Hati yang tak tenang sering
menyebabkan kita sentiasa berfikiran negatif. Sudahnya, orang di sekeliling
kita akan terkena tempiasnya. Dah dapat 3 dosa. Pertama, menyiksa hati dan jiwa
sendiri. Kedua, berfikiran negatif dan bersangka buruk. Ketiga, membuatkan
orang lainterasa hati dengan kita. Full package punya dosa.
Macamana nak buat hati rasa
tenang? Supaya kita boleh berfikir perkara-perkara yang positif dan berbaik
sangka dengan semua orang? Banyak cara. Berdoa, berzikir, bermunajat. Allah
suka orang yang meminta pertolongan dariNya. DIA tak suka orang yang menyombong
denganNya bila ada masalah.
Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini
dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn
kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji
keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini
kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir
Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku
kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU
yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan
MU
kpd hidayah MU
Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya
kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak
kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera
bantuan-MU
dlm keadaan terhina…
Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah
kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah
keresahan dari jiwaku…
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah
hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Ameen YA ALLAH
ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Tiada yang boleh menandingi kuasaNya. (^_^)
No comments:
Post a Comment