Tuesday, September 27, 2011

Tolong Orang, Tikam Orang...bluweekk! (*_*)

TOS! TOS! TOS!
Tolong Orang Selalu.

Itu ikrar Tunas Puteri yang selalu aku hafal masa zaman sekolah rendah dulu. Memang dalam hidup ni kita digalakkan tolong orang dalam apa jua keadaan sekalipun.

Kalau belajar Pendidikan Islam- kita digalakkan untuk selalu tolong orang. Tak kira bangsa & agama.
Kalau belajar Bahasa Melayu- kebanyakkan cerita teladan yang ada dalam buku teks pon banyak menceritakan tentang kebaikan menolong orang.

Tapi, kena tengok jugak pertolongan jenis apa yang kita nak bagi kat orang. Kalau pertolongan yang membantu kawan tu tapi dalam masa yang sama menjahanamkan orang lain, baik tak payah tolong kalau macam tu. Sama jugak kaedah macam korang tolong selamatkan nyawa orang, tapi kamu bunuh orang lain yang tak bersalah. So, kamu tetap dianggap pembunuh walaupon kamu sebenarnya dah selamatkan orang.

Biasanya, manusia ni akan nampak jahat nan satu lebih dari kebaikan kamu yang seribu itu.

Aku membebel ke? Lebih kurang la kot. Sebab lately aku tengok banyak sangat DRAMA yang berlaku di sekeliling aku. Kadang-kadang confused nak tengok drama yang mana satu. Pastu kalau drama tu tak melibatkan aku, takpe jugak. Ini dengan aku-aku sekali diheret masuk. Pastu bila dia dah tersepit, terkitai-kitai... aku pulak dituduh bersalah. Eh, rasa macam nak bersilat je bila dengar.

Bla-bla-bla....Sape yang terasa, sila take note. Sila berubah. Sila jangan tikam kawan dari belakang. Sila jangan jadi kawan makan kawan. Sekalipon korang tak pernah jumpe face to face dengan kawan tu. Sila ikhlaskan niat kamu berkawan. Tak kira melalui cara apa pun kamu kenal dia. Tak rugi pun kalau kamu be nice to every person yang kamu kenal. Dan lebih keji lagi hidup kamu, kalau kamu jadi seorang BATU API...yang hangus. Kenapa hangus? Sebab api tu makan diri kamu balik. Aduh...sadis sangat kehidupan kamu tu.

Monday, September 26, 2011

My Childhood Bestfriend Wedding (^_^)

 Entri kawen lagi....huhu!

{ MY BESTFRIEND WEDDING }

Dr Shahirah Arif married to Abd Hafiz Shukor.

Which one is my bestfriend?
Actually kedua-duanya adalah kawan satu kelas zaman sekolah rendah dulu.
But Dr Shahirah tu adalah kawan baik aku sejak kami tadika lagi.
Sama-sama kenal huruf ABC, nombor 123
Main sama-sama, bergaduh sama-sama
Mengaji sama-sama, khatam sama-sama
Masuk darjah 1 sama-sama, tamat darjah 6 sama-sama.
Kena marah cikgu sama-sama
Dapat flying colors mase UPSR pon sama-sama. Heee!
Best moment ever tu!
Pendekata, sepanjang childhood, memang mengharung zaman kanak-kanak sama2.
Apa yang tak sama adalah...dia jauh lebih pandai dari aku
Sebab tu sekarang dia adalah seorang Doktor. haha!

Kini, Shahirah atau lebih mesra kami panggil 'Irah',
telah selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan sekelas kami
yang jugak kawan bergaduh dulu. Hehe!
Jodohkan...siapa yang tahu.
(Irah, kalo ko tau Hafiz tu bakal jadi husband ko 1 hari nanti,
mesti korang tak gaduh-gaduh kan dulu? hehe)
Jom kita tengok Raja Sehari punye gambar (^_^)











For my childhood bestfriend,
Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal hingga ke anak cucu.
Pesanan macam biasa, sila doakan pule jodoh aku. Hahah!

Sunday, September 25, 2011

Addicted Buah Plum (^_^)





Color menarik. d(^_^)b
Bentuk comel. d(^_^)b
Rasa sedap. d(^_^)b
Khasiatnye pon terlampaulah banyak. d(^_^)b

Aku sekarang macam addicted makan buah plum ni. Memang dulu zmn belajar ada makan. Tu pon orang bagi. Nak beli sendiri tu kem salam lah. Aku ni kurang sket makan buah. Starting aku mula gila makan buah plum ni bila...semalam aku stop kat kedai buah kat BTS tu, beli buah tangan sebab nak gi melawat orang sakit kat Bangsar Pantai Medical Centre.

Tengah pilih-pilih buah, terpandanglah buah plum ni dek kerana color dia yang merah menyala. Aku kan minat color merah. Huhu! So, bila tanya harga, katanya 10 biji RM6. Disebabkan gaji baru masuk...so, aku pon capai bakul & pilih. Pastu, makan sebijik, lepas tu makan lagi sebijik & sebijik lagi sehinggalah aku addicted dgn buah ni. Tadi lalu BTS lagi, beli untuk 2nd round punye. Hehe!

