Tadi bos call tanya "Pergi ke mana-mana tak malam ni? Atau ada temu janji dengan kekasih gelap?" Aku tepuk dahi. "Boss, malam memang gelap, tapi saya takde kekasih gelap." Tergelak boss aku. Dia kata, aku jangan anti sosial sangat. Dok terperuk je kat bilik. Sbb tu aku tak kahwin-kahwin. Aku cakap kat boss, "Kalau saya kawin, sape nak ikut boss out station? Boss kata boss nak bawak org bujang je. Kat sini saya sorang je orang bujang." Boss aku gelak lagi.
"Kamu tu jangan memilih sangat. Kamu jangan sampai saya carikkan. Lepas tu saya suruh staf-staf raikan wedding kamu besar-besaran kt office." Masa tu aku rasa nak terjatuh dari katil. Amboi boss? Sejak bila boss jadi ejen carik jodoh ni?
"Ala boss...saya muda lagi la boss. Banyak bende saya tak explore lagi." Alasan yang aku rasa aku dah boleh rekod dan rewind banyak kali kat telinga dia. " Lepas kawen pon boleh explore ape. Banyak la alasan kamu." Garu kepala. "Boss, minggu depan punya appoinment jadi kan? Boss nak saya pinda tarikh ke?" Ha, tu namanya 'soalan kerja penyelamat keadaan'.
"Tak usah nak ubah topik. Saya dah masak dah dengan kamu ni. Saya nak tengok taun depan kamu kawen." Kali ni aku betul-betul jatuh katil! Menyesal pulak aku angkat call dia tadi. (*_*)
"Dah. Siap cepat. Jom keluar makan. Carik tempat best2." katanya. Ceh, nak ajak makan rupanya. Yang boss melalut sampai kawen-kawen ni, ape citer boss?
Saturday, June 30, 2012
Wednesday, June 27, 2012
Nasihat Copy Paste Yang Aku Terlewat Baca (^_^)
Ini nasihat yang diberi oleh Si Penasihat, di mana dia sendiri mengaku dia 'copy paste'... Hoho!
At first, dia suruh aku baca...memang aku baca. Tapi aku baca perenggan pertama & akhir je. Sebab...sejak umur makin meningkat ni, aku makin malas membaca. (*_*)
Tapi, sampaila di suatu hari, aku menyemak kembali (pergh, ayat tak boleh blah) inbox email aku dan terbaca la semula email dia yang dah hampir sebulan lebih dikirimkan.
On that time baru aku rasa tersentuh... (*_*) Apesal aku tak baca habis pesanan ini? Kenapakah? (tepuk dahi)
"...Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...
Jodoh itu adalah rahsia Allah SWT terhadap kita.. Dan sesungguhnya kita tidak tahu dan dapat meramal apa yang di masa hadapan.. Siapa jodoh kita, berada di sisi kita sama ada sihat atau sakit.. Di masa susah atau senang.. Di waktu suka atau duka.. Dan siapa wajah yang akan bersama sama kita hingga ke akhir hayat? Ya.. Itulah rahsia di dalam kehidupan kita..
Kadang kita menyangka, antara kita dengan seseorang itu dekat dan amat rapat hubungan itu.. Dan sering kita sangkakan dialah segalanya.. Sehinggakan kita lupa akan suratan dan takdir.. Kita amat yakin dan pasti si dia adalah jodoh kita.. Sedangkan antara kita dan dia belum menjadi halal lagi..
Kita sering merancang akan satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi.. Satu kisah percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup.. Dan kita terus di alam mimpi kerana impian mendirikan rumah tangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia, merancang cumalah watak kita.. Sesungguhnya sebaik baik perancangan adalah dari Allah SWT..
Di dalam meniti hari bahagia, di alam percintaan.. Kita sering meluahkan kata kata manis.. Berjanji sumpah setia dan sehidup semati.. Tetapi sedangkan antara realiti sebenarnya, kita dan si dia cuma bertemu dan bercinta.. Belum pasti punyai jodoh sehidup dan berpisah kerana suami isteri yang sah..
Kerana itu lah, setiap percintaan di masa sebelum berlakunya perkahwinan hendaklah bercinta secara bersahaja.. Berkawan mengenal erti hati budi masing masing.. Kerana belum tentu itu jodoh kamu dan dia..
