Friday, August 26, 2011

Nampak Mengarut Tapi Itulah Yg Sering Dilakukan Ketika MEMANDU

1. Tidur siap mengigau lagi.


2. Membebel cakap trafik light dan polis trafik tu lebih menyesakkan jalan.


3. Memasang hazard light sepanjang jalan.


4. Membunyikan hon seumpama sedang menjual roti keliling kampung.


5. Saja bagi high beam atau kerlip lampu pada kereta dr arah bertentangan. Bagi dorang rasa silau atau gelabah. 


6. Menunjukkan penumbuk dan jari tengah kepada pemandu lain.


7. Memandu melawan arus lalulintas.

8. Menyanyi-nyanyi seumpama sedang berada dalam bilik karaoke.


9. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki. 


10. Buat missed call pada kwn2 & bile dorg call balik dengan selamba ckp,"kau ni boleh call lain kali x?aku tengah driving ni!"


11. Main game 'Snake' dalam handphone atau 'Angry Bird' dalam Ipad.



12. Set 'Auto Cruise Driving' sepanjang jalan & duduk bersila sambil lutut control stereng & tangan digunakan untuk mengetip kuku.



13. Saja 'mencucuk-cucuk' belakang kereta depan. Bila dia bagi potong tapi kita still nak duduk belakang dia.
14. Ajak kereta lain berlumba sambil menderum-derumkan enjin.



15. Buat excercise muka masa berhenti di traffic light sambil memandang pemandu kereta sebelah.



16. 'Berborak' sakan dengan GPS. Marah menatang tu bila dia cube ajar untuk ikut jalan jauh.
17. Call mak cakap baru nak gerak dari tempat kerja, padahal lagi 5 minit da sampai depan umah.
18. 2 minit duduk lane paling kiri, 2 minit duduk lane tengah, 2 minit duk lane paling kanan & ulang sampai tiba ke destinasi.



19. Mencucuh palam pencucuh rokok pada lengan supaya rasa mengantuk hilang
20. Gelak secara tiba-tiba bila sedang serius memandu.



21. Marah-marah cakap pemandu wanita ni lembab & memandu secara berbahaya. Sedangkan yang cakap tu pon seorang WANITA.



22. Kalau nampak kereta yg dipandu pasangan kekasih yang sedang bercinta, saja potong sambil bagi flash camera. Konon macam nak kata,"GOTTCHAA!"




p/s: Selamat Memandu Balik Ke Kampung Masing-Masing. Jangan Buat Bende Pelik2 Time Driving Yer (^_^)

Wednesday, August 24, 2011

Cecita Yang Tak Kesampaian.....

Cecita yang tak kesampaian atau mungkin belum kesampaian....

Masa umur 5 tahun, suka sangat tengok citer superhero. So, pasang niat, dah besar nanti nak jadi SUPERGIRL!




Masuk umur 8 tahun, cecita aku nak jadi EXECUTIVE PETRONAS (walaupun masa tu aku sendiri tak tau keje jenis ape tu) Ini semua kerana ayah bekerja dengan Petronas masa tu. So ayah selalu bawak balik safety helmet yang ada lambang Petronas tu.




Bila umur mencecah 9 tahun, kakak hadiahkan sebuah walkman sebab masa tu aku tak boleh tidur kalau takde muzik yang disumbat di telinga. (sebelum ada walkman, aku sanggup putar music box supaya dia boleh berbunyi sampai aku tertidur. Terukkan?) So, cecita aku bertukar kepada nak jadi DJ RADIO. Sebab aku rasa keje DJ aje yang boleh dengar muzik hari-hari.




Pastu masuk umur 11 tahun, kakak aku masuk Tentera Udara. So, aku pon tukar cita-cita. Nak jadi PILOT! Pilot Fighter plak tuh. Hoho~ Sebab aku rasa cecita ni macam smart sangat. Jarang ada perempuan yang boleh jadi pilot. Lagi2 utk fighter air craft. Cita-cita ni aku pasang dalam tempoh yang agak panjang. Sehinggalah umur aku 15 tahun.


Di tingkatan 4 dan 5, aku mula amik subject Lukisan Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan. Sebab minat sangat subjek ni, aku teringin nak jadi ARKITEK.




Tapi lepas SPM, aku teringin nak jadi air-crew--> STEWARDESS (walaupun i sedar i tak la canteekk sangat! haha!). Itu pon sebab tengok requirement ketinggian & ukuran badan aku ni macam lepas je untuk jadi stewardess.


Tapi cita-cita ini mendapat tentangan keluarga, maka aku memilih untuk mencari kerja yang selari dengan minat aku bersukan iaitu Coach/ jurulatih netball/ Atlit. So, aku apply UiTM Shah Alam dalam Diploma Sains Sukan bagi merealisasikan hasrat & impian itu.


