dengan keluarga terus. Orang kata, lagi duduk jauh ni, lagi orang sayang. Huhu! Perasannnn....but seriously dunia canggih sekarang ada banyak medium untuk aku berinteraksi dengan dorang. Skype, YM, MMS, SMS dan sssss yang lain. Cuma tak boleh nak masuk dalam komputer dan pergi cium pipi diorang je. Huhu! Melampau rindulah kononnye tu... =p

Di awal-awal perkhidmatan ni, aku cubalah tunjukkan kesetiaan aku dengan tugas kan...mane boss suruh pergi, aku pergilah. Plus, i'm a bachelor. Yelah, orangkan selalu kata, orang bujang la paling senang untuk posting. Tak payah pikir pasal suami/isteri, anak-anak. Barang nak angkut pon tak banyak. Tapi bab yang tu aku tak berapa nak setujulah. Sebab? Yess memang aku takde suami & anak-anak. Tapi aku ada mak ayah kan?

But, nevermind. Macam aku cakap tadi. Try to obey the rules, follow the instructions.Plus, Saya Yang Menurut Perintah. Hehe...

Ok Penang! Please welcome me dude!! Let's rock! \(^_*)/

Friday, February 3, 2012

Don't Judge A Book By Its Cover (^_^)



Selalunya, saya suka untuk menilai sebuah buku hanya dari luaran kulitnya sahaja. Cantik kulitnya, ceria warnanya, menarik lukisannya maka itulah buku yang akan saya pilih. Jarang-jarang saya tengok isinya. Kebiasaannya juga, saya sering menolak buku yang berkulit hodoh. Kusam warnanya. Lukisannya juga seperti sudah tidak kelihatan. Melihat kulitnya pon saya tak lalu, apetah lagi isinya. Jauh sekali.

Tapi saya terlupa, Tuhan telah berkata. Bahawa tiada satu perkara pun di dunia ini yang sempurna. Yang sempurna cuma Dia. Setelah memiliki buku yang berkulit cantik itu, saya buka isinya. Dengan harapan ceritanya menarik perhatian dan pandangan saya. Tapi sayang, rupa-rupanya cerita di dalam buku itu tidak sehebat kulitnya. Tidak menarik seperti warnanya. Malah, ceritanya tergantung. Tiada pengakhiran.

Kemudian, hati saya terdetik. Kalau buku cantik pon, begini teruk isinya, sudah pasti buku buruk itu jauh lebih teruk. Maka saya menyelaknya. Alangkah terkejutnya saya. Isi dan jalan cerita buku itu sungguh menarik. Malah memberi pengajaran dan teladan. Lebih memuaskan hati, ianya punya pengakhiran. Pengakhirannya juga sangat bahagia. Happy-ending story.

Ya Tuhan. Alangkah kejamnya saya menghakimi. Alangkah dungunya saya berfikir. Alangkah butanya mata saya melihat. Ya Tuhan. Ampunilah saya. Kerana saya adalah hambaMu yang lemah. Berikanlah saya buku buruk yang isinya penuh makna itu. Akan saya balut kulitnya, akan saya tampal koyaknya. Supaya kulitnya juga sehebat isinya.

Wahai buku berkulit buruk. Maafkan saya. Kejahilan saya bersifat kejam dengan kamu. Buku buruk, beri saya peluang untuk membaca kamu. Beri saya peluang untuk mentelaah kamu. Agar setiap pengajaran yang kamu kandung, akan dapat saya teladani. Buku buruk, maafkan saya. Kamu buruk diluar, cantik di dalam. Usang diluar, berguna di dalam. Kamu akan jadi buku terbaik yang pernah saya ada.


Yang ikhlas
Suffii Khaleeffa

Perjalanan Penuh Hikmah

Jalan itu di awalnya,
Tampak lurus, tenang dan senang,
Yakin bahawa di sepanjang jalan,
Kaki dapat mengimbangi badan,
Lalu bulatkan tekad untuk majukan terus ke hadapan.

Tapi semakin lama langkah di atur
Semakin kasar kerikil jalan
Semakin bengkoknya tak lurus ke hadapan.
Semakin berbukit dan perlukan pendakian.
Bila ditoleh ke belakang
Rupanya diri sudah jauh ke tengah jalan.

