Hari ni keputusan SPM telah diumumkan.
1st of all aku nak say CONGRATES pada adik-adik yang berjaya. korang memang hebat dan teruskan usaha. keep maintain sampai menggenggam segulung ijazah.ingat! kejayaan hari ni belum lagi menjamin kejayaan korang di masa depan. sekali korang leka...jawabnye, inilah kali terakhir korang merasakan kejayaan tu.
namun,
kepada yang tak berjaya...janganla rasa down. hey, c'mon la. this is not the end of the world la adik-adik. uolls ada so many chances lagi dalam kehidupan ni. sistem pelajaran negara kita bukan berakhir di peringkat SPM je. cuba lagi di peringkat lain. tak kira la dalam bidang dan tempat pengajian mana sekalipun.
kepada yang memang tak berusaha dan gagal tu, jadikan kegagalan ini sebagai pengajaran. setiap kejayaan perlukan usaha. papan yang baru pun akan nampak buruk kalau tak di cat. so, same goes tu otak kita la. otak tu kalau kita rasa pandai macamana sekalipun tapi kalau tak diasah, tak disebatikan dengan ilmu-ilmu baru...ia akan jadi otak yang kosong dan lapuk jugak.
kepada yang telah berusaha namun tidak berjaya...bersabarlah. mungkin rezeki korang bukan di peringkat ini. siapa tahu di matriks,kolej atapun universiti nanti korang akan berjaya. hey babe, dude...Tuhan sangat sukakan orang yang bersabar dan tak mengenal erti putus asa tau. sebab kita semua tahu Tuhan itu tak kejam. kalau Dia tak bagi kejayaan dalam pelajaran, dia mungkin akan bagi kejayaan dalam pekerjaan, dalam kehidupan.
kepada yang tak berusaha namun dia tetap berjaya, itu maknanya...Tuhan sedang menguji korang. adakah korang ni stok-stok yang reti bersyukur atau sangat sombong di atas kejayaan yang korang perolehi. remember! Tuhan boleh menarik nikmat yang Dia dah bagi dengan sekelip mata je.
Papehal pun, teruslah melangkah ke depan dan jangan sesekali menoleh ke belakang. GOOD LUCK!
2 comments:
akak fb akak ape..?uya nak add....fb lame uya da terminate...
Nurshuhada Mohtar.terminate?knp?pttla lame da xnmpk update status.
Post a Comment