Namun, belum sempat pergi temuduga fizikal, ia sekali lagi mendapat tentangan keras dari mama. Katanya, kerja aku tu bukan boleh bawak sampai ke tua. Bila dah tua, dah tak kuat, sakit2...dah takde sapa nak panggil aku buat jurulatih, main netball atau bersukan. Katanya lagi, kerjaya tu macam takde masa depan. Mama suruh aku apply nurse & cikgu. Arrgghhh!! Tak minat langsung! Lagi-lagi nurse...(luka besar semut pon takut, macamana nak jadi nurse?!)

Akhirnya aku kembali bercita-cita untuk jadi pilot. Namun, kerana result Fizik & Add Math aku tak berapa nak tough, aku dinasihatkan oleh abang, kakak & bapa saudara untuk masuk 'Universiti Askor' je. Segala-galanya ditanggung dengan syarat, bersedia untuk berkorban demi negara. Ceewwahh! hehe...

Dan setelah 4-5 tahun berhempas pulas, jadi cadet & dalam masa yang sama jadi siswi, akhirnya aku pun grad sebagai Pegawai Tentera....


So, cita-cita itu boleh sentiasa berubah-ubah. Kita rancanglah sehabat mana pun. Tapi kalau Tuhan dah tentukan sesuatu itu, kita lalu ikut mana pun, kita akan tetap mengarah ke jalan yang telah di 'set' kan olehNya. Short words, be thankful. God have the reasons why you are what you are today (^_^)

Apa Yang Hebat Kalau Saya Sambut Raya (^_^)

Tak SAH raya kalau takde kuih raya kan?

Dulu masa kecik-kecik, masuk 15hb ke atas, mama dah sibuk di dapur buat bermacam-macam jenis biskut. Dari kerepek sampailah ke biskut fashion ni. Kadang-kadang sampai pukul 2 pagi! Nenek, selalu jugak buat baulu. Masa tu nenek kuat lagi.

Tapi sekarang, bila aku adik beradik dah besar...mama & nenek da makin kurang buat semua tu. Sebab?

1. Nenek dah tak kuat macam dulu. Mane nak jaga & tunggu api bakar baulu tu. Mane nak terpukulnye adunan kuih baulu tu. Dia lebih banyak habiskan masa dengan beribadat di bulan puasa macam ni.

2. Mama kata, dia takde semangat nak buat sorang diri. Dulu, masa kami sekolah rendah & menengah, ada la jugak orang boleh tolong & teman dia. (walaupun kami, especially nya aku & adik lebih sibuk untuk membuat kacau & bermain dengan doh tepung tu aje)

3. Kata mama lagi, sekarang dah bermacam-macam jenis kuih orang jual. janji ada duit, tunjuk jela kuih ape yang kamu mau. Kalau di hari raya orang tanye, "rajinnye buat kuih banyak-banyak ni...." jawab saje,"takdelah. ni semua kuih tunjuk...."

4. Mama cakap, orang-orang yang datang beraya bukan nak makan kuih sangat. Yang penting, lemang, ketupat & rendang.

So, dalam 4-5 tahun ni...ayah aku rajin untuk membuat lemang. Ayah lagi bersemangat nak buat kalau abang ada untuk tolong dia jaga api lemang. Tapi dia lah yang akan mencari buluh lemang tu. Biasanya ayah beli/upah je orang untuk cari atau tebang buluh tu. Kami takkan kasi ayah pergi tebang sendiri. Mama pulak mesti WAJIB masak rendang maman. Favourite rendang untuk semua ahli keluarga Tok Rahim!






hehe...ketupat? Owh, itu memang WAJIB ada di setiap hari raya. Nenek, orang paling setia menganyam & mengisi beras ke dalamnya. Aku? Tak pernah pass nak buat ketupat bawang. Kalau anyam-anyam at last jadi ketupat sate jugak. Aku tak tau macamana nak anyam sampai dia jadi kembung. Ketupat aku mesti jadi leper punya. Macam badan aku yang kurus ni jugak. Haha! Kata nenek, rugi daun kalau buat ketupat sate sebab tak banyak isi yang boleh masuk ke dalamnya. So nenek selalu bagi tugas untuk aku masukkan beras ke dalam kelongsong ketupat tu. Itu pon masih belum pass lagi sebab, nenek terpaksa memeriksa semua ketupat sebelum memasaknya. Takut beras terlebih & terkurang.





Raya taun ni, aku berjaya beli 3 jenis biskut fashion.

Pertama- Biskut Almond London (Kuih wajib ada)


Kedua-Biskut gajus


Ketiga- Biskut Nescafe (Favourite Abang)


Semua ni aku beli di Kampung Baru, KL. Boleh tahan murah jugak. RM 14-15 sebalang. Boleh la kan dari takde. Baru semangat nak balik raya. Huhu!

