Friday, May 18, 2012

A Trip To Indonesia-Danau Toba (Part II)

Aku tak cerita habis lagi pengalaman bercuti sambil bekerja di Indonesia yang aku pergi baru baru ni.

Indonesia adalah sebuah negara yang sangat luas dan penduduknya sangatlah ramai. Sampaikan ada seorang konsulat kat sana cerita pada aku tentang peraturan mempunyai anak di Indonesia. Katanya, sebuah keluarga di Indonesia, hanya boleh memiliki 2 orang anak dalam sesebuah keluarga. Sekiranya lahir anak ketiga, so anak tersebut akan dikirakan sebagai 'anak swasta'. Actually aku tak paham apa maksud 'anak swasta' tu. Sebab terlupa pulak nak tanya. Dok leka menganga dengar cerita konsulat tu. =p

Tapi aku rasa mungkin keluarga tersebut kena bayar atau mengikuti sesuatu peraturan kepada mana-mana pihak bagi membenarkan mereka membela anak itu sehingga besar. Alamak, macam sedih pulak kalau kita jadi 'anak swasta' macam tu kan...hehe! Opss sorry kalau fakta aku salah. =p Mungkin kalau ada yang dapat betulkan, aku appreciate sangat-sangat.

So, selepas 2 hari aku di Medan, kami 'serombongan' telah bergerak menuju ke Danau Toba yang dikatakan viewnya sangatlah cantik dan marvellous. Kami ke sana dengan sebuah bas dan perjalanan memakan masa selama 4 jam. Sangat pening sebab jalannye bengkang-bengkok. Lebih kurang macam nak naik Cameron/Genting Highland. Sebab kawasan Danau Toba tu pon sebenarnya merupakan kawasan tanah tinggi. Yelah, Danau Toba tu kan bekas kawah gunung berapi yang dah mati. So, for sure lah dia berada di atas gunung.

Sebelum sampai di Danau Toba, kami sempat singgah di beberapa tempat yang agak menarik. Antaranya....





Kedai yang menjual pelbagai jenis Ulos. Rambang mata I, nyah.... (@_@)
Apa itu Ulos? 

" Menurut fakta Wikipedia, Ulos atau sering juga disebut kain ulos adalah salah satu busana khas Indonesia. Ulos secara turun temurun dikembangkan oleh masyarakat BatakSumatera. Dari bahasa asalnya, ulos bererti kain. Cara membuat ulos serupa dengan cara membuat songket khas Palembang, yaitu menggunakan alat tenun bukan mesin."

Dan aku berjaya pulang ke Malaysia dengan membawa 2 helai Ulos. =)











Kedai Roti Ganda di Siantar.
Memang marbelesss kedai ni. Orang yang datang nak beli roti berduyun-duyun. Sampai jadi crowded! Aku terpikir apa yang sedap sangat dengan roti buku ni? Tapi lepas aku rasa 1 slice....perghh! Memang terbaekk! Lembut je roti dia. Patutla ramai orang datang beli. 
So, kalau korang datang sini jangan lupa ke Kedai Roti Ganda. 
Berganda-ganda kesedapannye! Hahaha!







Kami jugak sempat singgah ke Muzium Batak. 
Yang aku rasa amazing dengan muzium ni ialah tangga dia. Huh! Tangga dia tersangatlah tinggi. Cerun plak tu. Lebih kurang 90 darjah kecerunannya. Nak naiktangga ni sampai kena pakai tali. Kalau terjatuh, confirm 'padam'. Tak pon koma.  (*_*) Actually muzium ini diwujudkan bagi mengekalkan sejarah-sejarah Kaum Batak yang terkenal di Indonesia. Apa yang aku tau, bahasa yang digunakan oleh orang Batak ni, lebih kurang sama macam bahasa Minang. Aku tak pasti apa relatednya antara dua kaum ni. Nanti korang wiki...wiki...pedia eh. Hihi.....







Dan....akhirnya setelah bas itu sedaya upaya mendaki (^_*) maka tibalah jua kami akhirnya ke puncak gunung berapi mati tersebut. Inilah kecantikan alam Tuhan yang tidak terkata cantiknya. Setelah menikmati pemandangan yang indah di lereng bukit tu, sambil makan roti ganda yang kami beli tadi...huhu...maka kami terus dibawa untuk berehat di Hotel Niagara. Sebuah hotel yang terkenal di Danau Toba.









I told you babe, view from this hotel is very fantastic! Memang terbaekkk! Bila keluar kat balkoni tu rasa freshhhh sangat udaranya. Rasa macam taknak balik Malaysia dah. =p






Dan aku? Macam biasa. Pantang ada kamera, pantang ada view cantik sikit.....=p
Aku menghabiskan sisa-sisa petang itu dengan menikmati sunset yang tak tergambar indahnye....wuuuuu!

Ok, tunggu entry ke-3 pulak. Aku akan ceritakan pengalaman semasa di Pulau Samosir. Pulau yang berada di tengah-tengah Tasik Danau Toba ni. Thumbs up! d(^_^)b




1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...