Cuba kita bayangkan, hubungan percintaan antara kamu dan dia amat rapat dan sama sama di puncak bahagia.. Kemudian berjanji untuk berkahwin.. Akan tetapi, bisikkan syaitan dan hawa nafsu yang tidak terkawal, terjadinya satu perzinaan.. Tidak malukah kita, tidak suci dan menyerah pada yang bukan hak?
Tak kira perempuan atau lelaki, jagalah maruah diri.. Jagalah kehormatan diri.. Pergaulan yang mesra ala ala suami isteri tetap haram dan bukan halal jika belum mempunyai hubungan sah suami isteri..
Dua insan yang ditemukan antara satu sama lain untuk menjalin perhubungan yang lebih jauh demi melangkah hari ke hari hingga akihir usia, hingga akhir hayat.. Dan langkah langkah kita mesti berani tanpa menoleh lagi sejarah lalu untuk di kembali.. Menjadi satu kekuatan dalam diri menjamin kehidupan yang lebih sempurna dalam perjalanan yang masih lagi panjang..
Dan siapa sangka, orang yang kita benci menjadi jodoh kita.. Dan mungkin orang yang kita kenal rapat tapi tidak kita sangka menjadi sebahagian dari hidup kita.. Tidak perlu di huraikan dengan lebih panjang di sini..
Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..
Buat jodohku, terima kasih menerima diriku yang serba kekurangan ini seadanya.. Sudah tertulis aku dan kamu adalah jodohku dan atas kasih cinta yang bersemi mohon agar mekar hingga ke syurga.. Berpisah kita cuma mati..
Berlajarlah untuk menerima dan mensyukuri apa yang ada, apa yang menjadi milik kita dan usahlah melayani perasaan diri yang selalu di tikam bisikkan nafsu..
Menyedari satu tanggungjawap adalah kemestiaan yang dipikul dan bukan hanya menjadi cerita membasi buta.. Dan kita punyai kehidupan demi menjadi menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya.."
After I read this, I smiled to myself & said....'God, please tell this person who sent this to me, that I read it...completely. Till the end of the words. I take note also.(^_^) Saya tak tau kenapa saya tergerak hati untuk baca. Can I trust what's my heart said to me?

Tuesday, June 26, 2012
Oit, Si Penasihat! (^_^)
Si Penasihat saya sudah kembali. (^_^)
Saya happy.
Saya rasa hati saya sangat lapang. Macam lapangnya sebuah padang bola (^_^)
Saya janji tak mau serabutkan kamu dengan perkara yang tak penting lagi.
Saya janji saya akan jadi kuat lepas ni. Macam Hulk Hogan tu. Saya takkan 'sok sek sok sek' lagi.
Saya janji saya takkan sedih sebab benda yang tak memberi faedah pun pada saya.
Saya janji saya ikut nasihat kamu. Saya takkan degil. Saya takkan keras kepala lagi.
Saya janji saya akan makan ikut waktu. Dan saya takkan banyak makan junk food.
Dan.....
Saya janji...saya akan tunggu kamu.
Tunggu ape?
Yelah. Tunggu bas sama-sama la. (*_*)
Nanti kalau saya tak tunggu kamu kata saya pergi sorang-sorang pulak.
Alah, itu pun nak confused. Lempang karang. (^_*)

Hah, nampak ni. Lebar tak saya senyum?
Monday, June 25, 2012
Rasa Macam Nak Bersilat Je Sekarang Ni! Argghh!
Sakit hati btol lah!
1. Aku benci orang arrow aku tugas yang sebenarnya dia sendiri kena buat, tapi dia tak nak buat. So, dgn menggunakan kuasa autokrasi dan alasan-alasan bodoh, dia suruh aku yang buat. Padahal aku tau kau yang kena buat! Bukan aku!
2. Aku bekerja untuk boss aku. Aku bukan bekerja untuk orang lain yang berada di bawah pangkat boss aku. So, kau ada hak ke nak suruh aku?
3. Aku fed up dengan manusia yang cerewet lepas tu menyesakkan kepala. Tambah-tambah lagi banyak mulut. Kau nak suruh aku buat kerja lepas tu kau banyak songeh. Itu tak boleh, ini tak kena. Kau ingat aku ni ape?! Bukan kau pun yang bayar gaji aku. Boss aku pun tak cerewet mcm kau.