Juadah lain macam kek, Along dah order 3 biji kek Chocolate Moist & 3 biji Cheese Cake. Biskut raya tambahan yang bakal aku buat balik cuti ni adalah samprit (Kuih yang tersangat WAJIB ada) dan biskut Mazola/Kacang (Kuih favourite adik). Rasa macam tak lengkap raya kalau tak buat sendiri biskut raya. So, aku & mama decide untuk buat 2 jenis biskut ni.



Tuhan je tau betapa tak sabarnya aku nak balik raya. (^_^)

Saturday, August 20, 2011

Putus Cinta....Aduuuhhh!! Peritnya!


Nak bercakap pasal PUTUS CINTA. Anda mesti nak tanya, "Ashu, adakah ini based on true story OR based on ur OWN experience?"

HAHAHA! Mungkinlah kot...tapi, salah ke untuk aku share? Sebab tengok lately ramai yang putus cinta. Muka sedih. Hati tak gumbira. Kesian tengok... (>_<)

Setiap manusia Tuhan telah tentukan karma hidupnya. Ada yang bercinta sekali saje, dah berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Ada yang berpuluh kali atau mungkin beratus kali mencuba, tapi belum seorang pon lagi yang lekat sebagai pasangan sehidup semati. Ada yang telah berjumpa dengan pasangan sehidup semati tapi setelah naik pelamin, dia nampak orang lain yang dirasakan lebih tepat untuk sehidup semati dengannya.

Semua itu orang panggil Qada' & Qadar Tuhan. Tiada siapa yang bertuah dan tiada siapa yang malang. Kita nampak, pasangan itu sweet sgt. Bercinta, bertunang kemudian berkahwin. Nampak perfect & bertuah....TAPI kita tak tahu di masa depan, mungkin tuhan ingin menguji mereka dengan kegoyahan rumah tangga atas apa sahaja punca yang kita sendiri tidak boleh meramal dengan tepat.

Kita nampak seorang manusia ni macam malang sangat. Bercinta berpuluh kali, namun tidak ada satu pun yang lekat. Hidupnya sentiasa dirundung malang kalau sebut sahaja tentang cinta. TAPI, kita tak tahu di masa depan, entah tuhan nak temukan dia dengan pasangan yang PALING IDEAL untuknya dan selepas itu dia bahagia selama-lamanya. Sape tau?

So, putus cinta itu tidak bermakna kamu akan terus dirundung malang & kesedihan. Aku mengaku, memang perit. Diri ni sendiri pun hampir jatuh terjelepuk menyembah bumi bila mengalami simptom putus cinta. Memang rasa dunia ni gelap. Rasa macam haduhhhh...how can i live without him? Siapa lagi yang aku nak call & SMS setiap malam? Dengan siapa lagi aku nak keluar untuk tengok wayang, makan-makan, bergelak ketawa kalau dia dah takde?

Masa tu, orang cakap lah ape pun, semuanya bagai angin...yang masuk telinga kiri & keluar telinga kanan. dalam kepala masa tu asyik fikir," KORANG TAK KENA, BOLEH LAH KORANG CAKAP."  Masa tu, bila tengok aje couple makan bersama, jalan bersama, ketawa bersama...aku dah rasakan macam perit sangat. Rasa macam nak jerit je kat pasangan tu, " KORANG PERGI BERCINTA JAUH-JAUH BOLEH TAK?!"


Nak makan, tak lalu. Selera hilang.
Nak tido, takleh lelap.
Nak gelak, tapi lebih banyak rasa nak nangis.
Nak belajar/bekerja, takde mood.
Nak tengok TV, rasa macam nampak semua siaran tergendala.
Nak berjalan, rasa payah sangat nak melangkah.



Dalam kepala hanya terfikir, alangkah bagusnya kalau keadaan seperti dahulu. Alangkah bahagianya kalau aku/dia tidak ego. Alangkah bahagianya kalau tidak munculnya orang ketiga di antara kami. Alangkah bahagianya kalau aku jaga hubungan ini dari awal. Alangkah bertuahnya kalau ibu dan bapa merestui hubungan ini. Alangkah indahnya, kalau perhubungan kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat.



TAPI!