Ape khasiatnye? Jom kita reveal apa yang kita bley dapat dari sebijik buah plum:

-> mengandungi ferulid acid yang memiliki senyawa antikanser. Membantu menurunkan risiko kanser usus.

-> mengandung hydroxycinnamate, antioksidan yang dapat mencegah oksidasi LDL

-> melindungi tubuh dari serangan jantung dan menurunkan kadar kolesterol.

-> mengandungi borron, sejenis mineral yang membantu tubuh menyerap kalsium. Mengurangi risiko ostheoporosis

-> mengandungi diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit.

-> penawar bagi mengubati penyakit gastritis

-> mengandungi khasiat antibakteria, melegakan demam, melancarkan pembuangan air besar dan mengatasi masalah kecacingan

-> sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol

 (diperolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai)




So, korang apelagi? Tak nak try ke? Sodap nihh!! hehe.....

Thursday, September 22, 2011

Bangla Besar Kepala... (@_@)

Sejak proses pemutihan berlaku secara besar-besaran, aku tengok warga asing semakin bermaharajalela di Malaysia ni.

Tadi masa aku isi minyak di salah satu petrol station yang ada kat KL ni, terjadilah satu insiden. Macam biasa kalau siapa perasan, majoriti cashier yang ada di petrol station di negara kita ni dimonopoli oleh warga asing. Mungkin warga asing lebih dipercayai dalam hal menjaga keluar masuk duit kot, berbanding orang Malaysia sendiri.

Aku masuk ke dalam kedai di petrol station tu, untuk draw duit & kemudian bayar duit minyak yang aku nak isi nanti. Tapi sebelum aku bayar, ada sorang pakcik ni (orang Malaysia) datang lebih awal dari aku ke arah cashier tu. Aku pasti dia seorang penunggang motorsikal kerana ketika itu dia masih memakai helmet di kepalanya.

Pakcik tu hulur not RM 100 pada Bangla tu sambil berkata," nak isi RM 3." Bangla tu tetiba buat muka. Namun tangan dia still menerima not RM 100 tu. Sambil tangan dia sibuk mengambil duit baki sebanyak RM97 lagi di dalam mesin wang tu, mulut dia membebel...

" Isi 3 ringgit saja, tapi duit besarrr juga bagi." kata dia dengan pelat Banglanye. Aku tengok pakcik tu diam je & muka dia seperti tak dengar apa-apa. Mungkin sebab dia pakai helmet, so dia tak dengar sungutan Bangla tu. Aku terus lagi memerhati.

Setelah cukup RM97 di tangan, Bangla tu pon hulur pada pakcik tadi sambil berkata dengan lancar & lancangnye....

" Ini duit kecil kasi simpan. Esok datang isi lagi, jangan bayarrr pakai duit besar. Kasi susah saja sama worang."

Telinga aku tak berapa nak sedap dengar kata-kata Bangla tu. Amboii...beradapnye bahasa Bangla ni? Aku tengok pakcik tadi berlalu pergi macam tu je tanpa sepatah kata. Ada 3 perkara je yang aku fikir tentang pakcik ni. Pertama, dia memang tak dengar apa-apa sebab pakai helmet tu. Mungkin jugak dalam helmet tu, dia sumbat MP3 dan menyebabkan dia langsung tak dengar apa-apa. Kedua, dia malas nak amik pusing dengan sungutan Bangla tu. Ketiga, dia memang manusia yang tak suka bertindak walau orang kutuk & bahasakan dia & dia memang sentiasa bermuka innocent.

Bukanlah nak wujudkan diskriminasi. Tapi, bagi aku...Bangla tu patut rasa sedar diri bahawa dia sedang berada di negara orang. Dia adalah orang yang menumpang tuah di negara lain. Sepatutnya jagalah budi bahasa. Tatatertib. Adab sopan. Lagi-lagi tengah bekerja, layan customer. Sukahati pakcik tu la kan, dia nak bagi not berapa sekalipun, nak isi minyak sikit ke, banyak ke...itu dia punya suka lah kan...janji dia bayar. Bukan dia rompak atau buat salah apa-apa pun. Mungkin dia ada sebab bagi duit besar. Saja nak tukar duit ke, atau dia memang takde duit singgit-singgit.

Kalau takde duit baki yang mencukupi sekalipon, Bangla tu boleh cakap baik-baik ape...ini aku tengok, duit baki bukan main banyak dalam mesin tu. Macamlah RM 97 tu akan habiskan semua duit kecik yang dia ada. Tak respect orang Malaysia langsung.

Boleh ke aku cakap ayat " Tak Sedar Dek Untung" pada orang macam Si Bangla tu? Nasib baik kena kat pakcik tu, kalau kena kat aku...mau jugak Bangla tu kena sound kaw-kaw tadi.

Pasni kalau Bangla tu naik pangkat jadi supervisor, mesti dia main jerit je kot, kat orang Malaysia yang dia tak puas hati. Amboii...hebat hang no...datang negara orang,besar kepala pulak tu. Haii....apelah nak jadi....

Kelahiran Yang Dinanti (^_^)

Ia merupakan sebuah kelahiran yang dinanti.
Bagi abang & kakak ipar aku yang telah bersabar menunggu selama 2 tahun.