4. Tugas yang kau nak suruh tu, kau deploy sampai 2,3 orang satu kerja. Padahal cukup sorang je pegi dahla. Yang nak pegi beramai-ramai tu buat ape? Kan ke dah buang masa? Macamlah aku takde keje lain nak buat.
5. Serious. Aku sangat sakit hati sekarang ni. Nak angkat call kau pun aku meluat. Sumpah.
# Sabar Ashu...sabar..... (*_*)

Hey Walle Walle! Terima kasih!
Saya bukanlah blogger yang professional. Macam Hanis Zalikha. Macam Sue Anna Joe. Macam JejariRuncing atau Roti Kaya. Tapi entry tentang Wedding Kapt Zaza & Lt Zaidi TLDM mencecah 200++ viewers. Itu dah cukup happy bagi saya. Huahuahua!
Sunday, June 24, 2012
Kapt Zazalina & Lt Zaidi TLDM (Naib Johan Gerbang Cinta Musim ke 3 Utusan)
Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia, siapa yang tahu kan? Hanya Allah S.W.T je yang boleh menentukannnya.
Perkahwinan sahabat aku ni ditaja sepenuhnya oleh Utusan Malaysia sebanyak RM 80,000.00. Kenapa? Bukan...bukan....dia bukan anak editor Utusan. Bukan artis pon. Bukan public figure jugak. Dia dan pasangannya cuma pasangan kekasih biasa yang mengabadikan cinta dorang dengan mencuba nasib dalam Pertandingan Gerbang Cinta Musim ke 3 Utusan Malaysia. Hadiah kemenangan itulah yang menjadi hadiah perkahwinan diorang. Best kan? d(^_^)b
Tahniah Zaza & Zaidi (atau skot we olls panggil Jibam aje. Huhu)

Jom tengok ape berlaku di sekitar Majlis Raikan Cinta Kapt Zaza & Lt Zaidi TLDM ni...cekikdaud! (^_^)
Kepada Zaza & Zaidi, semoga kalian bahagia sampai ke syurga (^_^)
Sorry jugak sebab skot kiter hampir buat pelamin kamu berdua runtuh.
Semua bajet nak muka masing-masing masuk Utusan Malaysia. Haha!
Btw, the truth is...hanya majlis wedding sajelah yang boleh buat
kiter reunion balik satu skot.
Intake 2004 in memories =)
Kami semua mendoakan agar kalian berbahagia sampai ke akhir hayat.
Sila jadi suami yang soleh & isteri yang solehah ya!
Insyaallah....
Thursday, June 21, 2012
Kamu Sayang Family atau Kekasih Kamu?
Siapa tak sayang family kan? Segarang mana pun parents, senakal mana pun adik beradik, sebising mana pun mulut datuk dan nenek, mereka sentiasa dekat di hati. Selain kenikmatan bernafas dan pancaindera yang Tuhan bagi, memiliki sebuah keluarga kandung juga merupakan kenikmatan yang tiada galang gantinya.
Sebab tu aku sangat pelik kalau ada orang yang sanggup buang mak ayah di rumah orang tua-tua, buang anak dalam tong sampah, tak kurang juga ada yang sanggup buang family sebab kekasih. Hei! Sape yang besarkan kamu? Kekasih kamu tu ke atau keluarga kamu? Sekalipun kamu kata keluarga kamu kejam kerana menghalang 'cinta sejati uolls' tu, tapi adakah kamu tahu kenapa mereka berbuat begitu?
Sebab...takde keluarga yang nak tengok anak/adik/kakak/abang/cucu mengahwini orang yang silap! Dan seterusnya merana sehingga ke akhir hayat.
Aku percaya dengan RESTU KELUARGA. Bagi aku, cinta boleh dicari. Tapi parents, adik beradik, datuk & nenek aku TIADA GANTI! Kenangan aku dengan keluarga lebih mahal dari kenangan bersama kekasih. Jasa keluarga membesarkan & mendidik aku sehingga aku mencapai tahap sekarang ini lebih hebat dari jasa yang kekasih taburkan pada aku sepanjang tempoh bercinta. Kalau dah jadi suami tu, lain cerita lah. On that time, kamu kena pandai menilai & membahagikan kasih sayang sama rata antara suami/isteri & keluarga.