Aku nak pesan pada adik-adik, kawan-kawan atau sesapa saje yang sedang dilanda putus cinta. Cuba kita tengok balik apakah PUNCA & SEBAB utama perhubungan itu tidak kekal? Jom kita tengok sama-sama. Adakah kita tergolong dari salah satu punca tersebut:


1. Masa kita bercinta, kita lupa nak bersyukur pada tuhan atas segala nikmat kasih sayang yang telah dianugerahkan.
2. Kita leka bercinta, dan kita lupa kepada segala suruhan-Nya.
3. Kita lupa ibu bapa & keluarga, kita kurang ajar dengan mereka kerana ingin menegakkan hubungan kita. Mendahulukan pasangan kita lebih dari segala-galanya.
4. Kita alpa dengan nikmat dunia, kita tinggalkan amalan untuk faedah di hari akhirat kelak.
5. Kita lupa kita mungkin pernah menjatuhkan/menghancurkan/menyakiti hati orang lain suatu masa dulu.
6. Kita riak dengan hubungan yang kita miliki.
7. Kita terlalu obses dengan hubungan itu & tidak mempercayai bahawa setiap ajal, maut, jodoh & pertemuan adalah di tangan Tuhan.
8. Kita yakin bahawa pasangan kita akan menyayangi kita selama-lamanya, namun kita tidak pernah sekalipun memohon doa pada Nya agar Tuhan memanjangkan jodoh & memberkati perjalanan perhubungan ini.
9. Kita terlalu ego dan tidak pernah mahu mengalah.
10. Kita dengki dengan hubungan orang lain & akibatnya hubungan kita sendiri yang goyah.



Sebenarnya banyak lagi punca & sebab yang menyebabkan perhubungan kita itu tidak kekal. Tapi korang mesti boleh fikir sendirikan, apa dosa kita di masa lampau yang menyebabkan tuhan turunkan balasan dengan cara begini.

Muhasabah lah diri. Kita ini bukan manusia yang sempurna. Jangan menuding jari & jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. Terima segalanya dengan redha kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Jom baca MUTIARA KATA ni. Sape tau ia boleh membangkitkan kembali semangat kamu setelah putus bercinta?

1. Bila kamu sedang menatap langit, lihatlah ketika malam yang tak berbintang, hanya sang bulan yang merasa kesunyian. Tapi dia tetap setia menyinari, dan tetap memberikan senyum untuk semua yang memerlukannya. So, senyumlah kerana senyuman kamu itu masih diperlukan oleh keluarga, teman-teman & pasangan sejati kamu kelak. (^_^)

2. Bintang itu beribu banyaknya, dan rintik hujan itu tak terhitung jumlahnya. Bila bintang berhenti bersinar, dan bila hujan berhenti menitik, jangan terlalu kau bersedih, kerana mereka akan kembali dengan yang lebih baik. Patah tumbuh, hilang berganti (^_^)

3. Sedarkah & terpikirkah oleh kamu? Mengapa tuhan juga mengizinkan dia untuk meninggalkan kamu?. Kini memang kamu hanya oleh bersedih dan menangis untuk menjawabnya, tapi kelak, suatu jawapan akan datang dan membuat kamu sangat bersyukur kerana ini telah terjadi.

4. Tuhan sengaja temukan kamu dengan orang yang salah supaya kamu dapat belajar 1001 pengajaran dari percintaan yang silap itu. Dan kemudian Dia akan menemukan kamu dengan orang yang tepat & kamu boleh mengaplikasikan apa yang kamu belajar dari percintaan silap kamu yang lepas (^_^)

5. Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

6. Cinta itu datang dan pergi. Kamu menangislah sepuasnya hari ini kerana cinta yang tidak berkekalan itu, kemudian berhenti. Dan bersedialah untuk menempuhi hari esok dengan lebih tenang, tanpa air mata & berazam untuk bertemu dengan orang yang lebih tepat & membawa kamu ke jalan yang lebih indah dan dirahmati. Insyaallah.

p/s: jangan syedih-syedih ok! (^_^)







Thursday, August 18, 2011

Kurus...Salah Ke?


Entri ni memang ada kena mengena ngan aku. Nak cakap pasal masalah ORANG KURUS.

Sebenarnya, kalau korang nak tau...orang kurus (macam aku ni) ada 1 masalah. Nak tau masalah ape?


JENIS-JENIS MASALAH ORANG KURUS

1. Terlalu ramai sangat orang yang 'concern' dengan tubuh badannya yang kurus tu
2. Terlalu bosan dengan kutukan & nasihat orang yang sibuk suruh naikkan berat badan
3. Terlalu tertekan sebab bila cuba nak ikut cakap diorang, tapi tetap tak gemuk2 jugak
4. Telinga dah tuli dengan teguran orang yang 'busybody' dengan kekurusan yang mereka miliki.

Sebenarnya, itu masalah utama orang yang KURUS macam kami. Kami bukanlah ada masalah kesihatan sangat sebab aku rasa orang yang GEMUK lagi berisiko untuk mendapat bermacam-macam penyakit kalau KEGEMUKAN mereka itu tidak dikawal. Tapi masalah kami orang-orang KURUS ni bila berhadapan dengan orang2 yang rasa berat badan dia ideal sangat, rasa macam potongan badan dia menggiurkan atau mungkin rasa dia terlalu sihat dengan bentuk badan yang dia miliki.