Akhirnya si comel ini lahir dengan cukup sifat,
penuh berkat & syafaat.
Anak buah aku yang ke 7 ni diberi nama....
AIMY NUR ZAHRA BT MOHD RIZAL
yang bermaksud
"Keberkatan Cahaya Bunga"

Jom2! Kita scroll tengok cemane rupe Rizal's Jnr.

*****
****
***
**
*


Hidung macam ayahnye (acuan Hjh Saminah-our grandma's) hehe...


New Baby Born & New Mummy (^_^)


Kulit seperti ikut rupa ibunye. Cerah.


Kalau senyum macam ibunya yg sentiasa tenang tu. =)


Kalau cemik atau muka serious tu, saling tak tumpah macam ayahnye. Hoho!

Puteri sulung abang aku ni dilahirkan lebih kurang jam 1 tengahari pada 21 September 2011.
Sehari selepas birthday Busunye, 20 Sept dan
9 hari selepas birthday cousin dia, Ain Nur Ayiesha.
So, lepas ni Aimy bolehla celebrate besday sama dgn Busu Azreen & Kakak Ain okey! (^_^)
Terharu tengok Aimy disusukan buat kali pertama.
Dia budak yang pandai & cepat belajar
bila Auntie Ashu tengok Aimy pandai sedut susu dari picagari tu
secara sendiri & tanpa perlu diajar
Sampai nurse tu pulak terpaksa tarik picagari tu takut kamu tersedak.
Hehe! You're amazing dear.... (^_^)


Sekali tengok macam tak percaya je abang aku tu dah ada anak. hehe!
Satu-satunya abang yang :-

=> masa aku kecik, suka bangat SAKAT aku & adik.

=> telah mencampakkan PUTING KOPEK kesayangan aku jauh ke luar rumah sampai aku meraung.

=> jadi SPY & BODYGUARD masa aku skola menengah dan selalu pesan pada aku,
"kalau abang nampak kau outing sampai Seremban, abang heret kau balik." (^_*)

=> mula amik alih TANGGUNGJAWAB ayah tanggung sekolah kami since umur dia 18 tahun

=> jadi penasihat TEGAR kami

=> jadi BANKER di kala kami 'poket sempit'.

=> bila kami susah & taknak resahkan hati mama ayah, maka dialah yang kami CARI.

=> PEMERHATI dari jauh yg free of charge! huhu!

=> USTAZ keluarga kami

=> menjadi ROLE MODEL kami adik beradik.

Kepada abang & kak umi, CONGRATES for this new born baby. Auntie Ashu doakan Aimy akan jadi anak yang solehah, mendengar kata, anak yang comel, pandai & keletah serta cantik macam Auntie Ashu okehh! (haha! Perasan lah kau jahhh...!)
Kehadiran kamu akan menambahkan seri & 'kekecohan' di rumah tok ayah & mama wan
Tak lupa juga kehadiran kamu akan menambahkan lagi peminat kandang lembu tok ayah kamu.
6 orang cousin kamu sentiasa setia mengunjungi kandang setiap kali balik kpg
demi mendapat peluang tengok tok ayah bagi lembu-lembunya makan. Hehe!

p/s: 'Shikiwang' adalah nama timangan auntie ashu utk Aimy. (^_^) Mak bapak dia sile jangan marah. Huhu!

Sunday, September 18, 2011

I'm DESPERATELY NEED this!

Ada 3 item yang aku DESPERATELY need right now.
(Terlampau sangat ayat tu kan...hehe!)
Paling cepat, mesti dapat sebelum akhir tahun ni.
Paling lewat...sebelum Jun tahun depan. Huhu!
Tapi memang sedang EAGER nak memiliki barang-barang ni ketika ini.
By hook or by crook mesti ada. Mesti! Mesti!

1stly- SOFA BED


 Sangat perlukan sofa ni sebab sentiasa terbayang-bayang, bila balik kerja je...
 aku dapat baring atas sofa ni sambil meluruskan kaki.
Menghilangkan stress.
Dan melonggarkan urat-urat yang tegang.
Aduii tenangnye hidup.....
Kenapa tak beli kerusi urut je terus?
Sebab tak mampu kowtt!
Koman2 kena ader RM 2000++ untuk dapatkan sebijik kerusi urut.
Buat masa ni memang tak mampula. Ape yang aku mampu cuma...
kumpul duit singgit banyak2...
lepak dekat kerusi urut berbayar kat shopping complex tu. Huhu!



2ndly- GPS


Atau lebih skema nyer orang panggil Global Positioning System. Haa...kheelllass kau maria. =p
Bukan ape, aku tengok semua orang senang je nak ke mana-mana bila pakai GPS ni.
Tak risau sesat. Bagilah ape alamat,ape tempat sekalipon.
GPS akan bawa kamu ke destinasi yang kamu kehendaki dengan mudah. Cewahh!
Selagi takde GPS ni, selagi tu lah aku dok habiskan minyak...
ikut jalan jauh ( sebab tak tau jln dekat/alternatif)
round seluruh tempat, masuk segala ceruk
sebab nak cari sesuatu tempat yang tak pernah pegi.
Kalau ada GPS kan senang (^_^)