So, kepada adik-adik yang rasa cinta kamu lebih 'hebat' dari kasih sayang kamu dengan keluarga...bawak-bawaklah BERINGAT. Jangan sampai di suatu ketika, kamu merayu minta keluarga jejaki kamu semula, kutip kamu semula selepas kamu kecewa. Selepas dibawa lari entah ke pelosok dunia mana. Kemudian, menyusahkan keluarga, kerajaan dan Kelab Putera 1 Malaysia (^_^) untuk bawak kamu balik. Tak ke menyusahkan semua pihak namanya tu?
Kalau kekasih membuang kamu dari hidupnya, possibility untuk dia kutip kamu semula SANGAT TIPIS. Tapi kalau kamu buang keluarga yang membesarkan kamu dari besar tapak tangan sampai tinggi menggalah hari ini, Insyaallah mereka akan mintak kamu kembali ke pangkuan mereka semula sekalipun dosa kamu seluas langit.
Cinta itu LEBIH SEJATI dengan adanya restu dari kedua-belah pihak keluarga. No worries. Sekiranya Tuhan mengatakan bahawa jodoh kamu kuat, sekeras mana pun tentangan dari pihak keluarga, cinta kamu pasti bersatu. Tapi sekiranya putus di tengah jalan, itu bermakna, cinta sejati kamu bukan padanya. Tapi pada manusia lain yang Tuhan akan temukan juga di suatu hari yang kita sendiri tak akan jangka. Apa yang penting, JANGAN BUANG KELUARGA.
Sekadar mengingatkan uolls dan diri sendiri. Peace ! V(^_^)V

Tuesday, June 19, 2012
Dia Cuma Seorang Cleaner Tua Berbangsa India.....
Sejak posting sini, setiap hari aku datang office, aku akan ditegur mesra oleh kakak-kakak cleaner yang cuci blok office aku. Diorang ni memang sangat ramah dan sangat friendly. Sangat comel juga. (^_^) Most of them berbangsa India dan sorang Melayu tapi warganegara Indonesia. Umur? Semua macam dah 35 and above.
Ada satu hari aku sembang-sembang dengan sorang auntie India ni (mungkin yang paling tua...sebab gigi dia dah takde. Comelll sgt...!). Aku tanya,'Auntie, stress tak keje jadi cleaner ni?' Katanya, dia paling stress bila datang cuci office aku. Agak terkejut jugaklah dengan statement makcik India ni. Ish, setahu aku, office aku tu lah yang paling senang nak kemas sebab semua barang tak pernah berubah dari tempatnya, sampah dalam bakul tak yah cakapla, memang jarangnya ada. Habuk? Setiap pagi sebelum start keje, aku sendiri akan buang habuk-habuk tu sebab hidung ni memang tak tahan, asyik nak terbersin aje kalau terkena habuk.
Aku tanya, 'Apa yang auntie stress sangat? Kotor sangat ke bilik saya?' Dia tergelak sambil tepuk-tepuk bahu aku. 'Bukan itu macam puan...saya stress sebab bilik puan tada sampah juga kalu hari-hari. Auntie jenguk dalam bakul hari ni, tada. Jenguk esok, tada juga kalu. Kalau sapu pun, habuk ciput juga. Bila auntie mau kasi mop puan kata, tara apa. Tak payah. Ini macam auntie stress la sebab auntie tada kerja sangat.' Nak tersembur aku dengar jawapan Auntie ni. Comel betullah cara dia bergurau. Hehe...
Memang aku tak kasi dia sapu dan mop hari-hari sebab, bukanlah kotor sangat pun lantai tu. Bukan hari-hari ada orang masuk office aku tu. Kalau ada pun, apelah sangat. Bukan dorang pijak tanah merah pun. Kasut aku pun, dari bilik bawak ke kereta. Lepas tu dari parking kereta bawak ke office. Pastu tak jauh pulak tu. So cukuplah 3 hari sekali kalau nak sapu dan mop. Kita ni pun kadang-kadang kenalah fikir rasional sikit. Jangan sebab ada cleaner, kita pulun tenaga dia habis-habisan. Macamana kita nak rasa rehat time bekerja, macam tulah jugak dia. Macamana kita nak rasa kerja kita ringan, macam tulah jugak dia.