Apa yang mereka kata & apa yang aku boleh FIGHT dengan jawapan?

Kata mereka,
"Kau ni kurus sangat lah. Nanti pakai baju apa pon, tak cantik."
aku jawab
"Kau rasa dengan tubuh badan kau yang kononnya chubby & anggun tu, kau dah cukup cantik ke pakai apa-apa baju?"

Kata mereka
" Kau ni naikkanlah berat badan sket. Dah macam lidi penyapu dah aku tengok"
aku jawab
" Kalau aku lidi penyapu, kau mesti macam kayu balak 3 pemeluk kan?"

Kata mereka
" Kau kalau kurus sangat, tak cantik. Takde shape."
aku jawab
" Biar aku takde shape, janji bila aku pegi kedai...ada baju untuk size aku. Daripada kau yang kononnye ada shape, selalu bermasalah nak cari size sbb sana terlebih, sini terlebih."

Kata mereka
" Kau ni, kalau kena tiup angin...aku rasa memang akan melayang"
aku jawab
" Aku sanggup melayang daripada aku terseksa kena hempap dengan orang segemuk kau."

Kata mereka
"Aku rasa kau ni kena minum Weight Gain ni bagi berat badan badan kau naik sikit."
aku jawab
" Tapi aku rasa kau ni pon kena pergi buat rawatan laser ni, sebab lemak yang berkepul-kepul kat pinggang kau tu menaikkan berat badan kau."

Kata mereka
" Lelaki suka perempuan chubby macam aku. Lelaki tak cari permpuan yang kurus meleding mcm kau."
aku jawab
" Tapi aku pasti lelaki yang suka badan kau yang chubby tu akan lari selepas kawen. Sebab mesti berat badan kau bertambah dan dia asyik sesak nafas sebab kena hempap."

Kata mereka
" Orang yang badan berisi lebih senang melahirkan anak"
aku jawab
" Aku rasa aku lagi percaya Qada' & Qadar tuhan dari aku percaya kata-kata kau yang langsung takde fakta tu."

Kata mereka
"Kau ni susah hati ke? Makin lama makin kurus aku tengok."
aku jawab
"Aah. Aku susah hati sebab tengok engkau makin lama, makin macam belon yang di pam-pam"


Jadi, golongan-golongan KURUS jangan mudah tertindas dengan kata-kata mereka yang merasakan diri mereka cantik, chubby & anggun sebab hanya Allah yang dapat menentukan nasib hamba-hambaNya. Bukan mereka. Jodoh, pertemuan, perpisahan, nasib, ajal & maut semuanya kerja Tuhan.

Biar kurus, janji sehat, mudah bergerak, hati senang & tenang. Dari gemuk, memanjang sakit, berisiko penyakit, susah bergerak, sukar nak cari size & susah hati selalu.

Renung-renungkan & selamat beramal! (^_^)

p/s: kite selalu dengar budak-budak kalo nak menyakat bunyinya macam ni,"Yea yea! Budak GEMUK! budak GEMUK!"
tapi kite jarangla dengar budak2 mengejek dengan bunyi macam ni," Yea yea! Budak KURUS! budak KURUS!" macam pelik je bunyinye kan? so sape lagi malu rasanye? hehe....

Mau Kulit Yang Sihat? Macamane Ye?

Haa, mari-mari kamoo semua!

Kali ni entry aku mau share sket sesuatu yang special pasal produk Mary Kay. Produk yang dah cure wajah aku, wajah my sis & wajah berpuluh ribu atau mungkin berjuta rakyat di dunia ini.

Kat bawah ni adalah Botanical Skin Care Set. Ha....inilah set pertama yang kami pakai sehinggalah wajah kami mula nampak perubahan yang ketara. Apa yang penting untuk korang tau tentang produk ni adalah:

1. Walaupun produk ini berasal dari Amerika Syarikat, tapi ia telah disesuaikan dengan kulit wajah wanita Asia dan telah diformulasikan berdasarkan jenis kulit dan bukan cuaca.

2. Produk Mary Kay tidak menyebabkan sebarang pengelupasan kulit kerana ianya sangat lembut dan sesuai digunakan untuk mereka yang berkulit sensitif.