3rdly-I PAD 2




Bukan tamak.
Memangla aku baru jer beli mini laptop Samsung.
Tak sampai 6 bulan pon lagi.
Tapi...kalau nak ke mana-mana...susahla nak online FB & blog.
Kalau pakai laptop, nak buka leceh, nak tutup leceh, nak guna dalam kereta pon leceh.
Dalam meeting room pon lagila leceh nak online. Hoho! (melampau sangatkan?)
Kalau ader I PAD2 kan senang? 
Dalam LRT pon boleh keep in touch with FB friends & tulis blog.
Hihihi...(alasan)

Saturday, September 17, 2011

cont...Remeh Bagi Lelaki & Sensitif Bagi Perempuan

Next issue on entry yang bertajuk "Remeh Bagi Lelaki & Sensitif Bagi Perempuan"

Nak tau ape lagi yang sering di REMEH kan oleh lelaki & menjadi SENSITIF bagi seorang perempuan?

GF: Kenapa kawan-kawan perempuan kat office awak panggil awak SYG tadi?


BF: Biase lah tu. diorang memang suka bergurau. Takde ape-apelah. Jangan risau.


GF: Tapi takkan depan saya pon diorang still nak panggil awak SYG?


BF: Alah, awak ni....bende macam tu pon awak nak ambil pusing. Lagipon diorang tu dah macam adik beradik saye jer. Kat mulut je cakap sayang. Bukan sampai kat hati pon...cuba jangan fikir bukan-bukan. Sebab tu lah awak selalu tak percaya kat saya.

Orang cakap, dari mata turun ke hati. Sebelum turun ke hati, mesti dia lalu ikut mulut dulu kan? Haa....orang tua-tua pon selalu cakap, kata-kata itu satu doa.  Hari ni sayang-sayang di mulut. Esok lusa, sayang-sayang di hati pule. Tulat & seterusnya akan jadi melayang-layang....

Perempuan ni hatinya halus. Sehalus pasir pantai. Mungkin lebih halus dari tu kot. So, bende-bende macam ni sudah pasti diambil pusing oleh golongan perempuan/wanita. Seperti mana dia marahkan lelaki lain yang takde ape-ape hubungan dengannya, yang sesuka hati jer panggil dia sayang/baby/darling/cinta atau sebagainya. Seperti itu jugalah dia tak suka orang lain menggunakan perkataan special itu kepada orang yang disayanginya.

Mungkin ada lelaki yang cakap entry aku ni merepek. Tapi korang akan tengok sejauh mana ke'merepek'an aku ni akan menjadi kenyataan, bila korang still dengan tegasnya nak habit 'sayang-menyayang', darling baby, pakwe makwe, daddy mummy di office tu berjalan seperti biasa & di ketika itu kekasih korang mula berubah hati terhadap korang. Sedangkan masa tu korang still sayang bangat sama dia. Lagi korang akan sakit hati bila dia juga mula ber'kasih sayang' dengan orang lain. Hahaha....masa tu janganlah salahkan sesiapa. Jangan salahkan aku kerana taip entry ni, jangan ketuk kepala orang lain, ketuklah kepala sendiri.

Bagi aku, yang jugak perempuan biasa ni....perkataan2 istimewa macam tu hanya boleh dipanggil pada orang yang benar-benar layak sahaja. Di office, di luar atau di mana-mana saja, walau sebaik manapon aku dengan kawan-kawan...bahasa & perkataan kena jaga. Bukanlah nak kata tak boleh sebut langsung perkataan macam tu dengan kawan-kawan. Boleh...Meh aku bagi contoh macamana perkataan2 istimewa tu boleh digunapakai dalam pertuturan korang dengan kawan-kawan.

# Contoh 1
" Kau ni, itu pon nak suruh aku ke intan payung oi...."

# Contoh 2
" Besok kalau kau datang awal, tolong aku punch card eh, sayang? Boleh kan?kan?kan? "


# Contoh 3
" Weh, Darling...mau ikut kami keluar minom ka? Kalau tak mau sila jaga pejabat. Haha! "


Haaa....ayat-ayat kat atas tu betul nampak macam bergurau. Memang jelas korang takde niat serong. Kalau aku jadik awek korang pon, aku takkan jeles. Sebab dalam ayat tu, masih ada unur-unsur kasar, ada unsur-unsur yang menunjukkan bahawa korang ni hanya bergurau ajer dengan wanita-wanita di pejabat korang. Tapi kalau ayat macam ni yang sering korang gunakan di office....

# Contoh 1
" Sayaaaangg....boleh tolong i siapkan report ni tak?"

# Contoh 2
" Darling...nak kuar makan tak? Lapar nanti. Stoplah kejap kerja tu."


# Contoh 3
" Mummy, esok daddy tak masuk office.  Nak kena pergi site lah. Mummy tolong informkan kat boss yek untuk daddy?"

Kalau ayat macam ni lah yang selalu digunapakai di office, jawabnye, elok-elok officemate ladies korang 'tak rasa apa-apa'....lambat laun dorang akan rasa 'ada apa-apa' jugak. Tak percaya tengoklah. Kalau korang takde niat ape-ape pon tapi perempuan beb....awal-awal tadi aku dah cakap, hati mereka ni halus. Mereka ni dilahirkan sebagai manusia yang cepat concern, cepat sensitif & cepat sayangkan orang. Dan akhirnya akan menyebabkan perkataan FLIRTING itu muncul dalam kamus hidup korang. So? Boleh fikir secara waras tak demi perhubungan korang?

