Wednesday, June 27, 2012

Nasihat Copy Paste Yang Aku Terlewat Baca (^_^)

Ini nasihat yang diberi oleh Si Penasihat, di mana dia sendiri mengaku dia 'copy paste'... Hoho! 


At first, dia suruh aku baca...memang aku baca. Tapi aku baca perenggan pertama & akhir je. Sebab...sejak umur makin meningkat ni, aku makin malas membaca. (*_*)


Tapi, sampaila di suatu hari, aku menyemak kembali (pergh, ayat tak boleh blah) inbox email aku dan terbaca la semula email dia yang dah hampir sebulan lebih dikirimkan.


On that time baru aku rasa tersentuh... (*_*) Apesal aku tak baca habis pesanan ini? Kenapakah? (tepuk dahi)


"...Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...

Jodoh itu adalah rahsia Allah SWT terhadap kita.. Dan sesungguhnya kita tidak tahu dan dapat meramal apa yang di masa hadapan.. Siapa jodoh kita, berada di sisi kita sama ada sihat atau sakit.. Di masa susah atau senang.. Di waktu suka atau duka.. Dan siapa wajah yang akan bersama sama kita hingga ke akhir hayat? Ya.. Itulah rahsia di dalam kehidupan kita..

Kadang kita menyangka, antara kita dengan seseorang itu dekat dan amat rapat hubungan itu.. Dan sering kita sangkakan dialah segalanya.. Sehinggakan kita lupa akan suratan dan takdir.. Kita amat yakin dan pasti si dia adalah jodoh kita.. Sedangkan antara kita dan dia belum menjadi halal lagi..

Kita sering merancang akan satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi.. Satu kisah percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup.. Dan kita terus di alam mimpi kerana impian mendirikan rumah tangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia, merancang cumalah watak kita.. Sesungguhnya sebaik baik perancangan adalah dari Allah SWT..

Di dalam meniti hari bahagia, di alam percintaan.. Kita sering meluahkan kata kata manis.. Berjanji sumpah setia dan sehidup semati.. Tetapi sedangkan antara realiti sebenarnya, kita dan si dia cuma bertemu dan bercinta.. Belum pasti punyai jodoh sehidup dan berpisah kerana suami isteri yang sah..

Kerana itu lah, setiap percintaan di masa sebelum berlakunya perkahwinan hendaklah bercinta secara bersahaja.. Berkawan mengenal erti hati budi masing masing.. Kerana belum tentu itu jodoh kamu dan dia..

Cuba kita bayangkan, hubungan percintaan antara kamu dan dia amat rapat dan sama sama di puncak bahagia.. Kemudian berjanji untuk berkahwin.. Akan tetapi, bisikkan syaitan dan hawa nafsu yang tidak terkawal, terjadinya satu perzinaan.. Tidak malukah kita, tidak suci dan menyerah pada yang bukan hak?

Tak kira perempuan atau lelaki, jagalah maruah diri.. Jagalah kehormatan diri.. Pergaulan yang mesra ala ala suami isteri tetap haram dan bukan halal jika belum mempunyai hubungan sah suami isteri..

Dua insan yang ditemukan antara satu sama lain untuk menjalin perhubungan yang lebih jauh demi melangkah hari ke hari hingga akihir usia, hingga akhir hayat.. Dan langkah langkah kita mesti berani tanpa menoleh lagi sejarah lalu untuk di kembali.. Menjadi satu kekuatan dalam diri menjamin kehidupan yang lebih sempurna dalam perjalanan yang masih lagi panjang..

Dan siapa sangka, orang yang kita benci menjadi jodoh kita.. Dan mungkin orang yang kita kenal rapat tapi tidak kita sangka menjadi sebahagian dari hidup kita.. Tidak perlu di huraikan dengan lebih panjang  di sini..

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..

Buat jodohku, terima kasih menerima diriku yang serba kekurangan ini seadanya.. Sudah tertulis aku dan kamu adalah jodohku dan atas kasih cinta yang bersemi mohon agar mekar hingga ke syurga.. Berpisah kita cuma mati..

Berlajarlah untuk menerima dan mensyukuri apa yang ada, apa yang menjadi milik kita dan usahlah melayani perasaan diri yang selalu di tikam bisikkan nafsu..

Menyedari satu tanggungjawap adalah kemestiaan yang dipikul dan bukan hanya menjadi cerita membasi buta.. Dan kita punyai kehidupan demi menjadi menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya.."



After I read this, I smiled to myself & said....'God, please tell this person who sent this to me, that I read it...completely. Till the end of the words. I take note also.(^_^) Saya tak tau kenapa saya tergerak hati untuk baca. Can I trust what's my heart said to me?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...