3. Produknya berasaskan ekstrak bunga dan tumbuh- tumbuhan serta telah diuji di makmal bagi memastikan yang bahan- bahannya selamat untuk digunakan dan dapat memberikan kesan yang baik dan efektif kepada kulit anda

Set ni dirumuskan khas untuk 3 jenis kulit orang Asia:

a) kulit anda kering? cube yang ni Botanical Set Formula 1



b) kulit anda normal? cube Botanical Set Formula 2



c) kulit anda berminyak? boleh cube Botanical Set Formula 3



"Ashu, bape harganye?"
jawab Ashu...
"Owh, kamu pasti mampu memilikinya. Jangan risau dear..."
  • Cleanser:- RM65
  • Mask:- RM75
  • Freshener: RM65
  • Moisturiser: RM80
  • Total:- RM285
p/s: setiap produk boleh bertahan selama 4-6 bulan & kamu tidak perlu membelinya setiap bulan kerana kuantiti yang kamu perlu pakai di kulit muka tidaklah sebanyak produk yang kamu sedang gunakan sekarang. So, kat situ kamu dah boleh BERJIMAT bukan? (^_^)


Ha? Apedia? Takut nak pakai? Kulit korang sensitif? Dont worry, sekali lagi aku katakan bahawa nama pon Botanical Set. Diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan & ekstrak bunga. Ia tidak memberi kesan sampingan pun pada kulit. Ia memang sesuai untuk kulit orang Asia macam kita. Kulit aku pun sensitif sebenarnya. Doktor sendiri yang cakap sejak aku kecik lagi. Tapi alhamdulilah, dah hampir 2 tahun dah aku pakai produk ni. Kulit & wajah aku menjadi lebih baik jauh dari apa yang aku sangka. Bukan sahaja luaran, ia juga menjaga struktur dalaman kulit.

Bahaya tau kalau struktur dalaman kulit kita dah rosak,memang susahlah kita nak cure balik. So, sebelum ianya rosak, baik kita jaga dari sekarang.

Nak cuba? Boleh....boleh sangat-sangat. Macamana?

a. Boleh drop comment terus dalam blog ni
b. Inbox me in FB-Nurshuhada Mohtar or my sis FB-Noraniza Mohtar
c. Email me at nurstar86@gmail.com.
d. Contact my sis (Beauty Consultant MK) untuk mendapatkan info tepat selanjutnya (^_^) -013 6689648-Puan Noraniza

Selamat Mencuba & Selamat Menjadi Canteeek! \(^_^)/

Wednesday, August 17, 2011

Ibu Bapa Senget, Anak Pun Jadi Senget!

Kita selalu salah kan anak-anak bila mereka melakukan kesalahan, tak kira ketika diorang masih kecil atau pun telah remaja & dewasa. Namun, kita tak sedar...apa yang sedang kita ajar dalam kehidupan diorang (di masa kini atau di masa lepas) sebenarnya telah membentuk diri mereka yang anda lihat sekarang ini. Bukti? Ok, jom ikuti dialog antara parents & anak-anak mereka ni :

Dialog 1

Anak: Ayah, semalam cikgu kata...merokok tu membahayakan kesihatan. Kenapa ayah merokok?
Ayah: Alah...cikgu kamu tu pun sama 2 x 5 je macam ayah. Depan kamu je dia tak merokok. Belakang kamu, berkotak-kotak rokok dia hisap.
Anak: Ooo...macam tu ke... (sambil berfikir & mula mempercayai)

Dialog 2

Anak: Ibu, kenapa ibu tak kasi adik main dekat padang sana tu?
Ibu: Sebab dekat situ ada hantu penanggal, ada orang potong kepala! Kalau adik nak kena sorok hantu, nak kena potong kepala...pergilah main kat sana.
Anak: (memeluk kaki ibu ketakutan)

Dialog 3

Anak: Ayah, kalau adik puasa penuh...ape adik akan dapat, ayah?
Ayah: Sehari penuh ayah kasi RM 1. Kalau adik cukup puasa 30 hari, berapa adik dapat?
Anak: RM 30! Yeaayyyy!
Ayah: Ok, kalau nak RM30, puasa kena cukup tau.

Dialog 4

Ayah: B*b* betul kereta ni! Berani kau main cilok-cilok ye. Pastu potong depan aku pulak tu!
Anak: Kenapa ayah tak bagi dia potong depan ayah?
Ayah: Orang b*d*h macam ni tak boleh dibiarkan. Makin kurang ajar jadinya!
(sambil memotong kereta tersebut dan menunjukkan penumbuk)

Dialog 5

Ibu: Adik! Berapa kali ibu pesan jangan main barang ibu tu!
Anak: Kenapa tak boleh, ibu?
Ibu: Kalau adik main jugak, barang tu akan jadi resakse yang makan adik! nak?
Anak: Tak mau ibu, tak mau! (Sambil meletakkan barang itu kembali)

Dialog 6

Anak: Ibu, kenapa kakak dan abang tu berpeluk-peluk? Diorang tak malu ke?
Ibu: Hish, jangan tengok! Itu hal orang besar.
Anak: (menutup mata sambil kepala berfikir bahawa dia layak untuk melihat perkara itu bila telah dewasa kelak)

Dialog 7

Anak: Ayah tak pegi masjid ke? Adik tengok ayah Haikal tu hari-hari pergi masjid.
Ayah: Itu nak tunjuk riak namanya, dik. Ayah tak suka jadi orang riak ni.
Anak: Oooooo.....