Then, dia pesan lagi kat aku,'Nanti esok, puan taruk juga sampah dalam itu bakul, na. Sikit pun tara apa.' Kata dia sambil tersenyum. Aku tersengih sambil cakap, 'Auntie, saya ni nak bagi auntie rehat sikit. Auntie sudah tua. Nanti hari-hari menyapu, hari-hari mop, sakit pinggang pulak bila balik rumah. Kan ke auntie jugak yang susah nanti?' Belum habis pun ayat aku tu dia dah menggeleng-geleng kepala sambil jari telunjuk dia bergerak ke kiri dan kanan depan muka aku.
'Jangan itu macam fikir. Ini auntie punya kerja juga. Boss kasi duit sama auntie untuk buat kerja. Kalu auntie tara kerja, gaji auntie dapat, tara bagus. Tuhan atas sana marah nanti sama auntie.'
Ok. Terkedu. Dalam masa yang sama, sangat kagum. Betapa ikhlasnya dia bekerja. Itu makcik tua tu. Bangsa India pulak tu. Boleh lagi pikir pasal keberkatan gaji, keikhlasan bekerja. Sedangkan kita? Ok-ok...sekarang jugak buat kerja. Jom-jom. Berubah-berubah!

Monday, June 18, 2012
Entry Ini Khas Untuk Boyfriend Saya...Maluuu... (^_^)
Entry ini khas untuk boyfriend saya.
Ye, kenapa? Tak percaya ke?
Dia setia bersama dengan saya sejak dulu lagi.
Dia tak pernah sekalipun meninggalkan saya keseorangan.
Saya sayangkan dia lebih dari segala-galanya.
(^_^) Korang ni memang tau...
Asal dengar topik HOT sket cepat aje nak tengok.
Ye, entry ni untuk 'boyfriend' aku a.k.a My Beloved Daddy
Semalam kan Father's Day
Semalam jugak Birthday aku. (^_^)
So, maknanya, setiap tahun aku sambut hari jadi
Aku akan sambut Hari Bapa sekali.
Maknanya lagi, masa aku dilahirkan 26 tahun yang lalu...
Kelahiran aku merupakan 'Hadiah' istimewa untuk ayah
Sempena Hari Bapa yang disambutnya...
Hehe...ceh, perasan. Tapi betul ape?!
Cuba tanya Ayah, mesti dia ckp 'Iyolah Asu....'
Huhuhu.....
Btw, I spent my whole day of 17 JUNE untuk menyiapkan movie ni.
This is a small reward for him.
ASHU SAYANG AYAH!
p/s: sorry, sebab saiz video agak besar, maka dia loading lama sket. Harap bersabar menunggu ye (^_^)
Saturday, June 9, 2012
Dilema Wanita (^_^)
Hari ni dah dekat seribu kali rasanya aku dengar lagu ni. Terpikat dengan lirik dia. Sedih tapi membangkitkan semangat. Sebenarnya ni lagu tema drama Dilema Wanita kat ASTRO channel 106. Jom kita dengar sama-sama.
Duka derita, duka laraku di dunia
Tidaklah aku sesali, juga tak akan aku tangisi
Sesakit apapun yang ku rasakan dalam hidupku
Semoga tak membuat ku kehilangan jernih jiwaku
Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih, juga tak akan aku mengemis
Ketidakadilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya
Asalkan kerana itu, Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendakNya menjadi syurga bagi cintaku
Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah Tuhanku yang ku takuti
Ada tiadaku semata-mata milikNya jua…..
Rindu Si Penasihat. (-_-)
Yeayy! Esok another next trip to Hatyai! Yaii...yaii... (^_^)
Tapi dalam pada gembira tu, ada jugak terselit sikit rasa sedih. (-_-)
Masuk hari ni dah dekat seminggu tak dengar khabar berita Si Penasihat. Tak tau lah kenapa. Bermakna dah dekat seminggu takde orang membebel kat telinga aku. Jadi kekok pulak. Aku ada salah cakap ke? Tapi rasanya takde. Tak pernah cakap yang buruk-buruk dengan Si Penasihat. Sebab nanti kalau dia bukak ceramah, boleh menanah telinga aku. Huuu.....
