Siapa tak sayang family kan? Segarang mana pun parents, senakal mana pun adik beradik, sebising mana pun mulut datuk dan nenek, mereka sentiasa dekat di hati. Selain kenikmatan bernafas dan pancaindera yang Tuhan bagi, memiliki sebuah keluarga kandung juga merupakan kenikmatan yang tiada galang gantinya.
Sebab tu aku sangat pelik kalau ada orang yang sanggup buang mak ayah di rumah orang tua-tua, buang anak dalam tong sampah, tak kurang juga ada yang sanggup buang family sebab kekasih. Hei! Sape yang besarkan kamu? Kekasih kamu tu ke atau keluarga kamu? Sekalipun kamu kata keluarga kamu kejam kerana menghalang 'cinta sejati uolls' tu, tapi adakah kamu tahu kenapa mereka berbuat begitu?
Sebab...takde keluarga yang nak tengok anak/adik/kakak/abang/cucu mengahwini orang yang silap! Dan seterusnya merana sehingga ke akhir hayat.
Aku percaya dengan RESTU KELUARGA. Bagi aku, cinta boleh dicari. Tapi parents, adik beradik, datuk & nenek aku TIADA GANTI! Kenangan aku dengan keluarga lebih mahal dari kenangan bersama kekasih. Jasa keluarga membesarkan & mendidik aku sehingga aku mencapai tahap sekarang ini lebih hebat dari jasa yang kekasih taburkan pada aku sepanjang tempoh bercinta. Kalau dah jadi suami tu, lain cerita lah. On that time, kamu kena pandai menilai & membahagikan kasih sayang sama rata antara suami/isteri & keluarga.
So, kepada adik-adik yang rasa cinta kamu lebih 'hebat' dari kasih sayang kamu dengan keluarga...bawak-bawaklah BERINGAT. Jangan sampai di suatu ketika, kamu merayu minta keluarga jejaki kamu semula, kutip kamu semula selepas kamu kecewa. Selepas dibawa lari entah ke pelosok dunia mana. Kemudian, menyusahkan keluarga, kerajaan dan Kelab Putera 1 Malaysia (^_^) untuk bawak kamu balik. Tak ke menyusahkan semua pihak namanya tu?
Kalau kekasih membuang kamu dari hidupnya, possibility untuk dia kutip kamu semula SANGAT TIPIS. Tapi kalau kamu buang keluarga yang membesarkan kamu dari besar tapak tangan sampai tinggi menggalah hari ini, Insyaallah mereka akan mintak kamu kembali ke pangkuan mereka semula sekalipun dosa kamu seluas langit.
Cinta itu LEBIH SEJATI dengan adanya restu dari kedua-belah pihak keluarga. No worries. Sekiranya Tuhan mengatakan bahawa jodoh kamu kuat, sekeras mana pun tentangan dari pihak keluarga, cinta kamu pasti bersatu. Tapi sekiranya putus di tengah jalan, itu bermakna, cinta sejati kamu bukan padanya. Tapi pada manusia lain yang Tuhan akan temukan juga di suatu hari yang kita sendiri tak akan jangka. Apa yang penting, JANGAN BUANG KELUARGA.
Sekadar mengingatkan uolls dan diri sendiri. Peace ! V(^_^)V

No comments:
Post a Comment