Dialog 8

Ibu: Kamu ni ape nak jadi, dik? Bila ujian, memanjangnye kamu gagal?!
Anak: Sorry, bu...nanti adik cuba lagi.
Ibu: Kamu ni dik, kalau dah bodoh, bodoh jugak! Langsung tak ikut jejak langkah abang & kakak kamu!

Dialog 9

Ibu: Abang ni asyik layan SMS aje! Entah ber SMS dengan perempuan mana la agaknye tu!
Ayah: Alah! Kamu tu pon ape kurangnye Mah oi! Semalam abang tengok kamu melayan budak-budak bujang sebelah rumah tu, bukan main lemah lembut lagi! Siap bertepuk tampar! Ingat abang tak nampak ke?!
(Anak melihat pertengkaran ibu & ayah dengan rasa penuh confuse. Siapa yang betul? Siapa yang salah?)

Dialog 10

Anak: Ibu, adik nak main komputer sepanjang hari ni boleh?
Ibu: Kerja sekolah dah siap?
Anak: Ala ibu....esokkan hari sabtu. Lusa hari Ahad. Banyak masa lagi nak buat.
Ibu: OK, pergilah main. Esok jangan lupa buat ye....(sambil tersenyum lemah lembut & anak mula naik tocang)

Dalam sedar atau tidak, kita telah mengajar anak-anak kita tentang sesuatu yang negatif walaupun tujuan & niat kita itu baik. Minda kanak-kanak mudah terpengaruh & jika pemikiran negatif itu diterapkan sejak kecil, maka dia akan terbawa-bawa sehingga dia dewasa. Pepatah pun ada mengatakan yang 'Melentur Buluh Itu Biarlah Dari Rebungnya'. So, kalau tak nak anak ikut jalan yang songsang & senget, maka ajarlah dia jalan yang lurus! (^_^)

p/s: Aku belum ada anak, tapi harap-harap perkara ini akan terus kekal diingatan sampai aku dikurniakan cahaya mata kelak. Insyaallah (^_^)

Tuesday, August 16, 2011

Sebok Nak Cari Incik Vikneswaran....

Entri lepas geram.

Hari ni je aku dapat hampir 5-6 missed call dari no yang tak dikenali (i guess itu no office). Bukan aku tak nak angkat, tapi aku PASTI sangat bila aku jawab, orang di talian itu akan bertanya,

"May I speak to Mr. Vikneswaran?"

So, ape yang korang rasa aku perlu jawab untuk soalan macam tu. Yes. Memang jawapan yang paling tepat adalah SORRY MISS/MR....U'VE DIALLED THE WRONG NUMBER.

Tapi, masalahnye sekarang, jawapan tu dah berpuluh kali (i guess) aku berikan kepada no yang sama setiap kali dia call. That's why today aku malas nak jawab call nye. But, sometimes aku takleh tengok HP aku vibrate menggila (sbb dah silent-kerana ia mengganggu tugas aku di office). So, kali ke 4 dia call hari ni, aku pon angkat dan cakap macam ni.

"Saya tau cik mesti nak cakap dengan Encik Vikneswaran. Saya tak tau & taknak tau ape tujuan sebenar cik cari dia. Tapi masalahnye sekarang, saya rasa dah beratus kali saya cakap yang this is NOT Mr. Vikneswaran's no. Maybe long time ago, he used this number. Tapi itu zaman tok kaduk dulu, cik. Sekarang saya yang pakai no ni. Nearly 5 YEARS dah saya guna.Dan nama saya bukan Vikneswaran. Saya tak kenal pon sape lelaki India yang cik cari tu. Saya seorang perempuan & I'm a MUSLIM. I'm not trying to be rude, but please take note & delete my no from your contact list. Gotta go. TQ bye..."

Aku terus putuskan line tanpa orang tu sempat cakap apa-apa. Mungkin nampak macam kurang ajar kan? Tapi aku manusia biasa. Kalau dah beratus kali call & mencari orang yang aku tak kenal, haruskah aku terus bersabar & bersabar?

Kalau lepas ni no yang sama call & cari ENCIK VIKNESWARAN lagi...aku rasa better aku jual je no ni kepada sesapa lelaki India bernama Vikneswaran supaya manusia yang menghubungi aku tu tidak terus kecewa & kecewa sebab, tak berjaya cakap dengan incik Vikneswaran nye itu. (*_*)

p/s: aku wonder jugak, ape yang Incik Vikneswaran ni dah buat sampai beratus kali orang cari dia? Penjenayah ke? Atau dia ni Six Milion Dollar Man?

