Stop sekejap baca cerpen bersiri 'Blues Seorang Rockers...Lembik'.
Masa untuk 'moral up' diri. Setelah bermacam-macam yang berlaku lately. Kerja yang banyak, tekanan perasaan (tekanan lah sangattt...haha!), masalah bermacam-macam orang yang diletak atas bahu aku. Kalau negative thinking nye, semua ni menyusahkan hidup aku! Tapi kalau tengok dari sudut yang positif, sebenarnya semua itu mematangkan perbuatan, sikap dan fikiran aku.
Apa yang boleh diambil lesson learn ialah:
Tiada Masalah Yang Tiada Jalan Penyelesaian.
Bila ada masalah, kalau kita fikir secara tergopoh-gapah, kita memang mudah temui jalan buntu. Mudah saje kita menyalahkan takdir, menyalahkan manusia lain malah lebih bahaya, menyalahkan Tuhan. Sedangkan kita lupa yang Tuhan itu tidak akan menguji seseorang hambaNya kalau DIA tahu bahawa hambaNya itu tidak mampu menghadapinya. So, kalau kita hadapi masalah, bermakna kita kena ingat yang Tuhan telah sediakan jalan penyelesaiannya. Tugas kita cuma perlu find out di mana Tuhan letakkan jalan penyelesaian tu.
Tiada Yang Kekal Melainkan Allah S.W.T.
Aku akui dan memang akan sentiasa akui bahawa tidak ada satu perkara pun di dunia ini yang akan kekal. Semuanya akan musnah, akan hilang, akan hapus, akan pergi, akan luput, akan lenyap dari masa ke semasa. Yang kekal cuma Allah dan kuasaNya sahaja. Sebab itu orang kata, bercinta dengan manusia, manusia akan mati. Berdamping dengan syaitan, syaitan akan direjam. Berhabis kerana harta benda, ia akan susut. Tapi berkasih dengan Allah, bercinta dengan Allah, berhabis kerana Allah dan berdamping dengan Allah itu akan kekal sampai bila-bila. Malah Allah telah menjanjikan syurga kepada siapa yang mentaatiNya, mencintaiNya, mendampingiNya lebih dari lain-lain perkara.
Bersikap Terbuka Dan Jangan Terlalu Bergantung Harap Pada Manusia.
Untuk sentiasa gembira, bukan kita minta dengan manusia. Tapi minta dengan Allah. Jangan kerana hilang harta, kita merana. Kerana hilang kekasih, kita berduka, hilang kerja kita putus asa. Manusia dan harta tu cuma penyebab hati kita gembira. Sedangkan kegembiraan itu sebenarnya datang dari Allah. Bersikap terbuka dan pandang jauh ke depan. Apa yang berlaku hari ni, belum tentu memburukkan masa depan. Siapa tahu apa yang berlaku hari ini sebenarnya permulaan sebuah masa depan yang lebih terjamin.
Live Your Life With Something Useful
Waktu siang aku sibuk kerja. Kadang-kadang kalau nasib baik, bekerja sampai malam. So balik saja ke bilik, terus tidur. Tapi kalau nasib tak berapa baik, malam dah takde aktiviti. Dan aku pun bukanlah jenis yang malam-malam merayap keluar. So masa yang ada membuatkan aku berfikir macam-macam perkara yang sepatutnya tak yah fikir. Seterusnya membawa kepada fikiran yang bukan-bukan. So, to prevent myself dari berlakunya macam tu, I start my new hobby. Actually bukan 'start' dan hobby tu bukanlah 'new', lebih tepat 'menyambung' kembali hobi 'lama'. Buat bunga kain. Huhu...Sekarang, bilik I penuh dengan jambangan bunga kain, uolls...nanti bila dah sampai 'seru' nak buka bisnes, bolehlah jual (^_^) Atau sape rasa nak pinjam/sewa buat hand bouquet masa kahwin atau bertunang, boleh lah PM FB aku. Special price utk kawan-kawan. No worries. Hihi....
Zahirkan Bakat Anda (^_^)
This is what I like 'The Most'. I'm working on my 2nd masterpiece bagi tahun ini. Still banyak bab lagi yang belum workout. Untuk 1st masterpiece, sudah merasa duit royalty nya. Walaupun tak banyak dan hanya laku beberapa ratus unit, tapi atleast dah membantu duit poket. Terkejut jugak sebab ingat tak laku langsung. Huhu! Dari 1st masterpiece aku dah belajar cara untuk memperbaiki cara penulisan. Thanks to 'Puan Editor'. I've learned a lot from you (^_^) Tunggu 2nd masterpiece saya ok!
No comments:
Post a Comment