Sayangilah orang yang menyayangi kita. Janganlah kita sebok nak sayang orang lain sedangkan sayang kita pada awek sendiri pon, tak habis dicurahkan sepenuhnya lagi.

1 perkara aku nak korang tau bahawa wanita/perempuan dikurniakan 1 keistimewaan iaitu apabila dia terlalu menyayangi seseorang lelaki, dia akan mempunyai deria keenam! Kalau korang sedang melakukan sesuatu perkara yang tak patut bagi hubungan korang, lambat laun dorang musti akan dapat merasakannya. Tak percaya? Testlah =)

Nak FLIRTING jugak? Up to you dude...but make sure u're SMART ENOUGH =p Kalau takat pandai suam-suam kuku....lupakanlah niat tu. Hehehe.....

Kamu Mintak, Tuhan Bagi...

Kita lupa...
Bila kita berhajatkan sesuatu
Kita mintak pada Tuhan
Sebolehnya kita berjanji
Agar Tuhan kurniakan permintaan

Tapi bila Tuhan dah kurniakan permintaan
Kita buang dengan sia-sia
Hanya kerana kita telah nampak yang lebih baik
Dan kita rasa, apa yang kita mintak dulu
Apa yang Tuhan dah kabulkan itu
Tidak diperlukan lagi.

Suatu hari, Tuhan tarik semula kurniaan itu
Masa tu baru kamu sedar
Kamu telah sia-siakan apa yang telah Dia berikan
Masa tu jangan menyesal
Sebab apa yang jadi milik kamu itu
Akan menjadi milik orang lain.

Friday, September 16, 2011

Remeh Bagi Lelaki, Sensitif Bagi Perempuan...(^_*)

Jarang LELAKI nampak jelas dengan perkara ni. Kalau mereka nampak pon, mereka buat-buat tak nampak. Sebab, mungkin mereka fikirkan ia sbg 1 perkara yang remeh:

Imej & Personaliti

GF: Awak, tudung/cekak yang saya pakai hari ni cantik tak?

BF: Saya rasa macam serabutla. Cuba awak pakai mcm style budak perempuan hujung sana tu. (sambil tuding jari)

GF: Ermm...betul ke tak cantik, wak?

BF: Betul wak...saya tak tipu. Serabut style mcmni. Tak sesuai dengan awak.

Mungkin korang kata, biarlah bersikap jujur dalam berkata-kata. Yes. Kejujuran memang penting dalam sesebuah hubungan. Tapi, dalam hal mcm ni, lelaki kena faham. Wanita sangat sensitif dengan perkara yang melibatkan imej & personaliti. Mereka bukan berhati keras seperti kamu. Walau macamana kasar pon seseorang wanita tu, dia tetap akan sensitif dengan perkara ni. Sebab ia memang menjadi 1 lumrah. Menjadi wanita tercantik di hadapan mata orang yang disayanginya adalah perkara yang terpenting yang perlu berlaku dalam kisah percintaan seorang perempuan.

Maka sebaiknya, berilah dia kata-kata yang memberangsangkan. Yang membuatkan dia tidak merasa sedih & merendah diri. Tak salah pon kalau kamu ckp, "Sayang, awak pakai apa pun cantik. Jangan risau." walaupun ketika tu, ada sorang awek, lagi cun penampilannya yang lalu sebelah kamu.

Kamu tahu 1 perkara tak, kalau dia bertanya mcm tu, maknanya...dia pakai sesuatu pakaian/ aksesori tu supaya ia menarik perhatian kamu & seterusnya mengharapkan kamu mengatakan dia cantik apabila memakainya. So, dapat tak bayangkan betapa remuknya hati dia, bila kamu memberi jawapan yang sebaliknya?

Biar aku ingatkan bahawa, tak semestinya awek cun, yang lalu sebelah kamu tadi, hatinya sebaik hati kekasih kamu. Setiap manusia yang tuhan jadikan, ada kekurangan & kelebihan. Mungkin kekasih kamu tidak cantik, tapi hatinya lebih cantik,baik & terpuji dari awek yang cun, yang lalu sebelah kamu tadi. Walhal, dulu kamu mula2 jatuh cinta padanya pun sebab dia seorang yang baik hati kan? Pandai ambil hati kamu. Pandai hormati kamu & keluarga kamu. Sopan budi bahasanya.

Dulu masa kamu solo pun, kamu pernah terniat dalam hati, kalau aku ada awek nanti BIAR TAK CANTIK RUPA JANJI ADA BUDI BAHASA, TAHU JAGA TINGKAH & LAKU. Takde niat macam tu? Heh, jangan tipulah. Semua manusia pasang niat yang baik2 dengan harapan supaya Tuhan kabulkan permintaannya.

Tapi, kalau kamu lebih mengejar kecantikan rupa lebih dari kebaikan hati, so tinggalkanlah kekasih kamu tu dan pergilah kejar awek cun tadi. Kalau dia betul2 lebih baik dari kekasih kamu tu, maka untunglah badan Tapi kalau orang yang kamu kejar tu sebenarnya 'Luar Kondo, Dalam Setinggan'...PADANLAH MUKA!

kita find out lagi isi untuk tajuk ni pada next entry. Tunggu.