Kenapa Kita Benci Hari ISNIN?

A simple entry lagi. Aku tau ramai yang tak suka dengan ketibaan hari ISNIN. Ramai jugak yang menggelarkannya sebagai MONDAY BLUES. Tapi kenapa agak-agaknye? Jom kita check betol ke tak:

1. Hari Isnin adalah hari permulaan minggu (bagi yang bekerja) selepas SYOK BERCUTI selama 2 hari.

2. Hari Isnin la boss nak buat macam-macam MEETING. Meeting nye lama plak tu. Kadang-kadang lepas lunch sambung lagi.



3. Hari Isnin la boss nak tegur kesilapan yang kita buat pada minggu lepas. Kalau kesilapan tu besar, maka pepagi buta lagi boss akan BERTEMPIK. Bosan.



4. Hari Isnin kebiasaannya semua clients, supplier, customer nak buat TEMUJANJI itu dan ini pasal business. Nak makan pon tak sempat apetah lagi nk jawab call awek.

5. Hari Isnin paling MALAS nak bangun sebab dah 2 hari tido sampai pukul 12 tghari. Kadang-kadang, bangun je terus dinner. Huhu!

6. Hari Isnin tu la handphone/telefon office nak BERBUNYI tak henti-henti. Dari Boss sampai la ke kerani & despatch dok telefon tanye itu dan ini.



7. Hari Isnin sampai la Jumaat jalan akan JAMMED dari pagi sampai ke petang. LRT pon penuh sesak jugak

8. Hari Isnin tu la BANK nak call, tanye bila nak bayor duit keta yang dah tertunggak 3 bulan.

9. Hari Isnin la hari segala MASALAH nak datang.

10. Sebab UTAMA korang benci hari Isnin, adalah kerana korang dah SET kan dalam kepala otak korang untuk memBENCI hari tersebut. So, sampai bila-bila pon la korang akan terus membenci ISNIN yang tak bersalah tu. Huhu!




p/s: Kesian orang yag bernama Isnin / Ithnin. Tak pasal-pasal orang benci dengar nama korang. Huhu!

Kenapa Perlu Setia?

This is a simple entry. Kenapa kita perlu jadi orang yang setia. Cannot curang-curang.



1. word SETIA memang nampak mudah, pendek & ringkas. Tapi nak melakukannya adalah sesuatu yang amat sukar bagi seorang manusia. Jadi, kalau kamu boleh setia, bangga lah dengan sifat itu. Hey, kamu telah melakukan sesuatu yang sukar dilakukan oleh seorang manusia tau!

2. setiap perbuatan itu Tuhan telah janjikan balasan. Kalau kamu setia hari ini & ikhlas, Insyaallah Tuhan akan balas kamu dengan kesetiaan juga oleh pasangan kamu. Pasangan yang sama atau tidak, itu kerja Tuhan. Tapi apa yang pasti, Tuhan tetap membalas kamu dengan KESETIAAN juga kan?


3. kalau kamu boleh setia dengan pasangan, tak mustahil kamu boleh setia dengan TUHAN & AGAMA kamu. Isn't it? (^_^)

4. bila kamu setia, kamu tak perlu banyak MENIPU & kamu tak perlu fikir complicated macamana nak bagi pasangan kamu percaya dengan penipuan kamu. Lebih parah kalau pasangan kamu itu cepat menghidu. Masaklah jwbnye. So, kalau nak senang & tenang, jadilah setia. Jangan cuba nak curang. (^_^)




5. kenapa perlu setia? Sebab di awal-awal percintaan lagi korang dah janji ngan pasangan bahawa korang akan setia padanya. Betul tak? Tak payah tipulah.... semua tu dalam poket! hehe....

6. kalau kamu setia kamu tak perlu pergi ke mana-mana kaunter untuk bayar. Setia itu PERCUMA (^_^)


7. kalau pasangan tu dah setia, takkan korang nak curang plakkan. Kalau tak, kamu ni memang kejam macam Zionis!

8. kalau kamu setia, Insyaallah mungkin kamu cepat naik pelamin. So, tak perlulah kamu sibuk mengeluh " bilalah aku nak kahwin ni...."



9. kalau kamu curang, pasang 2,3...belum tentu pasangan kamu yang ke2 & ke3 tu akan setia pada kamu. Dan sampai kiamat pon lah masalah kamu takkan selesai. Sampai ke tua la kamu takkan jumpa pasangan yang betul-betul serasi.

10. dan yang terakhir, kalau kamu setia dunia ni akan kuranglah masalah poligami, masalah frust menonggeng & mati bunuh diri (*_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...