Kembali semula pandang ke hadapan
Terus melangkah walau kaki sudah mula terasa goyah
Seandainya jatuh tersungkur kelak
Moga luka yang terguris dapat sembuh dengan mudah
Semoga destinasi terakhir memberi cahaya yang cerah

Perjalanan ini akan tiba ke penghujungnya
Tapi antara tiba dengan senyum tawa
Atau disaluti dengan tangis hiba
Walau apapun keputusannya
Terimalah dengan hati penuh redha
Kerana setiap yang berlaku itu
Pasti ada hikmahnya....

Thursday, February 2, 2012

Si Kecil dan Kuihnya (^_^)

Pagi tadi my sis call. Katanya, ketika dia hantar Aleeya, anak keduanya ke kindergarten kat TTDI pagi tadi, dia bawak sekali si Aireen, anak bongsu yang baru berumur 2 tahun lebih. Dan terjadilah satu insiden di mana si kecik ni sedang belajar sesuatu tentang hidup.


Selepas keluar dari kindergarten tu, my sis singgah satu stall kecik untuk membeli nasi lemak dan kuih buat breakfast si kecik pagi tu. Tapi setelah kuih dan nasi lemak dibungkus, barula my sis tersedar yang dia tersilap bawak wallet. Wallet yang dia bawa pada waktu tu adalah wallet kosong. Takde cash. Hanya ada kad bank je dalam tu. Ha, apelagi...menggelabah puyuh la minah tu. Hehe! Tu la, suka tukar-tukar wallet lagi.

Makcik:   Takpelah dik. Esok datang anta anak sekolah, adik bayar lah.

Kakak:   Eh, tak bolehla macam tu kak. Akak tunggu sekejap ye. Saya pegi amik duit kat bank.

Makcik:  Takpe dik. Esok-esok je bayar. Kesian anak tu nak makan.

Kakak:   Takpe kak. Sekejap lagi saya datang balik (sambil bwk si kecik masuk dalam kereta)

Kakak tadi follow dari belakang dan bawak bungkusan plastik makanan tadi.

Makcik:   Ambil dulu. Kasi anak tu makan. Kesian dia. Akak sedekah je ni. (sambil pandang si kecik yang sedang terkebil-kebil melihat situasi gelabah mamanya)

At last my sis pon mengalah.

Kakak: Owh, terima kasih kak. Sekejap lagi saya datang balik ye.


So, my sis pon pecut ke bank untuk keluarkan duit. Kata kakak aku, si kecik tu asyik pandang je muka mamanya masa dia drive kereta menuju ke bank. Tiba-tiba dia bertanya,


Aireen:  Maa, kalau kite nak 'matan' 'tuih' (kuih) kita kena ada duit ke?

Kakak:  Ye sayang. Kalau kita nak makan, kita kena ada duit. Takde duit, tak boleh makan.

Aireen:   Oooooo.....

kata si kecik tu sambil memandang bungkusan kuih yang diberi makcik tadi. Sikit pon dia tak sentuh kuih tu. Sesudah membayar balik harga makanan tadi pada makcik gerai tu, si kecik bertanya lagi.

Aireen:  Mama...'tuih' (kuih) da bayar. Adik boleh 'matan' 'tuih' tak?

Kakak:  Alah, kesian sayang mama. (sambil menghulurkan sebiji kuih padanya.)

Kata kakak aku lagi, sepanjang perjalanan dari TTDI ke rumah, bukanlah jauh mana pun. Dalam 15 minit je dah sampai. Tapi dalam tempoh 15 minit tu jugak, si kecik ni dah habiskan 2 biji kuih! Sikit pon tak terbuang. Mungkin masa tu akalnya sedang belajar bahawa untuk makan, perlu ada duit. 
Dan kalau dah dapat makan, mesti kena habiskan sebab betapa susahnya untuk dapat makan sebiji kuih.

Perkembangan minda anak-anak juga boleh dibentuk melalui situasi & teladan hidup. Bukan sekadar menghantar mereka belajar di sekolah. So, jangan ingat apa yang kita buat depan mata anak-anak, mereka tak ambil tahu. Sebenarnya merekalah orang yang paling 'alert' dalam situasi-situasi sebegitu. (^_^)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...