Saturday, September 10, 2011

Masalah Add & Remove Dalam Facebook...

Semalam ada sorang member tanya aku.

"Dalam ramai-ramai kawan FB kau, ada tak yang tetiba jer remove kau dari FB dia? Dan kau tau ape sebabnya tak?"

"Ada. Tak tau sebab ape. Tapi...tak kisah lah." Jawab aku sambil rancak menggigit epal. Fokus aku lebih kepada kesedapan epal hijau tu.

"Ish, kau tak kisah ke? Bengang doh orang tetiba je dok remove kita tanpa btau ape salah kita." Berkerut seribu dahi member aku tu.

"Alah,ape adehal. Nak serabut pikir buat ape? Dia punya sukalah kan..." Jawab aku acuh tak acuh.

"Ish, kau ni teruklah...tak concern langsung pasal ni." Kata member aku tu dengan nada tak puas hati.

Haik? Aku tak concern?! Pulak dah.....


So, kat sini nak explain bagi faham kepada siapa yang suka add & remove saya dari FB dia. Saya sangatlah TIDAK MENGHIRAUKAN perbuatan kamu itu sebab:

1. Button add & remove tu ada pada FB masing2 dan sukahati masing2 la nak tekan ke tak....saya ape ade hal...

2. Kamu tidak mendatangkan apa-apa faedah pon dalam kehidupan saya. Kawan? Owh, kalau awak tak mau kawan dengan saya, ader 10 orang lagi manusia yang mau kawan dengan saya. Saya tak rugi apa-apa. (^_^)

3. Kamu yang add saya, bukan saya yang add kamu. Betul tak?

4. Kalau sekalipun saya yang add kamu, semua tu atas dasar mengenali, kerja atau courtesy. Bukan terhegeh2 sangat pon nak kamu jadi kawan saya. Saya add jer. Kalau accept, so, u'll be in my friend list. Kalau tak accept, saya TAKKAN hantar msg di inbox merayu mintak kamu tolonglah add saya. Haha! That's not me.What a shame....maka jgnlah mengharap itu semua.

5. Kalau kamu itu mendatangkan manfaat bagi saya, mungkin saya akan menyesal kamu remove atau tak accept friend request saya. Lebih menyesal kalau kehadiran kamu dalam FB saya akan menyumbang RM 50 ke dalam akaun saya setiap kali kamu post status & comment di FB. Hehe...so kalau kamu rasa kamu tak menyumbang apa2 benefit, maka saya tak kisah LANGSUNG sama ada kamu nak wujud dalam dalam friend list saya atau tidak.

6. Kalau kamu bukan orang yang saya sayang, keluarga saya, BF saya atau sesapa jelah yang memberi makna dalam hidup saya.


Harap kamu faham dengan penjelasan saya itu. Dan sekali lagi SAYA TEGASKAN...kalau kamu REMOVE saya dengan harapan:

1. kamu mau saya tercari-cari kamu dalam FB.

2. saya akan send msg dalam inbox atau phone kamu bertanya,"Kenapa awak remove saya? Apa salah saya?"

3. saya akan merasa kehilangan kamu.

maka HENTIKAN lah anggapan itu sebab kamu telah melakukan 1 perkara sia-sia dalam hidup kamu. Sebab saya tak kesah pon kamu ada ke takde dalam FB saya. Hahaha! What a waste.....

Siapa Yang Saya Akan Accept?

1. Mutual friend antara saya dan kamu melebihi 5 orang.

2. Kamu guna gambar diri sendiri. Bukan gambar orang lain, artis dalam & luar negara, pemain bola sepak, gambar kereta, gambar kucing, gambar pistol, kasut, bunga, bibir sahaja, mata sahaja, gambar2 lucah dan sebagainya. Pendekata, janji gambar itu membuatkan saya kenal kamu atau terbuka hati untuk saya accept, maka barulah saya tekan butang YES.

3. Orang yang saya rasa tidak akan HARM saya. Memberi saya masalah dan sebagainya.

4. Orang yang tidak menggedik, atau sebok sangat nak chatting tanya buat apa, keje ape, dah makan ke atau yang suka tanya "boleh berkenalan?"

So, harap semuanya jelas. Lepas ni jangan tanya saya adakah saya kisah orang remove saya atau tak atau kenapa saya remove/ tak accept friend request kamu. Sebab semuanya saya dah explain. So,pada sapa yang ada dalam FB saya, i'm glad u're my friends. Bagi siapa yang dah remove saya, Goodbye. Hope not to see you next time coz i dont need u at all. haha! Bagi yang saya tak accept friend request, sorry. Masing-masing ada hak & sebab untuk tidak membenarkan kamu berada dalam FB masing-masing kan? (^_^) Walau macamana pon, kamu boleh antar comment dalam blog saya if u want to. Dont worry. =)

Sekian.

P/s: terpaksa guna ayat SAYA sebab nampak lagi sopan. hoho!

Friday, September 9, 2011

Jangan Salahkan Sesiapa...

