Pada hari keempat iaitu hari terakhir kami di Indonesia, kami telah dibawa berjalan-jalan di sekitar Parapat dan menyeberangi Tasik Danau Toba untuk ke Pulau Samosir iaitu sebuah pulau indah yang berada di tengah-tengah Tasik Danau Toba ni. Di Parapat ada banyak juga 'wisata' (tempat pelancongan) yang menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong macam aku. Huhu! Antaranya ialah:
DERETAN KEDAI CENDERAMATA
Deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barang buat kenang-kenangan. Harga? Kena pandai tawar & kena pandai cakap indon sket. (^_^) Lagi satu, kena pandai kira duit yang juta-juta tu. =p
RUMAH TAHANAN PRESIDEN SUKARNO
Kami dibawa melawat ke rumah di mana tempat Presiden Sukarno dikurung berbulan-bulan lamanya di situ bagi menghalang beliau menyebarkan semangat menawan kembali tanah air mereka dari tangan penjajah. Namun beliau akhirnya dibebaskan kerana penjajah dikatakan telah 'give up' dan 'fed up' dengan semangat Sukarno yang tak pernah hilang untuk mengumpul kekuatan dan kesedaran di kalangan penduduk tempatan.
BATU GANTUNG
Di sepanjang pesisir Tasik Danau Toba ni ada satu tempat yang dikatakan mencatatkan mitos yang diceritakan turun temurun sehingga ke hari ini. Tempat tu dinamakan Batu Gantung. Menurut mitos, batu ini terjadi kerana suatu masa dahulu ada seorang gadis telah lari untuk membunuh diri dengan terjun ke tasik tersebut akibat kecewa. Ketika dia ingin terjun, rambutnya tersangkut di batu yang berada di situ lalu gadis itu mati tergantung. Maka, terjadilah Batu Gantung tersebut.
Ada juga cerita yang mengatakan sebelum gadis itu mati tergantung di situ, dia telah bersumpah bahawa sesiapa yang melihat Batu Gantung tersebut dan menunjuknya dengan menggunakan jari telunjuk, maka jari orang itu TIDAK BOLEH BENGKOK buat selama-lamanya.
Aku takdelah kata yang aku percaya dengan sumpahan tu, tapi.......tak berani jugaklah nak keluarkan jari telunjuk, ibu jari pun tak berani keluar! Hahaha!
PULAU SAMOSIR
Dan ini adalah lakaran peta Pulau Samosir. Pulau yang terbentuk di tengah-tengah Tasik Danau Toba.
Ada fakta yang mengatakan bahawa Pulau Samosir adalah di antara 7 Pulau Terunik Di Dunia. Sedikit fakta mengenai Pulau Samosir untuk pengetahuan am korang =) :
- Ia dikatakan sebagai pulau terbesar yang terdapat dalam sebuah pulau.
- Keluasannya adalah kira-kira 630km di mana luas ini hampir menyamai keluasan sebenar negara Singapura iaitu 714km persegi.
- Pulau Samosir ini dikatakan terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi kira-kira 30,000 tahun yang lalu dan Danau Toba itu juga sendiri terhasil akibat letusan gunung berapi yang terjadi kira-kira 75,000 tahun yang lalu.
- Selain Pulau Samosir, letusan gunung berapi itu juga menyebabkan munculnya semananjung di daratan Pulau Sumatera yang kini menjadi kota kecil Parapat
- Pulau Samosir juga dikatakan terbentuk hasil daripada tekanan magma yang belum keluar.
- Daripada pesisir pantai Parapat menuju ke Pulau Samosir mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menggunakan feri.
So,dah dapat sedikit gambaran mengenai pulau unik ni kan? Maka bolehlah kita melihat gambar-gambar indah sekitar Pulau Samosir. Buat kata pemandu pelancong yang bawa kami round satu pulau ni,
"Bapak-bapak dan ibu-ibu sekalian, Danau Toba ini adalah antara wisata yang amat menarik dan bersejarah sekali di Indonesia." (^_^)
Ini adalah upacara menghukum pesalah Batak. Kalau dengar Tok Batin dia dok cerita pasal upacara pembunuhan ni, memang mengerikan. Kelar, selar, hiris, penggal, perah air limau semua keluar. Yekkk! Dengar je pon dah terasa pedihhhh!
MITOS TERJADINYA DANAU TOBA & PULAU SAMOSIR
Dahulu, ada seorang pria yang memancing ikan di sungai. Ia kemudian berhasil mendapatkan seekor ikan mas, yang ajaibnya dapat berbicara dan memohon kepada pemuda tersebut untuk tidak memakannya.
Ikan itu kemudian berubah menjadi seorang wanita cantik, dan mereka pun bernikah. Tidak berapa lama, pernikahan keduanya dikurniakan seorang anak, dan wanita tersebut meminta agar suaminya berjanji untuk tidak pernah menyebut kepada anaknya bahwa ia adalah anak ikan.
Namun ternyata, suatu hari suaminya terlanjur menyebut anaknya adalah anak ikan akibat marah, makanan tengaharinya dihantar lambat oleh anak tersebut sewaktu dia bekerja. Wanita tadi menyuruh anaknya berlari ke gunung, memanjat pohon tertinggi. Saat itu juga, petir muncul dan menyambar, kemudian terjadi hujan besar hingga sungai meluap. Wanita tadi kembali menjadi ikan mas, kemudian air sungai meluap itulah disebut Danau Toba, sedangkan gunung tempat anak tadi berlari menjadi Pulau Samosir di tengah-tengah danau.
Ok, habis dah. Hari terakhir percutian sambil bekerja ni kami habiskan di Danau Toba. Then, terus balik ke Medan dan take off balik ke Malaysia. Penerbangan dari Medan ke Penang just take 35 minutes je. Macam dari Penang nak ke Sg Petani. Hahahah! Tak sempat nak panas punggung duduk dalam flight, dah sampai Malaysia dah. Baru nak lelap mata,pilot dah membebel-bebel suruh pasang seat belt sebab air craft dah nak touch down. =p
Boss, thanks for this vacation. Buat kata orang melayu, terima kasih daun keladi. =)
PEACEEEE! v(^_^)v