Ok, entry ni untuk Si Penasihat.....
Kepada Si Penasihat,
Kalau kamu sedang sibuk, kerja baik-baik ye. Jogging jangan lupa. Makan jangan berlebih-lebih. Kamu tu dah semakin chubby sekarang. Huhu! Kamu kata nak challenge saya berjoggingkan? Kamu taknak saya tinggalkan kamu 8 tiang di belakang kan? (^_*) Pastu,balik kerja jangan terus tido atas sofa. Sila mandi dulu. Takpe,saya faham kerja kamu yang tak pernah berhenti tu. Semoga tahun depan kamu mendapat tugasan lain yang tak sesibuk ini ye. Saya doakan. (^_^)
Si Penasihat,
Kalau kamu merajuk, alaaa....janganlah merajuk dengan saya. Kamu kan orang yang sangat positif yang pernah sy kenal. Kamu mana tahu marah, kamu mana tau kecil hati, kamu juga tak pandai nak jadi sensitif...kamu cool saje setiap masa. Bukan mcm saya ni. (-_-) Kalau kamu kecik hati dengan saya, sape lagi yang nak bagi saya nasihat dan moral up kan semangat saya? Atau mungkin ada perbuatan saya yang buat kamu marah? Saya mohon 1000 ampun dan maaf. Sumpah! Saya takde niat nak buat macam tu. Kadang-kadang hangin saya ni bukan betul sangat. Al maklumlah kan orang perempuan. Kamu mesti faham punye.
Si Penasihat,
Kalau ada orang cerita yang buruk-buruk pasal saya, kamu semudah itu ke percaya? Kamu jugak kata, kamu akan siasat dulu sebelum menjatuhkan hukuman. Tapi sekarang? Kamu terlebih dulu menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat. Kamu janganlah macam ni...
Si Penasihat,
Kalau kamu bosan nak nasihatkan saya, saya minta maaflah banyak-banyak. Lately saya memang suka bagi kamu dengar banyak masalah saya kan? Dari masalah kerja, masalah hidup sampailah masalah kecik-kecik. Termasuk pasal kereta. Huhu...Padahal kereta kamu sendiri pun kamu tak sempat nak tengok. Saya minta maaf Si Penasihat. Saya janji tak bebankan kamu dengan masalah yang macam-macam lagi.
Si Penasihat,
Kamu ada sesuatu yang kamu sorok ke? Kan kamu jugak yang pesan, kalau ada apa-apa antara kita, jangan nak sorok-sorok. Beritahu. Luahkan. Sekarang, kamu pulak yang macam sorok sesuatu. Kalau kamu ada kawan baru pun, takpe. Beritahu je saya. Saya OK je. Itu hak kamu.
Si Penasihat...kamu tau tak saya sangat memerlukan kamu sekarang?
Saya ada banyak cerita happy nak cerita dengan kamu. Saya tak mau dah cerita sedih-sedih dengan kamu. Betul! Ini janji!
Si Penasihat, esok petang saya akan out station selama 3 hari. I'm looking forward to hear your voice & to read your SMS or BBM...before and after I go. Please make my day sweet with some news from you.
Si Penasihat, minggu depan adalah 'hari' saya. Kamu lupa ye? Hmm...saya meniti hari-hari sebelum 'hari' saya tu dengan rasa yang KOSONG. Macam lagu Najwa Latiff tu, 'Kosong...kosong....'
Si Penasihat, saya nak dengar kamu membebel di telinga saya lagi dan saya tak janji saya tidak akan merungut lagi bila dengar kamu bagi nasihat. Betul! Saya janji!
Si Penasihat....I'm waiting for you. Until 'my day' comes. (-_-) Tapi kalau selepas dari 'hari' saya itu saya tak dengar apa-apa dari kamu, saya redha. Saya janji takkan cari kamu lagi.
Wednesday, June 6, 2012
I've Learned A Lot! (^_^)
Stop sekejap baca cerpen bersiri 'Blues Seorang Rockers...Lembik'.
Masa untuk 'moral up' diri. Setelah bermacam-macam yang berlaku lately. Kerja yang banyak, tekanan perasaan (tekanan lah sangattt...haha!), masalah bermacam-macam orang yang diletak atas bahu aku. Kalau negative thinking nye, semua ni menyusahkan hidup aku! Tapi kalau tengok dari sudut yang positif, sebenarnya semua itu mematangkan perbuatan, sikap dan fikiran aku.