Jangan menyalahkan sesiapa.

Mungkin kekecewaan kita hari ini, adalah kerana dosa kita yang lepas. Terimalah dengan redha & jadikan ia sebagai pelajaran baru, biar pun pelajaran itu adalah untuk kali yang ke 100. Tuhan akan sentiasa menguji tahap kesabaran & kekuatan kita. Kalau kita jatuh tersungkur awal tanpa bangun semula, sedangkan takdir mengatakan bahawa kita akan hidup lama, maka sia-sialah usia yang telah diberi tuhan.

Mohon agar Tuhan kurniakan sekuat2 keimanan, seteguh2 kekuatan & seluas-luas kesabaran. Supaya diri dapat menempuh segala dugaan yang mendatang. Mohon supaya tuhan menghalang syaitan dari terus merasuki diri. Mempengaruhi insan yang lemah untuk berbuat sesuatu di luar dugaan. Sekalipun dugaan itu sangat pahit, tapi yakinlah Dia telah menyelamatkan kamu dan sedarilah bahawa ada orang merasa dugaan yang lebih perit dari apa yang kamu rasa.

Tuesday, September 6, 2011

Anak Kerbau Menyerupai Manusia!! (0_0)

Wooot! Woooot!!

Entri menarik & pelik!

Scroll jangan tak scroll!












Subhanallah....Hanya Allah yang tahu kenapa, mengapa & bagaimana....

Pokok Durian 'Pakcik Kayo' (^_*)

Cukup aku ada 10 batang pokok durian macam ni, aku PASTI akan berhenti kerja gomen, dan sanggup jual 'deghoyan' tepi jalan. Harga? Jangan risau, aku bley bagi semurah yang mungkin sebab tak perlu risau, tak perlu takot rugi, tak perlu tamak. Sebab aku ada 10 batang pokok durian yang istimewa nih. LOL.



Dalam 1 dahan je, 'berebut-rebut' durian tumbuh

 

Sampai ke akar & tanah dia tumbuh. Tak bley blah betol.



Menakjubkan betol.


Pakcik ni confirm ader Mercedes Benz 3,4 bijik.



Kena kepung sebelum kena tarah dek menatang atau di curik dek manusia.



Best! Best! Sayer dah le antu Deghoyan! \(^_^)/

Monday, September 5, 2011

Ayah....In The Media-Part II (^_^)

Ayah kalau membaca memang akan pakai cermin mata. Tapi dalam kekaburan itu, matanya macam ada deria menghidu dan mudah mengesan kalau-kalau ada perkara yang tak baik berlaku di sekitar tempat yang dia lalui.

Kerana sikap yang terlalu concern dengan persekitaran, he found this 'Horror Scene'


Air sungai yang HITAM! Tercemar!

Lalu, mengikut rantaian kependudukan ( btol ke ayat aku ni?huhu) perkara tersebut dimaklum kepada Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung. Ketua Kampung pon apelagi, report pada Jabatan Alam Sekitar Seremban (JAS)





Ini bukan lebih kepada ayah masuk surat khabar. Itu semua tidak penting. Yang penting sekarang, masih ada lagi yang berani mencemarkan sungai, tahu! Ini baru ayah jumpa 1 kes pencemaran, kat tempat lain mungkin ada orang lain juga jumpa perkara yang sama.

Kalau 1 negeri jumpa 1 kes, Malaysia ada 14 buah negeri, maka sudah jadi 14 kes!
Kalau 1 negeri ada 10 kampung & setiap kampung jumpa 1 kes...
                   
[ 10 kampung x 14 buah negeri = 140 KES PENCEMARAN!  ]

Teruknya! \(*_*)/

Ayah...In The Media-Part I (^_^)

 Sajak Bibliografi : 'Ayah Saya'.

Ayah saya bukan penyanyi.
Yang menyanyikan lagu hit meletop-letop.

Bukan juga seorang businessman.
Yang buat projek berbilion-bilion.

Bukan seorang millionaire.
Yang ada 50 buah buku bank.

Bukan seorang cikgu disiplin.
Yang pegang rotan kejar budak bermasalah keliling sekolah.

Bukan juga seorang doktor.
Yang sibuk belah perut pesakit.

Ayah saya cuma seorang manusia biasa.
Yang suka berbakti kepada tanah.
Yang membanting tulang menyuburkan tanaman yang ditanamnya.
Seperti tanah itu adalah nadinya.
Suburnya tanah itu,maka hiduplah dia.
Kontang tanah itu, maka matilah dia.


Ayah juga seorang penternak 
Yang menjinakkan, memberi makan & memelihara lembu & kambing
Sepertimana yang pernah Rasulullah lakukan suatu ketika dulu
Menggembala binatang yang juga makhluk tuhan.



Dulu, ayah pernah jatuh tersungkur.
Hilang mata pencariannya.
Dia pernah ditipu.
Pernah dicerca.
Pernah diumpat keji.
Pernah diacukan sebilah pisau kepadanya.



Namun, ayah tidak pernah gentar.
Katanya, bumi ini milik Tuhan.
Rezeki itu juga dari Tuhan.
Ayah tidak takutkan mereka.
Ayah takutkan Tuhan.
Ayah tidak menjatuhkan mereka.
Ayah cuma memuliakan nikmat & rezeki yang diberi Tuhan.
Terpulang pada mereka untuk nilai ayah macamana.


















