Saturday, May 19, 2012

Sejarah Itu Adalah Sesuatu Yang Kita Telah Hilang.

Hati sakit!

Kalau nak ikutkan rasa sakit hati ni, memang nak tumbuk dinding sampai pecah je gamaknya. Tapi sebab pikir, kudrat dan tulang-temulang ni bukanlah kuat mane, maka dikumpulkan segala kesabaran supaya hati yang sakit ini boleh menjadi sedikit tenang.





Bak kata seseorang,

"Awak kalau asyik fikir tentang orang lain, sedangkan orang lain tak pernah nak fikirkan pasal awak, memang awak boleh jadi gila. Awak tak abis-abis nak sok sek sok sek (nangis) sebab orang lain. Tapi awak rasa, ada ke orang lain akan nangis sebab awak? Takde kan? Malah, ketika awak menangis, orang lain tersenyum, ketawa berdekah-dekah. Tengok! Awak dah mendera diri sendiri, mendera hati awak sendiri. Sedangkan awak boleh bahagia dengan memikirkan perkara-perkara yang boleh buat awak tersenyum."




Kena ceramah lagi. Dan ceramah itu tak berhenti setakat itu.

"Tinggalkan semua perkara yang menyakitkan hati. Takde ruginya pun. Sedangkan nasib orang lain ada yang jauh lebih teruk dari nasib yang kita lalui sekarang. Kalau awak masih menangisi kisah semalam, sampai bila-bila pun awak takkan mulakan kisah yang baru. Kesian kisah baru awak. Takde peluang untuk buat awak gembira. Sebab? Sebab awak asyik dibayangi kisah silam. Sedangkan kisah silam itu tak pernah lagi menoleh kepada awak."





Betul! Stop thinking nonsense! Lihat jauh ke depan! Jangan lagi kita toleh ke belakang. Buat kata Tun Dr Mahathir, 'Sejarah itu adalah sesuatu yang kita telah hilang'. Sejarah negara, kita memang kena kenang. Tapi sejarah yang buat hidup kita jatuh tersungkur, buang jauh-jauh.  Kalau nak dikenang pun, kenanglah sekadar untuk motivate diri supaya boleh pergi ke fasa hidup yang lebih baik.



Ok, terima kasih kepada siapa yang telah memberi ceramah. Dia kata, kalau dia bagi ceramah kat orang lain, dia mtk bayaran dalam RM300-400 satu sesi. Tapi untuk aku, dia bagi free aje. Hahahahah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...