Apa yang boleh diambil lesson learn ialah:
Tiada Masalah Yang Tiada Jalan Penyelesaian.
Bila ada masalah, kalau kita fikir secara tergopoh-gapah, kita memang mudah temui jalan buntu. Mudah saje kita menyalahkan takdir, menyalahkan manusia lain malah lebih bahaya, menyalahkan Tuhan. Sedangkan kita lupa yang Tuhan itu tidak akan menguji seseorang hambaNya kalau DIA tahu bahawa hambaNya itu tidak mampu menghadapinya. So, kalau kita hadapi masalah, bermakna kita kena ingat yang Tuhan telah sediakan jalan penyelesaiannya. Tugas kita cuma perlu find out di mana Tuhan letakkan jalan penyelesaian tu.
Tiada Yang Kekal Melainkan Allah S.W.T.
Aku akui dan memang akan sentiasa akui bahawa tidak ada satu perkara pun di dunia ini yang akan kekal. Semuanya akan musnah, akan hilang, akan hapus, akan pergi, akan luput, akan lenyap dari masa ke semasa. Yang kekal cuma Allah dan kuasaNya sahaja. Sebab itu orang kata, bercinta dengan manusia, manusia akan mati. Berdamping dengan syaitan, syaitan akan direjam. Berhabis kerana harta benda, ia akan susut. Tapi berkasih dengan Allah, bercinta dengan Allah, berhabis kerana Allah dan berdamping dengan Allah itu akan kekal sampai bila-bila. Malah Allah telah menjanjikan syurga kepada siapa yang mentaatiNya, mencintaiNya, mendampingiNya lebih dari lain-lain perkara.
Bersikap Terbuka Dan Jangan Terlalu Bergantung Harap Pada Manusia.
Untuk sentiasa gembira, bukan kita minta dengan manusia. Tapi minta dengan Allah. Jangan kerana hilang harta, kita merana. Kerana hilang kekasih, kita berduka, hilang kerja kita putus asa. Manusia dan harta tu cuma penyebab hati kita gembira. Sedangkan kegembiraan itu sebenarnya datang dari Allah. Bersikap terbuka dan pandang jauh ke depan. Apa yang berlaku hari ni, belum tentu memburukkan masa depan. Siapa tahu apa yang berlaku hari ini sebenarnya permulaan sebuah masa depan yang lebih terjamin.
Live Your Life With Something Useful
Waktu siang aku sibuk kerja. Kadang-kadang kalau nasib baik, bekerja sampai malam. So balik saja ke bilik, terus tidur. Tapi kalau nasib tak berapa baik, malam dah takde aktiviti. Dan aku pun bukanlah jenis yang malam-malam merayap keluar. So masa yang ada membuatkan aku berfikir macam-macam perkara yang sepatutnya tak yah fikir. Seterusnya membawa kepada fikiran yang bukan-bukan. So, to prevent myself dari berlakunya macam tu, I start my new hobby. Actually bukan 'start' dan hobby tu bukanlah 'new', lebih tepat 'menyambung' kembali hobi 'lama'. Buat bunga kain. Huhu...Sekarang, bilik I penuh dengan jambangan bunga kain, uolls...nanti bila dah sampai 'seru' nak buka bisnes, bolehlah jual (^_^) Atau sape rasa nak pinjam/sewa buat hand bouquet masa kahwin atau bertunang, boleh lah PM FB aku. Special price utk kawan-kawan. No worries. Hihi....
Zahirkan Bakat Anda (^_^)
This is what I like 'The Most'. I'm working on my 2nd masterpiece bagi tahun ini. Still banyak bab lagi yang belum workout. Untuk 1st masterpiece, sudah merasa duit royalty nya. Walaupun tak banyak dan hanya laku beberapa ratus unit, tapi atleast dah membantu duit poket. Terkejut jugak sebab ingat tak laku langsung. Huhu! Dari 1st masterpiece aku dah belajar cara untuk memperbaiki cara penulisan. Thanks to 'Puan Editor'. I've learned a lot from you (^_^) Tunggu 2nd masterpiece saya ok!
Subscribe to:
Posts (Atom)