Kata ayah lagi,
Semua ini bukan untuk dirinya
Ia untuk warisan yang akan diperturunkan pada anak cucu & cicitnya
Ia untuk membuka peluang anak muda mencari kerja
Ia untuk membuka jalan kepada orang kampung
Agar mereka menggunakan tanah yang mereka miliki dengan sebaiknya

Pernah dengar satu pepatah lama berkata;

"Berbudilah kalian kepada tanah, kelak kalian juga akan kembali semula ke tanah"



Cinta Tak Harus Memiliki



cinta indah
cinta juga bisa berubah menjadi sakit
begitu yang kurasakan kini
perih hatiku tinggalkan cinta

tak pernah terbayangkan
dan tak pernah terpikirkan
cintamu dan cintaku akan berpisah
namun harus kurelakan itu
untuk hidupmu agar lebih baik

maafkan aku
setulus hatimu
kepergian diriku itu bukan keinginanku
terima saja dengan pilihan yang lain dari orang tuamu

jangan bersedih dengan keadaan ini
jika kamu menangis
aku juga ikut menangis
terima saja semua ini kulakukan untukmu

jangan bersedih dengan keadaan ini
jika kamu menangis
aku juga ikut menangis
terima saja semua ini kulakukan demi kebaikan mu

jangan bersedih dengan keadaan ini
jika kamu menangis
aku juga ikut menangis
terima saja semua ini kulakukan
terima saja semua ini kulakukan untukmu

Puisi Sepi

 
Puisi Sepi
 
Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemani aku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku

Friday, September 2, 2011

Selamat Beraya Di Rumah-Rumah Mertua! (^_^)

Cerita pasal raya?

Owh, belum lagi. Sebab gambar-gambar raya masih belum complete & tak di collect sepenuhnya lagi dari lensa-lensa camera yang canggih itu. (kecuali camera saya yang hanya PANASONIC LUMIX 10 megapixel bukan NIKON DSLR yang heboh diperkatakan & digunapakai oleh orang zaman sekarang) LOL.

Sedang duduk menikmati saki baki terakhir cuti raya ni, teringatkan kawan-kawan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas atau 2 tahun lepas. Majoriti tahun ni mereka beraya di rumah mentua masing-masing. Hoho! Apekah agaknya kalian rasa di pagi Syawal? Mesti sedeykan teringat mak ayah, adik beradik, saudara mara di kampung asal? Mungkin suasana tidak sama dengan apa yag kita alami sebelum kawen dulu. Haduii...takot nak gelakkan orang sebab diri ini sedar bahawa jika jodoh itu panjang, 1 hari nanti aku bakal merasa moment yang sama dengan kalian. Huhu!

Rakan-rakan yang saya sayangi....kalian kini telah dimiliki. Telah memiliki 2x ibu bapa, 2x adik beradik & 2x saudara mara. Tahun ni plak sambut raya sekali dengan merdeka. So, segala-galanya menjadi DOUBLE! Harapnya raya kalian tahun ini menjadi lebih meriah dari biasa. (^_^)



ini sahabat saya dunia akhirat...best buddy ever.Puan Umi Kalsom. Married to Encik Heiry.
Buddy, u leave me alone!! Huwaaa....



ini juga sahabat saye...Puan Hazwani. Married to Encik Izham.
Babe, sape sangka 'orang Kedah' ni berjaya juge menambat hati kamoo!



juge yang ini...Puan Nadia. Married to Encik Mirzan.
Nad, bile dah jadi bakal ibu ni dah kena kurangkan waktu hang out ngan kami org bujang ni. hehe!




ini dormmate saya...Puan Masfizah. Married to Encik Zamir.
Mas, dah jadi mummy dah sikalang.




buddy bilik selama 4 tahun. Sama2 bercinta & sama2 kuciwa. haha! Puan Rose Ellina. Married to Encik Syamsul. 
Zel, akhirnya ko kawen dulu dari aku. =p




ini kawan se 'company'(^_^) Puan Farah Shafinaz. Married to Encik Man.
Farah, your wedding dress is sooo gorgeous! I loiikee!





juga my ex-dormmates....Puan Asyikin. Married to Encik Uzair.
Dieki, dulu zmn skola u mmg nampak otai. Tapi bila da kawen...ayu sungguh! 


Actually ramai lagi yang kawan-kawan yang dah bertemu jodoh. Tapi tak simpan plak gambar-gambar wedding kamu. Jangan kecik ati ye. But whatever pon, happy to see kamoo semua bahagia bersama keluarga baru & ikatan kekeluargaan yang semakin besar. Kadang-kadang macam tak percaya korang semua dah kawen tau. Tapi apakan daya, time flies. Everyone is growing up. Selepas zaman kanak-kanak, akan datang pula zaman remaja & kemudian dewasa. Begitulah seterusnya.

Wish u all happily ever after! (jangan lupa agar doakan jodoh aku sampai pulaks ye lepas ni! hehe!) Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!

p/s: aku ni asek buat entry pasal orang kawen jer....entry aku kawen entah bilenye akan kuar kan....huhu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...