Wednesday, May 16, 2012

Perampas. Damn.

Salam peeps! Hope korang sentiasa happy dengan hari-hari yang mendatang. Hari ni aku nak taip entry yang sedikit 'panas'. Hoho!




Actually, bukanlah untuk menghangatkan lagi keadaan orang yang 'sedang dirampas miliknya'. Tapi sekadar nak memberi ketenangan dan cara bagaimana untuk menangani masalah bila 'hak kita dirampas orang'. Memang sakit. Aku sendiri pun dah beberapa kali merasai perkara yang sama. (Haha! What a world...Dunia-dunia....)

Tapi, secara psikologinya, bagaimana pedih pun rasa itu, terimalah ianya sebagai satu perkara yang positif. Memanglah korang akan kata,"Alah, cakap memanglah mudah. Bukan kena kat batang hidung kau." Amboi...kat situ je dah tunjuk yang korang ni memang manusia negatif. Hehe...




Kepada yang dah kahwin, masalah perampas ni mungkin agak parah sikit lah. Lagi-lagi yang dah ada anak. Pastu, si perampas tu pulak menang dalam 'perjuangan' mendapatkan orang yang kita sayang. Tapi, bersabarlah. Anggap saje dia bukan jodoh kita sekali pun kita dah ada anak dengan dia. Sebenarnya kalau cakap pasal jodoh ni, selagi kita belum mati, selagi itulah kita tak tau siapa jodoh kita yang abadi. Yang kita akan jumpa di akhirat dan di syurga nanti.

Kepada yang belum kahwin, come on dude! Tuhan tu sebenarnya sedang 'menyelamatkan' kita. Dari pergi  jauh ke langkah seterusnya dengan orang yang sepatutnya BUKAN jodoh kita. Tuhan bagi kita peluang untuk memperbetulkan apa yang silap dan beri peluang untuk kita mencari siapa jodoh kita yang sebenarnya. Siapa tahu, jodoh kita selepas ini jauh lebih baik dari yang sebelumnya? Mungkin ikatan perkahwinan kita akan lebih bahagia. Who knows?



Kepada yang merampas, well done. You did a good job. Itu kehebatan korang yang korang sendiri tak sedar. Tapi, belajarlah dari kesilapan. Tak selamanya kita akan berada di atas. Satu hari nanti Tuhan pasti tarik kita turun dan duduk di bawah. Siapa tahu, hari ini kita rampas hak orang, esok, lusa, tulat, tahun depan, orang pulak akan rampas hak kita. Hidup ni kan ada Karma. What you give, you'll get back. Sekalipun tak dapat di dunia, di akhirat pasti akan kena. Allah tu tak pernah lupa kerja Dia. Memanglah mudah untuk kita kata, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Tapi kalau kita sentiasa ingat bahawa meruntuhkan kebahagiaan orang lain itu adalah satu kesalahan besar sebagai seorang manusia, perkara 'rampas-merampas' ini takkan terjadi.

Kepada orang yang 'direbutkan'. Kita sebenarnya tahu siapa pilihan terbaik untuk diri kita sendiri. Kalau tak tau pun, buatlah solat Istikharah. Mintak tuhan tunjukkan jodoh terbaik untuk kita. Kalau tak nak tergolong dalam percaturan ini, maka jangan bermain dengan 'api'. Kalau dah ada hidup yang bahagia dengan isteri/suami/kekasih kita, jagalah hubungan tu sebaik mungkin. Sebab kita ni kalau nak cari sama seperti apa yang hati kita nak, memanglah tak dapat. Yang ada depan mata tu memang ada kekurangannya. Tapi jangan lupa, dia juga ada kelebihan tersendiri. Mungkin kamu rasa kekurangan dia tu sebagai satu alasan untuk korang tinggalkan dia. Tapi ingat! Dia ada 'kelebihan' yang sebenarnya pernah buat korang jatuh hati padanya dulu. Dan korang sebenarnya memerlukan 'kelebihan' itu lebih dari 'kekurangan' tersebut.

Hidup ini kalau sekali difikirkan memang tidak adil. Tapi kalau dua kali kita fikir, sebenarnya kita yang tak adil dengan hidup. Tuhan dah lorongkan jalan yang terbaik. Tapi kita yang gagal untuk nampak jalan tu. Atau sebenarnya kita memang buat-buat tak nampak, sebab kononnya nak mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. In the end, menyesal tak sudah. =)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...